Katanya, kesemua yang sudah tiba, masuk ke Arab Saudi menerusi Kota Suci Madinah tempat Makam Nabi Muhammad SAW sejak 30 Oktober lepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di Sepang, Pulau Pinang, Johor Baharu dan Kuching.
Penerbangan Haji terakhir yang dijadual tiba di sini akan berlepas dari KLIA pada 13 November dan tiba di sini 14 November, katanya yang juga Ketua Pasukan Media Tabung Haji terdiri daripada wartawan dan krew kamera dari RTM, TV3, TV9, dan Bernama. Beliau berkata, selepas tarikh itu, semua penerbangan haji Malaysia akan masuk menerusi Jeddah dan langsung ke Mekah.
Jemaah haji Malaysia di sini bergerak masuk ke Mekah secara berperingkat mulai semalam menaiki bas ke kota Masjidil Haram yang terletak kira 400 kilometer dari sini. Menurutnya, jemaah berkenaan bergerak masuk ke Mekah secara berkumpulan selepas genap sembilan hari tinggal di sini untuk melakukan solat 40 waktu di Masjid Nabawi dan menziarahi makam Rasulullah serta tempat suci lain di sini.
"Hari ini kira-kira 1,200 orang lagi yang menaiki penerbangan KT04, KT05, KT06, KT07 bergerak ke Mekah selepas kumpulan pertama semalam," katanya. Mereka akan tinggal di Hotel Janadariah dan sebahagian di Hotel Abraj Khazidar.
Mengenai kesihatan jemaah, Rashid berkata, pada keseluruhan semua dalam keadaan sihat kecuali 11 orang yang menerima rawatan lanjut di Pusat Rawatan Tabung Haji di sini kerana masalah kesihatan biasa seperti demam dan batuk.
"Sanak saudara jemaah tidak perlu khuatir kerana cuaca di sini tidak sesejuk musim lepas, malah nyaman seperti di kawasan peranginan tanah tinggi," katanya. Beliau berkata, jemaah dapat menjalankan ibadat dengan lancar.
- Bernama
No comments:
Post a Comment