Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

18 May 2010

Janji - janji BN di PRK Sibu....DS Najib cuba dimangsakan

Wah ! nampak nya sebelum DS Najib boleh bertenang dan bernafas dengan selesa, terus saja TS Muhyiddin keluar kenyataan bahawa BN akan tetap tunaikan janji seperti apa yang di kempenkan tempohari.

DS Najib baru saja berkira kira nak bagi atau tidak 1 projek iatu projek tebatan banjir dijanji dan itu pun jika BN menang. Aleh aleh TS Muhyiddin kata, kita akan laksanakan semua janji yang telah dibuat.

Apa agak nya strategi TS Muhyiddin cakap begitu ?. Mungkin untuk bagi tekanan kepada DS Najib sebab kalau janji tidak tertunai, sudah tentu lah 'Big Bos' yang kena gasak dengan rakyat nanti.

Sekali pandang, macam 1 kapal 2 nakhoda pun ada juga... lantak kau orang lah



17 Mei - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini masih berkira-kira sama ada akan meluluskan peruntukan berjumlah RM5 juta untuk satu projek mitigasi banjir di Sibu.

Peruntukan itu merupakan satu tawaran yang dibuat oleh perdana menteri pada hari terakhir kempen pilihan raya kecil Sibu, Sabtu lalu.

"Kita akan teliti terlebih dahulu, kerana kita belum membuat sebarang keputusan tentang hal tersebut,” katanya dalam satu sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.

Najib yang juga pengerusi BN mengumumkan bahawa beliau akan menandatangani cek untuk projek tebatan banjir tersebut hari ini, sekiranya mereka menyokong Robert Lau Jr.

"Mari kita membuat perjanjian. Jika anda memberikan sokongan kepada Robert Lau Jr pada hari Ahad, saya akan menandatangani cek pada hari Isnin," katanya seperti dilaporkan sebelum ini.

Lau bagaimanapun tewas kepada calon DAP Wong Ho Leng dengan majoriti tipis 398.- malaysiakini.com




Tan Sri Muhyiddin pada hari penamaan calun PRK Sibu

Muhyiddin: BN tetap tunai janji di Sibu walaupun kalah

17 Mei - Barisan Nasional (BN) akan tetap menunaikan semua janji yang dibuatnya kepada penduduk Sibu semasa kempen pilihan raya kecil di situ minggu lalu walaupun calonnya telah kalah kepada calon DAP, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN, berkata ini kerana kerajaan tidak melihat pilihan raya kecil itu sebagai satu titik kesudahan terhadap dasar-dasar yang dilaksanakannya.
"Segala apa yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri atau saya atau mana-mana pemimpin BN sebelum itu, kita akan tunaikan.- bernama / malaysiakini.com


Berikut adalah janji-janji manis semasa berkempen. (Bukan untuk tatapan SPR mahupun SPRM kerana badan ini tidak mampu menilai adakah perkara di bawah berunsur rasuah atau tidak):

1. RM4 bilion telah diperuntukkan kepada Sarawak bagi sektor Pendidikan dalam RMK9 dengan 1,700 buah sekolah telah dibina termasuk Sekolah Jenis Kebangsaan.

2. RM1 bilion untuk penebatan banjir di mana RM300 juta telah dilaksanakan dalam fasa pertama.

3. RM99 juta telah diperuntukkan kepada Sibu dalam RMK9 dan akan ditambah dalam RMK10

4. RM28 juta untuk Pulau Bruit bagi faedah 9,000 penduduk yang duduk di 13 Kampung di pulau tersebut dengan pemilihan Pulau Bruit sebagai Kota Agropolitan yang baru di Negara kita dengan bajet RM18 juta dan bagi menjalankan projek bekalan air bersih dengan kos RM10 juta.

5. RM 18 juta diperuntukkan kepada 65 sekolah bantuan Cina dan dua buah sekolah kebangsaan

6. RM6.6 juta untuk kebajikan umat Islam termasuk pembinaan dua masjid

7. RM2 juta telah diperuntukan untuk menaik taraf sistem perparitan dan menurap jalan di 2 buah kampong iaitu Kg Bahagia Jaya dan Kg Jeriah

8. RM 1 juta pemberian Komputer riba percuma bernama “Netbook 1Malaysia” bernilai RM999 untuk 1000 pelajar di Sibu yang mana menjadi sebahagian dari bujet RM1 bilion pemberian netbook percuma kepada pelajar kurang mampu seluruh Negara.

9. RM 500,000 diperuntukkan kepada Sek.Men.Agama Sibu untuk tingkat prasana.

10. Dewan Serbaguna bernilai RM250,000 yang akan dibina dalam kawasan Sek.Men.Kebangsaan Batang Igan, Dalat.

11. RM 100,000 untuk naik taraf dua buah sekolah iaitu Sek.Keb.Rantau Panjang dan Tanjung Penasu, Bawang Assan di mana majoriti pelajar adalah kaum Iban.

12. Kemudahan wifi dengan kewujudan Kampong Wifi Pertama di Malaysia di Kampung Bahagi Jaya, Teku yang akan memberi manfaat kepada 5,000 penduduk.

13. Bekalan eletrik untuk 2,000 penduduk di Sg Rasau sebelum 2012 dengan tambahan RM600 kepada setiap pintu rumah panjang bagi membaik pulih rumah masing masing.

14. Siaran TV satelit percuma untuk 200,000 penduduk pendalaman Sabah dan Sarawak bagi saluran TV1,TV2,TV3 dan beberapa saluran Astro yang akan ditentukan kelak.

15. Projek naik taraf Kolej Laila Taib menjadi Universiti pada tahun 2012 -

Sumber : http://wfauzdin.blogspot.com

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...