KUANTAN, 20 Mei (Bernama) -- Sikap pengguna yang membuat pembelian panik merupakan antara punca utama berlakunya kekurangan bekalan gula di beberapa kawasan di Pahang, kata Ketua Seksyen Penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan cawangan Pahang, Md Nawawi Ab Rahman.
Beliau berkata jumlah bekalan gula di Pahang bagi menampung 1.6 juta penduduk negeri itu sebenarnya amat mencukupi, dengan 1,700 hingga 1,900 metrik tan gula dibekalkan di Pahang setiap bulan.
"Jumlah itu mencukupi bagi menampung keperluan penduduk di Pahang ini, jadi masalah bekalan gula di Pahang sepatutnya tidak berlaku," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan media mengenai masalah bekalan gula yang dikesan terutamanya di daerah Kuantan, Bera dan Temerloh.
Md Nawawi berkata berdasarkan tinjauan, pihaknya mendapati masalah kekurangan itu bukanlah disebabkan kekurangan bekalan atau sebab lain seperti tindakan para peniaga menyorok bekalan.
"Pengguna juga tidak perlu panik dengan khabar angin kononnya harga gula akan naik atau stok bekalan berkenaan berkurangan," katanya dan menambah pihaknya sentiasa memantau keperluan gula di seluruh daerah di Pahang.
"Kita sentiasa pantau, bukan sahaja bekalan barang, tapi juga harga, dan laporan yang diterima setakat menunjukkan bekalan gula di Pahang mencukupi," katanya. -- BERNAMA

Aku cuma nak kata:
Krisis gula datang kembali. Kekurangan gula yang melanda Kelantan dan Terengganu sebelum ini, kini merebak ke beberapa daerah di Pahang termasuk Temerloh, Maran dan Bera dan tak mustahil akan merebak keseluruh negara. Walau apa pun alasan yang diberi oleh kementerian yang jaga gula bahawa bekalan gula cukup, ia nya tidak dapat menyakin kan orang ramai. Kalau cukup macam mana pulak boleh kurang.
Bila gula kurang di pasaran, pihak pihak berkuasa ini secara mudah meletak kan punca nya kepada pengguna. Konon nya pengguna beli dalam kuantiti yang banyak kerana panik akan berlaku kenaikan harga. Jangan takut, kita sentiasa pantau kata mereka. Apa lah punya 'statement'. Cuba tengok balik situasi sebelum ini apabila gula kurang dipasaran apa kah yang akan berlaku kalau bukan kenaikan harga bahan tersebut. Apabila harga dah naik, maka bekalan gula pun melimpah ruah.
Persatuan pengguna iaitu FOMCA sejak lama dulu sudah mempersoalkan isu kekurangan gula ini. Menurut FOMCA, antara punca ialah kerajaan membenarkan hanya 4 syarikat untuk mengimport dan memproses gula mentah dan itupun dikuasai oleh 2 orang sahaja – ‘Raja Gula’‘Sugar King’ Robert Kuok dan Syed Mokhtar Al-Bukhary.(baca disini)
Selagi tidak ada langkah yang benar benar berkesan krisis seperti ini akan tetap berulang dan berulang. Akhir nya kalau kekurangan gula sudah tidak terkawal lagi, maka muncul lah 'Bos kementerian' yang akan kata "Ubah gaya hidup sihat, kurang kan gula". Itu macam ka...,tak payah cakap pun orang tau.
Sekian

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com/?r=amizie
No comments:
Post a Comment