Mintak maaf lah, entry kali ini agak emosi dan bernada keras sebab puak yang memerintah aku dan kita sekarang ini sudah mula tidak memperdulikan rakyat yang diperintah nya. Memerintah bukan bermakna memberi segala hasil mahsul dan harta rakyat Malaysia untuk di lelong, di gadai atau di jual. Memerintah adalah menguruskan Negara Malaysia bukan menjual Malaysia.
Semenjak dua menjak ini ada sesiapa boleh bagi tahu aku ada tak hartabenda milik Malaysia yang bertambah ???. Rasa nya tak ada. Yang ada nya ialah 1 demi 1 harta dan kedaulatan yang kita ada terlepas atau tergadai kepada orang lain.
Malang kita bermula dengan tuntutan Pulau Batu Putih oleh Singapura. Beri lah apa alasan pun, hakikat nya pulau tersebut telah menjadi hak Singapura, cuma ada menteri kita yang nampak macam bijak tapi sebenar nya bodoh saja yang kata kita menang menang.
Kemudian meletup pulak kisah 2 telaga minyak milik Malaysia tergadai kepada Brunei di zaman Pak Lah. Nilai telaga tersebut hampir RM320 billion. Nak tutup malu diberitakan bahawa Petronas dijemput untuk menjalin kerjasama berkaitan telaga minyak tersebut. Hak milik siapa punya?.
Sekarang yang terbaru. PM kita pergi ke Singapura, berunding dan terus memeterai perjanjian bahawa Malaysia bersetuju memindahkan stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Tanjong Pagar di Singapura ke Pusat Pemeriksaan Kereta Api Woodlands (WTCP) menjelang 1 Julai 2011. Aku tengok macam ada sesuatu yang tak kena saja. Kelihatan nya PM kita ni berunding tetapi pistol diacu pada kepala dia.
Orang Johor toksah lah nak berlagak sangat lagi dah (jangan marah!). Jangan ingat oleh kerana UMNO mula hidup di Johor dah kira bagus dan boleh diharap untuk mempertahankan harta Malaysia. Mungkin selepas Tanah KTMB di Tanjong Pagar ini giliran Pulau Pisang dan kemudian menjangkau ke Wilayah Iskandar pulak. Macam biasa lah nanti PM kita, dia pusing sana pusing sini, kita pun bukan paham sangat apa dia cakap. Last sekali PM dan sekelian juak juak akan kata kita dalam situasi menang menang @ Win win situation. Kita pun terangguk angguk sekali.
Mustahil kah ini akan berlaku?. Sudah pasti tidak mustahil bila kita melihat semula kebelakang apa yang berlaku. Mungkin bukan sekarang, tetapi 20 atau 30 tahun akan datang siapa tahu?. Singapura pun bukan bodoh nak ambil barang orang secara tergesa gesa.
......dan pemimpin kerajaan UMNO/BN masih kata, hanya mereka sahaja yang pandai memerintah dan mereka juga lah juara rakyat.
Sekian

Malaysia bersetuju memindahkan stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Tanjong Pagar di Singapura ke Pusat Pemeriksaan Kereta Api Woodlands (WTCP) menjelang 1 Julai 2011.
Malaysia akan juga menempatkan kemudahan kastam, imigresen dan kuarantin (CIQ) kereta apinya di WTCP.
Keputusan itu dicapai pada pertemuan Datuk Seri Najib Razak dan rakan sejawatannya dari Singapura Lee Hsien Loong di Hotel Shangri-La Hotel di Singapura.
Pada sidang akhbar bersama itu, kedua-dua pemimpin berkenaan berkata tanah yang akan dikosongkan itu akan dimajukan oleh sebuah syarikat usaha sama Malaysia-Singapura dikenali M-S Pte Ltd yang akan ditubuhkan sebelum 31 Dis tahun ini.
Syarikat itu melibatkan Khazanah Nasional Berhad dari Malaysia yang akan memegang 60 peratus kepentingan, dan Temasek Holdings Limited, cabang pelaburan kerajaan Singapura, yang akan memegang baki 40 peratus ekuiti dalam syarikat usaha sama itu.
Menurut satu kenyataan bersama, pertemuan Najib dan Lee banyak berkisar kepada Perkara-perkara Dipersetujui (PoA) mengenai tanah KTMB di Singapura yang menjadi penghalang kepada hubungan baik antara kedua-dua negara.
Tanah KTMB di Tanjong Pagar, Kranji dan Woodlands serta tiga keping tanah tambahan di Bukit Timah, yang kesemuanya berjumlah 271 hektar, akan diserahkan kepada syarikat berkenaan untuk dimajukan.
Menurut kenyataan berkenaan, tanah-tanah yang dimajukan itu boleh ditukar, berdasarkan nilai masing-masing, dengan tanah di Marina South dan Ophir Rochor di Singapura.
Kedua-dua negara akan membuat penilaian masing-masing, dan Lee dijangka melawat Kuala Lumpur dalam tempoh sebulan ini, dengan cadangan mengenai penukaran tanah itu untuk pertimbangan Malaysia. - Bernama

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com
No comments:
Post a Comment