Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

09 November 2008

Anwar akan lancar buku Syed Husin 'Dua Wajah: Tahanan Tanpa Bicara' petang ini



KUALA LUMPUR, 9 Nov (Hrkh) - Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim dijangka akan menyampaikan ucap rasmi seterusnya melancarkan empat buah buku karya Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dr Syed Husin Ali.

Majlis itu akan diadakan pada jam 3.00 petang ini bertempat di Carlton Holiday Hotel, No 1, Persiaran Akuatik, Seksyen 13 dekat sini.

Menurut Pusat Maklumat Perancangan dan Pembangunan Penyelidikan, pihaknya dengan besar hatinya menjemput semua ke pelancaran empat buah buku karya Dr Syed Husin.

Antara yang akan hadir ialah karyawan-karyawan seperti Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Pengarah, Pusat bagi Dasar Ikhtiar Dr Lim Teck Ghee.

Sementara itu, bekas ketua editor kumpulan Utusan Melayu Said Zahari akan mengulas kedua-dua edisi Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris karya Dr Syed Husin yang bertajuk 'Dua Wajah: Tahanan Tanpa Bicara' dan 'Two Faces: Detention Without Trial'.

Ulasan aku:
Buku bertajuk 'Dua Wajah: Tahanan Tanpa Bicara' memang telah lama ada di pasaran dan aku membeli buku tersebut pada 1/11/1998 ( sudah jadi kebiasaan aku akan sign , tulis tarikh & tempat apabila membeli sesebuah buku ).

Mungkin buku berkenaan tak pernah dilancarkan dan baru sekarang dapat. Walau bagaimana pun dengan pelancaran buku tersebut aku harap akan menambahkan sokongan rakyat dan orang ramai terhadap penghapusan ISA. Sedikit ulasan yang aku dapat dari carian di internet juga ada aku serta kan di bawah. Aku mencadang kan bahawa buku ini seharus nya dibeli dan dibaca oleh semua terutama kepada penyokong ISA. Aku tak dapat komissen pun kerana promosi buku ini.....harap maklum !


Dua Wajah - Tahanan Tanpa Bicara
Syed Husin Ali
Penerbit Insan, Kuala Lumpur
Cetakan pertama 1996, Cetakan keempat 1998

Tiga hari lepas, dua hari aku ke kampung halaman mama. Ada urusan penting. Hal warisan keluarga. Seperti biasa, apabila ke sana, aku dan mama akan bermalam di rumah makcik, Che' Ha (kakak kepada mama); seperti biasa juga setelah siap berkemas dan memunggah barang-barang dan beg keluar dari kereta ke dalam rumah, aku akan terus meluru masuk ke bilik yang biasa aku tidur setiap kali aku beraya di Kuala Terengganu, dan terus mengadap perpustakaan kecil tinggalan arwah pakcik, Ayah Di (abang ipar mama) - al-fatihah, semoga rohnya dicucuri rahmat Allah; aku tidak ada pada hari pengkebumian arwah kerana belajar. Dahulu, ulang tayang waktu aku budak kecil, bilik ini adalah bilik rujukan mencari stuff rock n roll - kaset-kaset heavy metal dan jeans ketat tinggalan sepupu aku (bilik lelaki anak arwah Ayah Di). Pada hayatnya, arwah pakcik aku berjasa sebagai seorang guru sekolah menengah yang tegas. Beliau banyak meninggalkan buku-buku lama dan buku-buku ini masih tersimpan dan tersusun-semat di rak buku di dalam bilik ini. Tapi sayangnya, tiada siapa baca kecuali aku. Nampaknya, arwah masih berjasa lagi.
Sambungan nya sila klik link http://www.kapasitor.net/community/post/1519

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...