Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

19 November 2008

Memalukan dan dimalukan - Kesian PM Aku dan KITA

Abdullah Ahmad Badawi dan Islam Karimov (berdiri kanan) menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Hassan Merican dan Ergash Shaismatov (duduk kanan) di Kediaman Presiden (Durmen) di Tashkent, semalam.- Bernama


Jalur Gemilag yang sebenar (original)

Kepada yang membaca posting ini, foto paling atas adalah sebahagian dari aturcara atau program semasa lawatan rasmi empat hari Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ke Uzbekistan.

Apa yang ingin aku fokus kan ialah anda semua perasan tak..? cuba anda lihat dan renung betul-betul pada Bendera Malaysia..? Cuba anda kira ada berapa bucu bintang pada Bendera Malaysia di belakang Pak Lah tu..? Sekali pandang kalau tidak ada jalur merah dan putih, bendera itu saling tak tumpah macam bendera MCA


Kemana perginya bulan sabit? mungkin terlindung atau mungkin memang tak ada bulan sabit tertera pada bendera tersebut. Kalau aku la.sebagai PM, tak tahu dimana nak letak muka aku kerana insiden ini amat memalukan bagi sebuah negara berdaulat. Mungkin akan ada yang kata itu kesilapan teknikal dan tak perlu di perbesarkan. Amat malang lah kalau ada rakyat atau pemimpin yang berfikiran begitu. Orang yang bersikap begini adalah orang yang tidak mempunyai maruah.

PM kita pernah bengang apabila ada blogger yang mencetuskan kontroversi kerana melancarkan kempen di talian supaya bendera Malaysia dikibarkan secara terbalik. Kempen tersebut telah menarik perhatian Perdana Menteri, yang menyifatkan tindakan itu sebagai 'kurang ajar'. Blogger tersebut ditahan dan dibebaskan 3 hari kemudian. Bagaimana reaksi PM berkaitan insiden ini ???

Apa peranan Duta Malaysia ke Uzbekistan, Abdul Aziz Harun. Aku tidak lah tahu sangat peranan sebenar atau 'scope of work' seorang DUTA, jauh sekali untuk mempertikaikan nya, tetapi dalam konteks lawatan PM ini, paling tidak pun pasti kan lah protokol nya diatur dengan baik dan rapi. Begitu juga dengan persedian yang dibuat oleh kakitangan Wisma Putra. Apa yang mereka buat ??..mengapa mereka tidak boleh memasti kan bahawa bendera tersebut adalah Jalur Gemilang yang sebenar atau mereka memang berpakat dengan orang-orang tertentu yang berkepentingan untuk mensabotaj lawatan PM tersebut ???..........

Pada pendapat dan pandangan kurang cerdik aku, sebagai simbol sebuah negara berdaulat dan kalau ada maruah, Pak Lah sebagai Ketua Negara tidak sepatut nya memberi 'green light' untuk Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tan Sri Hassan Marican menandatangani memorandum sebelum bendera yang nyata salah itu ditukar. Tindakan juga perlu diambil kepada pihak yang bertanggungjawab kepada insiden yang memalukan itu supaya perkara yang sama tidak berulang.

* Teringat kepada lawatan Almarhum Sultan Selangor ( ayahanda Sultan sekarang) ke S.J.S.S.A.A. Kerenah pegawai protokol istana untuk memasti kan segala protokol dipatuhi boleh menyebab kan kita di serang sakit jantung....


Artikel & Link berkaitan :

1. Malaysia hab eksport Uzbekistan-(17/11/08)

myLot User Profile

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...