Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

09 November 2008

Perwakilan bertumbuk, mesyuarat UMNO Bahagian Seremban ditangguh


09/11/2008 12:05pm

SEREMBAN 9 Nov. – Persidangan perwakilan UMNO Bahagian Seremban hari ini ditangguhkan selepas tercetusnya pergaduhan di antara perwakilan dalam dewan Kelab Golf Taman Tuanku Ja'afar di sini.

Keputusan tersebut dibuat oleh Timbalan Pengerusi Tetap UMNO Bahagian, Othman Senara selepas perwakilan mula bertumbuk antara satu sama lain, membaling kerusi ke arah barisan jawatankuasa bahagian serta mengeluarkan kata-kata kesat dalam kejadian yang turut disaksikan pengerusi jawatankuasa pemantau UMNO Bahagian Seremban, Tan Sri Rahim Tamby Chik.

Berikutan kejadian itu, mesyuarat tertangguh selama lebih 30 minit dan difahamkan dua perwakilan mengalami kecederaan.

Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan

Artikel & Link berkaitan :
1. Calon ketua umno Seremban disyaki sogok wang ditahan (3/8/08) - http://gerbanginformasi.wordpress.com/2008/08/03

2. Aksi 'Kungfu' dan baling kerusi di mesyuarat umno bahagian (9/11/08) - http://angkasanuri.blogspot.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...