Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

09 May 2010

Krisis Istana Kelantan: Pendedahan kekanda Sultan Kelantan, Tengku Salwani


TENGKU Muhammad Faris Petra mengimamkan solat hajat mendoakan kesejahteraan kesihatan Sultan Kelantan yang ketika itu sedang gering dalam rawatan di Singapura di Stadium Sultan Mohd Ke-IV, Kota Bharu-14/1/2010).

KUALA LUMPUR, 9 Mei — Tengku Datuk Salwani Sultan Yahya Petra, kekanda Sultan Kelantan, mendakwa Pemangku Raja Tengku Muhammad Faris Petra menderita lebih sembilan tahun dengan diberikan pelbagai tekanan oleh pihak-pihak tertentu.

Dalam kemunculan sidang media pertama di sebalik krisis Istana Kelantan, Tengku Salwani berkata, Pemangku Raja yang merupakan putera sulong Sultan Kelantan “telah dibuat semacam robot walaupun umur telah meningkat ke 40 tahun, masih lagi diperlakukan seumpama kanak-kanak.”

Tengku Salwani, kekanda ketiga Sultan Kelantan mengadakan sidang media bersama kekanda nya Tengku Datuk Rozan di sini hari ini.

Bagaimanapun Tengku Salwani tidak menyatakan bentuk tekanan dan siapa yang bertindak secara langsung.

“Syukurlah pada hari ini Pemangku Raja Kelantan telah diberi kekuatan oleh Allah s.w.t. dan matang dalam menangani krisis yang berlaku kini.

“Pemangku Raja Kelantan bertindak matang dengan merujuk sesuatu perkara kepada pakar dalam bidang yang berkaitan dan dilaksanakan dengan berhati-hati,” kata Tengku Salwani dengan membacakan teks kenyataan yang disediakan.

Tengku Rozan juga membacakan kenyataannya yang berasingan pada sidang media diadakan di Rumah Kelantan di sini ketika Mahkamah Khas membuat persediaan untuk mendengar permohonan habeas corpus yang difailkan oleh Tengku Temenggong untuk membawa keluar Sultan Kelantan dari Hospital Universiti Sains Malaysian (HUSM).

Sultan Kelantan sedang menerima rawatan susulan di HUSM selepas rancangan untuk membawa baginda ke Singapura terhalang.

Sambil mengatakan bahawa krisis semasa akan selesai jika setiap kerabat diraja mengikut nasihat Perdana Menteri dan pemimpin-pemimpin negara, Tengku Salwani memberitahu Pemangku Raja sentiasa bertindak adil dan tenang dalam menghadapi tindakan mahkamah ke atas baginda.

“Ia hanya dengan mempertahankan diri dan tidak memulakan sesuatu tindakan,” katanya.

Kenyataan Tengku Rozan juga mempertahankan tindakan Pemangku Raja Kelantan khususnya dalam soal rawatan susulan di HUSM, yang didakwa sesetengah pihak sebagai “tindakan mengurung” Sultan Kelantan.

Menceritakan perkembangan di HUSM, Tengku Salwani berkata, Pemangku Raja Kelantan telah mengeluarkan titah arahan kepada polis untuk mengawal bilik rawatan Sultan Kelantan dan meminta supaya mereka yang membuat kecoh dan memaki hamun di bilik rawatan agar dikeluarkan.

“Pihak polis menjalankan arahan untuk menjamin keselamatan dan rawatan yang sempurna dapat diberikan kepada Tuanku Sultan.

“Nama yang diberikan kepada polis adalah nama yang dijangka tidak mengakibatkan huru-hara.

“Nama yang lain boleh dibenarkan tetapi perlu mendapat kebenaran Pemangku Raja Kelantan terlebih dahulu,” katanya.

Tengku Salwani seterusnya berkata Raja Perempuan tidak membenarkan orang-orang yang tidak dipercayainya termasuk doktor dan alim ulama menziarahi Sultan Kelantan.

Apa yang berlaku pada 4 Mei lalu, menurut Tengku Salwani ialah Raja Perempuan dan Tengku Merjan telah berada di luar wad diraja HUSM selama sejam kerana pada masa berkenaan Pemangku Raja Kelantan berada di wad Sultan Kelantan.

“Pihak polis menerima arahan pada waktu itu supaya tidak membenarkan sesiapa pun masuk ke wad Tuanku.

“Semasa titah arahan diberikan Raja Perempuan Kelantan pulang ke Istana Mahkota untuk tujuan-tujuan yang baginda sahaja yang tahu.

“Arahan diberikan kepada pihak polis untuk mengawal hanyalah kerana sikap beberapa orang yang memaki-hamun pihak tertentu di dalam wad Tuanku.

“Inilah puncanya Tuanku menjadi ‘stress’ kerana gangguan daripada orang-orang tertentu yang melawat Tuanku,” katanya.

Tengku Salwani berkata, beliau yakin ada maklumat mengenai orang-orang yang memaki-hamun dan mengeluarkan kata-kata sinis kepada pegawai-pegawai dan pihak polis termasuklah kakitangan HUSM dan kakitangan kerajaan.

“Saya amat berharap agar perkara ini dapat didedahkan kepada umum jika keadaan memerlukan,” kata Tengku Salwani lagi. - Malaysian Insider

Aku cuma nak kata:
Istana Kelantan dari dulu hingga sekarang tidak sunyi dari pergolakan. Sama ada dicetuskan dari dalam istana sendiri mau pun orang orang politik dari luar istana. Memandangkan di Kelantan persaingan politik PAS dan UMNO agak seimbang tetapi sengit, maka pesaing masing masing akan cuba menggunakan pengaruh istana. Tidak ada sesiapa yang boleh nafikan bahawa ia nya memang berlaku. Tanya Ibrahim Ali, Anuar Musa dan Tengku Razaleigh, mereka ini pasti tahu dan tidak boleh menafikan.

PAS yang dalam susah payah memerintah Kelantan sejak 1990, sedikit sebanyak mungkin berjaya juga menyuntik doktrin Islam kedalam sebahagian ahli keluarga diraja terutama nya kepada pemangku raja , Tengku Muhd Faris Petra. Baginda disenangi oleh majoriti rakyat Kelantan. Aku ada juga bertanya dengan segelintir rakyat Kelantan yang berada disini dan mereka juga memberi pengakuan yang sama. Tengku Muhd Faris Petra adalah seorang raja yang menyerlahkan ajaran Islam dalam kehidupan baginda. Baginda juga seorang raja yang prihatin dan tidak mementingkan protokol di mana rakyat boleh berjumpa dengan baginda pada bila-bila masa dan di mana-mana.


Tengku Faris bersama MB Kelantan dalam satu majlis tidak lama dulu


Dalam salah satu lawatan baginda....

Pada pandangan dan khabar angin yang aku dengar, ada banyak pihak yang tidak mahu pemangku raja yang ada sekarang ini naik menjadi Sultan menggantikan ayahanda nya. Ini lah punca krisis (pendapat aku) dan apabila Tengku Datuk Salwani Sultan Yahya Petra, kekanda Sultan Kelantan buat pertama kali mendedahkan ada nya tekanan kepada pemangku raja, aku semakin percaya bahawa khabar angin tersebut ada asas nya.

Bagi aku, krisis ini semakin meruncing adalah kerana, mungkin pemangku raja telah dapat membaca mengapa ada yang beria-ia ingin membawa Sultan Kelantan ke Singapura. Adalah tidak mustahil dengan membawa Sultan ke Singapura dapat lah pemangku raja dijauhkan dari Sultan dan boleh lah pihak tertentu itu
menpengaruhi wasiat pelantikan raja. Buat masa ini pemangku sultan yakni Tengku Muhd. Faris Petra masih dapat bertahan. Semoga Allah memberi Tengku kekuatan. AMPUN & DAULAT TUANKU !!!!

Sekian.

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...