Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

31 December 2009

Hadiah kerajaan kepada rakyat 2010: Harga gula naik 20 sen & cukai kad kredit RM50


Tidak ada kena mengena dengan cerita dibawah. Cuma nama nya ialah Sharbat Gula dan beliau terkenal disebabkan National Geographic. (baca sini)

*Update: Harga roti juga naik (baca sini)


Harga baru roti jenama 'Gardenia'

Menjelang tahun baru atau lebih tepat lagi 1.1.2010 ada 1 benda naik dan 1 benda lagi dulu tak ada sekarang ada. Rata rata aku rasa tidak langsung terkejut sebab memang begitu lah tabiat Kerajaan BN untuk mencari duit apatah lagi negeri negeri yang dulu nya lubuk duit untuk BN sekarang telah jatuh ketangan PR.

Benda yang naik itu juga, rasa nya menyebabkan 'rakyat yang didahulukan' untuk pencapaian kenaikan itu akan juga naik darah nya. Yang naik itu tak lain tak bukan ialah gula. Harga nya dari RM1.45 menjadi RM1.65, naik sebanyak 20 sen sekilogram. Patut lah pergi kedai dan pasaraya, gula haram tak ada langsung. Aku tunggu jugak masa berita 8.00 malam, kalau kalau ada seorang dua menteri yang nak bagi ulasan untuk mengiyakan kenaikan tersebut. Alahhh! tak kan korang tak biasa dengar ayat " Err...kenaikan adalah tidak membebankan" atau pun " harga masih rendah jika dibanding dengan Indonesia, Thailand..bla...bla". Yang ada hanya lah Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Mohd Zain Mohd Dom. Itu pun sebab dia yang umumkan, kalau tidak lama dah dia cabut. Mengapa menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tak berani nak umum ?. Pergi mana ?. Ada lain kerja ke atau menyorok kan diri ?. Kalau beliau tak ada mana timbalan menteri ?, ada kerja lain juga ke ?. Kesian Datuk Mohd.Zain, berbelit belit dan nampak gementar semasa memberi ulasan. (berita kenaikan harga gula disini)



Benda yang dulu tak ada, tetapi bermula esok kena bayar ialah cukai perkhidmatan kad kredit sebanyak RM50.00. Aku malas nak tulis sebab ada orang dah tulis lebih baik daripada kalau aku yang tulis. Aku 'paste' di bawah ini artikel berkaitan yang aku ambil dari http://edyesdotcom.blogspot.com (terima kasih edyesdotcom).


Salam 1Malaysia(Baca : Najib Lahanat),

Sebelum saya meneruskan artikel ini dengan panjang lebar, saya ingin mengingatkan kepada semua bahawa kerajaan Najib menipu dan memerangkap rakyat Malaysia dengan cukai perkhidmatan kad kredit yang bakal dilaksanakan mulai esok. Kita harus bangkit menentang segala bentuk penindasan termasuklah cukai RM50 setiap satu kad kredit yang dimiliki.

Gerbang 2010 dibuka dengan satu bebanan yang khas ditujukan kepada rakyat yang terbeban. Cukai perkhidmatan sebanyak RM50 untuk setiap kad kredit dan kad debit adalah sangat membebankan. Ini ditambah pula dengan RM25 untuk kad-kad tambahan walaupun mempunyai kredit limit yang sama.

Bukankah sebenarnya kad kredit itu adalah kad hutang atau e-hutang? Berlainan dengan kad debit atau kad MEPS ATM, kad kredit membenarkan hutang secara terus dan memudahkan pengguna dari aspek mendahulukan duit sebenar. Namun kepenggunaan kad kredit oleh rakyat kebanyakkan lebih kepada membuat hutang dalam menghadapi keadaan ekonomi yang tidak menentu, dengan kebanyakkan harga barang keperluan melonjak sejak 2-3 tahun ini.

Mengapa kad kredit menjadi pilihan Rakyat Malaysia atau lebih tepat pilihan orang melayu? Kerana kad kredit memberi nafas kepada mereka yang memerlukan. Trend kad kredit digunakan oleh bangsa kita kerana ia memberi pendahuluan untuk segala jenis keperluan seperti membeli barang2 dapur, membeli keperluan anak kecil seperti susu dan lampin, menjadi kad minyak dan tidak kurang juga menggunakan kad kredit untuk servis dan baikpulih kenderaan.


Cukai RM50 untuk setiap kad kredit yang dimiliki adalah sesuatu yang wajib ditentang oleh setiap masyarakat. Ia tidak langsung mentafsirkan slogan 1Malaysia buatan Najib. Inikah konsep rakyat didahulukan? atau memang benar-benar rakyat didahulukan untuk membayar cukai tambahan kepada kerajaan.

Kerajaan harus sedar bahawa kebanyakkan pengguna kad kredit bukan hanya dari golongan yang elit dan senang. Golongan pertengahan dan bawahan juga ada yang menggunakan kad kredit sebagai talian hayat dalam kehidupan seharian mereka.

Dengan cukai tambahan ini juga, kerajaan seumpama bertindak zalim kerana menambahkan lagi bebanan 'interest charge' yang dikenakan setiap bulan. Walaupun ia hanya RM50, tetapi ia berlaku setiap tahun dan ia termasuklah tambahan RM25 untuk setiap kad tambahan yang kredit limitnya hanya satu.

Pengguna-pengguna kad kredit se-Malaysia seharusnya timbul rasa tersentak dengan cukai baru ini. Sedar atau tidak, ini adalah satu perangkap terhadap rakyat Malaysia secara keseluruhanya. Cukai RM50 ini tidak sepatutnya dikenakan terhadap pengguna sedia ada. Kalau benar kerajaan ingin mengenakan cukai ini, adalah wajar untuk hanya dikenakan kepada pemohon-pemohon baru kad kredit.

Pengguna tegar kad kredit pastinya punya masalah untuk membatalkan penggunaan kad kredit kerana baki outstanding yang masih banyak itu perlu diselesaikan sebelum kad tersebut dibatalkan. Adalah tidak adil ia dikenakan terhadap pengguna sedia ada.

Saya percaya, ketegasan kerajaan menjalankan cukai perkhidmatan kad kredit ini mencerminkan betapa zalimnya sebuah kerajaan yang memerintah dengan mengenakan cukai dengan sesuka hati. Ketirisan dan kebocoran dalam pemerintahan tidak dititik berat malah rakyat menjadi mangsa kerakusan Barisan Nasional merompak hasil titik peluh rakyat Malaysia.

Hancur Hancur!!! Hancur BN!!


Kesimpulan nya, naikkan lah lagi apa yang dirasa boleh dinaikkan. Buat lah cukai baru yang kamu fikir boleh menggemokkan tembolok kamu. Sebab, apabila kamu buat semua itu, kami ada modal untuk diberitahu kepada rakyat yang sudah terlalu banyak dibebankan dengan segala jenis cukai supaya pada PRU 13 nanti, anda semua yang dinaikkan dan suka menaikkan akan dapat diturunkan.

Sekian.


Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com


1 comment:

Anonymous said...

Memang tak patut & cukai terlampau tinggi! Cukai 'perkhidmatan' kepala hotak dia padahal cuma 'berkhidmat' ambik duit drp kocek rakyat. Kerajaan apa mcm ni, menyusahkn rakyat je. Aku adalah rakyat yg x puas hati sbb perbelanjaan bulan hadapan terganggu sbb nak bagi RM50 kat kerajaan samseng najib hampeh tu. Bole guna debit kad tapi kredit kad tu penting utk kes2 kecemasan. BN ni mmg dah gali kubur sendiri nmpk gayenye.....tunggu la PRU13 nanti. Akan rakyat yg guna kredit kad secara berhemah ini hapuskan kamu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...