Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

06 May 2010

Kejohanan bolasepak Piala Dunia: Kerajaan nak beri lesen pertaruhan


Kejohanan bolasepak piala dunia yang diadakan setiap 4 tahun sekali, sudah pun berpuluh kali diadakan. Sebelum ini tidak terlintas pun pihak kerajaan untuk memberi lesen judi pertaruhan sempena kejohanan tersebut.

Bekas bakal Menteri Besar Kelantan yang kempunan, Datuk Awang Adek Hussein memberikan berbagai alasan yang dangkal untuk membenarkan tindakan kerajaan mengeluarkan lesen judi tersebut.(baca sini)

Antara alasan nya ialah jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa.

Kalau itu alasan nya:
1. Tidak mustahil satu hari nanti kerajaan akan membenarkan aktiviti persundalan, dadah, porno dilakukan secara sah dengan memberi lesen sebab kalau tak bagi lesen pun aktiviti ini diaorang buat juga.

2. Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussein, seolah olah mengesahkan bahawa kegiatan judi dan pertaruhan haram (tanpa lesen) sudah tidak terkawal. Ini memberi gambaran bahawa pihak berkuasa yang bertanggungjawab tidak mampu melaksanakan tanggungjawab mereka.

3. Kata Datuk Awang Adek lagi, perjudian tanpa lesen boleh mewujudkan kegiatan sampingan lain seperti peminjam wang tanpa lesen, jenayah terancang, penyeludupan dan pengubahan wang haram. Habis tu kalau bagi lesen...adakah kegiatan sampingan itu takkan berlaku?

4. Pada pendapat aku, kerajaan memang benar benar dah tidak ada duit. Dimana saja ada jalan boleh mendatangkan duit, kerajaan akan gunakan. Kalau tidak tak kan lah Datuk Awang Adek kata jika lesen itu dikeluarkan, hasilnya boleh digunakan terutama untuk pembangunan bidang sukan di negara ini. Halal atau haram belakang kira. Agak nya sebab itu lah mutu sukan kita tak kemana pun.

5. Tolong lah malu sikit pada kenyataan seorang menteri negara jiran kita seperti dibawah:

BANDAR SERI BEGAWAN (Brunei) - 24/3/2010: Menteri Hal Ehwal Agama Brunei, Zain Serudin menolak usul ahli Parlimen, Goh King Chin supaya zon khas jual beli arak diwujudkan untuk pelancong bukan Islam.
Zain menegaskan, andai ia diwujudkan, Brunei yang mengharamkan penjualan arak pasti dilaknat Tuhan.

“Yang paling kami takuti ialah laknat Allah. Laknatnya bukan pada mereka yang melakukannya sahaja tapi semua yang berada di negara ini.

“Pelancong yang ingin minum arak boleh minum di negara mereka, malah mereka boleh mandi arak.

“Hari ini mereka mahu zon arak, lepas ini mungkin zon pelacuran, kasino. Kami perlu tolak semuanya dan kekalkan kemakmuran,” tegasnya. - AP

Akhir sekali aku nak minta tolong Mufti Perak, Sahibus Samahah Tan Sri Dato' Harussani Zakaria keluarkan fatwa adakah judi yang dilesenkan oleh kerajaan , HALAL atau HARAM di sisi ISLAM?

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...