Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

27 November 2008

Jenayah Sana, Jenayah Sini - Selamat, aman & makmur ???

Woman who tried to save daughter killed in robbery


KLANG: A 35-year-old woman died from slash wounds sustained when she tried to save her daughter from being attacked by four robbers at their family furniture shop in Kampung Jawa here yesterday night.


Yew Sue Tan and her 42-year-old husband and 12-year-old daughter had just returned to the shop at 9.20pm when four men on two motorcycles arrived at the shop. The robbers, all armed with parang, went inside the shop and tried to snatch the girl’s bag.


Yew rushed to help her and was slashed on the head. Her husband was injured when he tried to fight off the robbers. Yew’s brother Soon Weng, 38, said his brother-in-law carried his wife to the car and drove to the hospital with their daughter.


Yew was pronounced dead on arrival while her husband was said to be in serious condition.


In Kuala Lumpur, a nightclub manager died after he jumped out through the first floor window to save himself from a fire at a shoplot in Taman Miharja, Cheras.


Nyo Bian Chai, 49, from Johor, was having a shower when the fire started at around 7.15pm. His colleague Ah Wei, 31, who lived in the same building said he heard screams of fire and ran out. Nyo however decided to jump out through the window.


Source: The Star - 27 Nov.08


Ulasan: Sama ada mahu percaya atau tidak, kita mesti menerima hakikat yang negara Malaysia sekarang menjadi semakin tidak selamat. Kita sebagai rakyat di dalam negara ini seolah olah menunggu giliran samaada untuk dirompak, disamun, dirogol, diliwat, ditembak, ditetak dan bermacam - macam jenayah lain.



Rumah ahli perniagaan diserang kali keempat
Oleh BASIR ABU BAKAR basir.
bakar@kosmo.com.my

TIGA anggota polis di hadapan rumah yang diserang dengan tembakan rambang di Taman Anggerik, Alor Star semalam.

ALOR STAR -
Seorang ahli perniagaan dan keluarganya kini hidup dalam ketakutan setelah banglo mereka diserang dengan tembakan rambang oleh individu yang tidak dikenali di Taman Anggerik pada kira-kira pukul 2 pagi semalam. Difahamkan, kejadian tersebut merupakan kali ke empat berlaku di rumah itu.


Kejadian terbaru tersebut berlaku dengan pantas dan tidak disedari jiran mangsa ditambah pula ketika itu hujan lebat membuat orang ramai menyangka letupan itu adalah bunyi letupan bunga api sempena Aidiladha.

Mangsa yang enggan dikenali berada di rumah bersama isteri dan anak-anak menyedari kejadian tersebut terus mengurung diri dalam rumah sehingga hari siang sebelum membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Star.

Terdapat kesan tembakan pada dua kereta milik mangsa yang diletakkan di hadapan rumah.

Menurut sumber, suspek terbabit dipercayai menggunakan pistol separa automatik dan melepaskan lapan das tembakan.

"Empat das tembakan mengenai belakang kereta jenis Honda CRV, dua mengenai belakang kereta jenis Perodua Myvi manakala dua lagi mengenai pintu pagar rumah itu.

Sumber:
http://kosmo.com.my - 27 Nov.2008

Artikel & Link berkaitan:

1. Serangan awal pagi -
http://www.hmetro.com.my

Ulasan:
Kalau dah kena serang sampai 4 kali, Polis jangan siasat perihal si penyerang itu sahaja. Siasat sekali tuan rumah itu sebab mungkin dia yang jadi penyebab dia diserang. Tak kan lah penyerang tu saja - saja nak pergi serang rumah orang tak tentu pasal dan guna senjata api pulak. Kalau kena tangkap kan ke mandatori gantung sampai mati. Lebih baik penyerang itu pergi rompak bank, dapat juga hasil daripada buat macam cerita Koboi....tembak tak tentu pasal.


Ditetak penyamun lalok
Oleh Rudy Fazrunisyam Samarudin
rudy@hmetro.com.my


http://www.hmetro.com.my/Thursday/Setempat/20081127094521/mainpix
TUMPAS...Roslan menunjukkan parang yang digunakan tiga penyamun.

JOHOR BAHRU: Seorang pekerja kilang yang baru pulang dari berniaga sambilan di Taman Daya menerima 12 jahitan di kepala selepas ditetak dengan parang panjang dalam kejadian samun membabitkan tiga penjenayah yang sedang ‘lalok’ dadah dipercayai jenis syabu, kelmarin.

Dalam kejadian jam 11.40 malam itu, lelaki berusia 29 tahun itu dihampiri sekumpulan lelaki menaiki sebuah Proton Gen.2 kelabu ketika sedang berjalan kaki untuk pulang ke rumahnya selepas selesai berniaga sambilan di kawasan berdekatan sebelum ditetak dua kali di kepala oleh salah seorang penjenayah ketika cuba menghalang daripada disamun.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin, berkata keadaan penjenayah yang dipercayai berada di bawah pengaruh dadah syabu itu menyebabkan mereka bertindak ganas menetak mangsa yang ketika itu cuba menghalang daripada disamun.

Bagaimanapun, katanya, penjenayah terbabit menerima padahnya kira-kira sejam selepas melakukan samun apabila kelibat mereka berjaya dikesan oleh kereta peronda yang mendapat laporan berhubung kejadian itu.

“Selepas bilik kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah menerima maklumat kejadian daripada orang ramai jam 12.30 tengah malam, polis melancarkan gerakan mengesan penjenayah membabitkan lebih lima kereta peronda yang sedang membuat rondaan cegah jenayah ketika itu.
“Polis hanya mengambil masa 15 minit untuk mengesan kelibat penjenayah terbabit apabila kereta yang mereka naiki itu dikesan di Jalan Teratai, Taman Johor Jaya sebelum berjaya memintas mereka di Taman Desa Jaya, Ulu Tiram,” katanya.

Hasil pemeriksaan ke atas kereta penjenayah terbabit, berjaya menjumpai dua bilah parang panjang yang digunakan dalam kejadian samun itu serta beberapa peralatan untuk menghisap dadah jenis syabu.

Roslan berkata, turut dirampas ialah tiga telefon bimbit dan beberapa barang kepunyaan mangsa seperti kad pengenalan, kad bank dan sejumlah wang tunai bernilai kira-kira RM600.

Menurutnya, semua lelaki warga tempatan yang berusia 23 hingga 27 tahun itu kini ditahan bagi membantu siasatan kes yang dijalankan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan dan Seksyen 61 Akta Bahan Kakisan 1958.

“Berdasarkan siasatan awal semua yang ditahan itu tidak mempunyai rekod kesalahan jenayah lampau tetapi kita yakin mereka adalah penagih dadah jenis syabu berdasarkan beberapa peralatan untuk menghisap dadah yang kami temui ketika mereka ditahan,” katanya.

Roslan berkata, polis percaya melakukan jenayah ketika di bawah pengaruh dadah menjadi satu trend sejak kebelakangan ini kerana ia membantu penjenayah mengatasi perasaan takut.

“Mereka mengambil dadah untuk mengatasi perasaan takut ketika melakukan jenayah, tetapi mereka juga boleh bertukar menjadi seorang yang bertindak ganas dan mencederakan mangsa kerana hilang pertimbangan,” katanya.

Katanya, dalam kejadian itu, mangsa bernasib baik kerana mengalami kecederaan dan hanya menerima rawatan sebagai pesakit luar.

Sumber: http://www.hmetro.com.my

Ulasan: Sekarang ini di Bolehland ini, situasi sekeliling yang semakin tidak selamat membuatkan kita semakin penat dan letih supaya terus berwaspada dan berhati-hati. Fikirkan dan renungkan lah...di Stesen minyak, pasaraya, lebuhraya hatta di rumah kita sendiri pun tidak ada lagi jaminan keselamatan. Kita terpaksa meletakan 'buruk sangka' dulu sebelum bersangka baik pada sesiapa saja yang tidak dikenali menghampiri kita dan ini lah juga yang kita bagitau pada anak-anak kita kan??. Entah lah........


myLot User

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...