Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

31 May 2010

Tentera Israel serang konvoi bantuan, apa pendirian Kerajaan Malaysia?


Mavi Marmara merupakan salah satu daripada konvoi beberapa buah kapal yang membawa kira-kira 700 sukarelawan dari 50 buah negara, yang membawa bantuan kemanusiaan untuk rakyat Palestin di Semenanjung Gaza, apabila serang pasukan komando Israel awal hari ini.



Apabila berlaku nya serangan tentera Israel laknattullah keatas konvoi bantuan kemanusiaan aku mencari cari ada atau tidak kenyataan mengutuk serangan tersebut secara rasmi oleh Kerajaan Malaysia. Maksud nya kenyataan rasmi dari perdana menteri sebagai ketua kerajaan.

Aku tak jumpa pun (mungkin aku terlepas pandang). Yang mengutuk tindakan tersebut hanya lah Pengerusi Perdana Global Peace Organisation (PGPO) Tun Dr Mahathir Mohamad tetapi tajuk yang digunakan ialah Malaysia Kutuk Serangan Israel Ke Atas Armada Kapal Kecil Bantuan Ke Gaza (baca sini). Nampak seperti cubaan untuk mengelirukan kita rakyat Malaysia. Dr.M hanya pengerusi PGPO, bukan perdana menteri dan kutukan nya hanya diatas kapasiti beliau sebagai pengerusi PGPO sahaja.

Apa yang aku dan rakyat Malaysia nak dengar ialah pendirian, kenyataan dan kutukan dari Kerajaan Malaysia. Kalau sudah ada kenyataan tersebut, bagus lah. Kalau tak...............


PUTRAJAYA, 31 Mei (Bernama) -- Pengerusi Perdana Global Peace Organisation (PGPO) Tun Dr Mahathir Mohamad mengutuk tindakan Israel memintas armada kapal kecil yang sedang dalam perjalanan ke Semenanjung Gaza Isnin.

"Saya amat marah dengan pencabulan pasukan Israel terhadap orang yang tidak bersenjata. Saya pasti Israel akan kata orang ini membawa banyak senjata. Ini tidak masuk akal," katanya pada sidang akhbar di sini.

"Kami telah pastikan bahawa kesemuanya bukan pejuang dan mereka datang dari seluruh pelusuk dunia termasuk dari Amerika dan Eropah," katanya.

"Niat mereka sebenarnya untuk belayar dengan bot bagi menghantar bekalan ke Gaza. Mereka tahu bahawa Israel akan menghalang mereka tapi kami tidak jangka bahawa Israel akan menggunakan kekerasan termasuk menembak dengan peluru hidup," katanya.

"Israel mendakwa orang ini mempunyai banyak objek-objek tajam. Saya tak tahu apa yang dimaksudkan dengan objek-objek tajam," katanya.

Pada mulanya, armada kapal kecil itu mengandungi sembilan buah kapal, yang dianjurkan oleh kumpulan pro-Palestin dan pertubuhan hak asasi manusia Turki.

Sebuah daripada kapal itu, Mavi Marmara, diserang oleh tentera Israel pagi ini, berdekatan Gaza, dengan dua rakyat Malaysia -- seorang wartawan dan seorang jurukamera dari Astro Awani -- berada di atas kapal dengan nasib mereka masih belum diketahui.


Bagaimanapun, enam wakil PGPO selamat kerana mereka berada di atas kapal lain.
Dr Mahathir berkata arahannya kepada wakil PGPO untuk meneruskan perjalanan dan berpatah balik jika terdapat amaran daripada tentera Israel.

Sambil mengemaskini lokasi tiga kapal PGPO, mantan perdana menteri itu berkata mereka masih berada di Mediterranean dalam perjalanan ke Gaza.


Dr Mahathir berkata dua buah kapal mengalami kerosakan dan ini menyebabkan mereka ketinggalan jauh di belakang untuk menyertai enam kapal yang lain yang berkumpul lebih awal di Cyprus.
"Ia mengambil masa sekurang-kurangnya tiga hari sebelum mereka (kapal-kapal Malaysia) boleh tiba di Gaza," katanya. - BERNAMA


Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...