04 May 2010

Pos Malaysia rugi RM227 juta untuk tempoh 3 tahun lepas


Takpa !..tarif setem dah naik dari 30 sen ke 60 sen

KUALA LUMPUR 4 mei - Pos Malaysia mengalami kerugian bagi tempoh tiga tahun lepas sebanyak RM227 juta ekoran pelaburan dalam syarikat penyedia perkhidmatan kargo udara, Transmile Group Bhd. (Transmile) dan bukan sebanyak RM546 juta seperti yang dilaporkan.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussein menafikan laporan sebuah akhbar semalam yang mendakwa Pos Malaysia mengalami kerugian sebanyak RM546 juta.

"Pada maklumat terakhir yang diperoleh daripada pihak Khazanah Nasional Bhd. dan Pos Malaysia, kerugian sebenarnya adalah sebanyak RM227 juta dan bukan RM546 juta.

"Kerugiannya disebabkan kerugian pelaburan dalam Transmile, sebuah syarikat yang telah dibeli sahamnya oleh Pos Malaysia dalam tahun 2004 sebanyak 20 peratus," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2009) 2010 di sini. - Bernama


Aku cuma nak kata:

Tak kira lah rugi RM546 juta ke atau RM227 juta. Yang pasti POS Malaysia telah rugi dan kerugian tersebut adalah RM227 juta. Aku tak mahu nak cerita banyak banyak sebab aku bukan orang yang reti berniaga tetapi tahu lah juga bab untung rugi ni sikit sikit.


Pos Malaysia beli saham Transmile Group Bhd. pada 2004 dan pada suku 2010, Pos Malaysia rugi RM227juta. Bermakna secara purata nya dari 2004 hingga 2010 Pos Malaysia rugi sebanyak RM37.8 juta setahun.

Transmile pula pinjam duit dari berbagai institusi kewangan termasuk KWSP. Jumlah hutang semua nya RM562 juta. Dengan KWSP saja Transmile ini berhutang RM 50 juta dan yang buat hati sakit ialah hutang tersebut tidak bercagar (baca disini).

Pos Malaysia rugi, Transmile rugi dan KWSP pun akan rugi RM50 juta kalau tak dapat balik hutang tersebut. Pos Malaysia dah boleh sengeh sebab tarif setem dah naik dari 30 sen kepada 60 sen. (Makna nya satu surat kena tampal setem paling minimum 60 sen, betul ke?). Rugi, rugi dan rugi, tetapi bila di TV pemimpin negara cakap untung, untung dan untung sesaja.

Kekadang tengok, senang betul diaorang ini berniaga. Tenaga Nasional, Syabas dan Pos Malaysia, rugi saja naik kan tarif. Pastu bila untung, umum keuntungan sambil mendabik dada aku lah yang pandai mengurus sedang kan untung tu datang nya dari kenaikan tarif dan kadang kadang penjualan aset syarikat pun dimasukkan sebagai untung.

Kalau gitu aku pun boleh jadi CEO !!!..............


Sekian



Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...