JAKARTA 22 Nov. - Agensi Penyelidikan Geologi Amerika Syarikat (AS) melaporkan satu gempa bumi yang kuat menggegarkan perairan barat laut Indonesia, dekat Bengkulu lewat malam ini.
Agensi itu meletakkan gempa itu berlaku dengan ukuran gegaran 6.8 pada skala Richter di pusat gempa kira-kira 164 kilometer dari Bengkulu, sebuah bandar di Pulau Sumatera.
Gegaran itu berlaku pada kedalaman 26 kilometer dari dasar laut. Tidak ada laporan kecederaan diterima setakat ini.
Kedudukan Indonesia yang terletak di “Lingkaran Api Pasifik” menjadikan negara tersebut mengalami letusan gunung berapi dan garisan gelinciran gempa.
Dalam kejadian pada Disember 2004, kejadian gempa yang kuat menyebabkan berlakunya tsunami memberikan malapetaka besar sepanjang perairan Lautan Hindi.
Seramai 230,000 penduduk terkorban dalam tragedi itu. - AP
myLot User
No comments:
Post a Comment