17 May 2010

Najib: Lu mau 5 juta, gua mau Robert Lau menang



Bila tengok klip video kempen BN oleh DS Najib ini, aku tak tahu lah sama ada pihak SPR sebenar nya pekak atau buta kerana aku melihat terdapat nya unsur rasuah dan ugutan yang secara terang terangan tanpa ada selindung lagi dah.

Beliau janji kalau calun BN menang, baru beliau bagi RM5 juta untuk menyelesaikan masaalah banjir di
Rejang Park.

Tidak kah janji sebegini dilihat seolah olah memperbodoh bodoh rakyat yang membayar bermacam cukai kepada kerajaan, tetapi bila tiba pilihanraya ugut pula kata kalau menang baru dapat dan kalau kalah, tak boleh dapat. Macam aku tak suka UMNO/BN memerintah, tetapi aku tetap kena bayar cukai yang dikenakan oleh kerajaan BN. Lain lah rakyat yang tak bayar cukai, lantak dia lah nak sokong BN pun....

Sekarang keputusan telah pun diketahui dimana calun BN kalah kepada calun PR dari DAP. Kalau ikut kan, DS Najib tak perlu bagi RM5 juta untuk
menyelesaikan masaalah banjir di Rejang Park. Bagus !..., buat lah macam itu biar cepat sikit BN boleh bungkus atau beliau terpaksa juga bagi sebab pilihanraya negeri pun tak lama lagi.....

Sekian

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...