Jumaat 14 Nov. - Hari ini hari terakhir persekolahan 2008. Hari yang memeningkan kepala emak dan bapak datang lagi. Cuti sekolah kali ni kemana nak bawa bebudak. Yang dah tentu tersengih ialah tauke hotel, chalet dan rumah tumpangan. Sewa bilik mesti mau naik sebab CUTI SEKOLAH !!. Cuti sekolah hujung tahun ni panjang, sebulan setengah. Masa untuk menghabiskan duit jugak panjang, cuma jangan lupa dan tak sedar diri sebab nanti bila nak bukak sekolah 2009, nak pakai duit lagi. Masa ni yang sengih ialah tauke kedai pakaian dan alat kelengkapan sekolah. Bebudak ni bukan nya reti base kalau kita kata tak de, yang dia tau mesti nak ada. Ingat tu...
Kos tak pernah turun. Yang sibuk dok kata turun tu pun adalah benda yang di naik kan sekali gus gila-gila tapi turun nya ciput dan macam kura-kura. Yang bercakap tu pun semua nya dia dapat FREE, itu pasal dia boleh cakap tak beban kan rakyat. Kalau tak beban, kita semua yang buat part-time ni tentu tak buat. Sampai ada yang maut sebab nak cari duit lebih dengan cara halal. Untuk yang duit memang tak luak-luak, sila lah bercuti puas-puas, tak de siapa nak larang tapi kepada yang duit pun dah tinggal serdak aje, jimat-jimat lah sikit.
Akhir kata, berhati nati semasa memandu di jalan dan lebuhraya. Kos tak pernah turun. Yang sibuk dok kata turun tu pun adalah benda yang di naik kan sekali gus gila-gila tapi turun nya ciput dan macam kura-kura. Yang bercakap tu pun semua nya dia dapat FREE, itu pasal dia boleh cakap tak beban kan rakyat. Kalau tak beban, kita semua yang buat part-time ni tentu tak buat. Sampai ada yang maut sebab nak cari duit lebih dengan cara halal. Untuk yang duit memang tak luak-luak, sila lah bercuti puas-puas, tak de siapa nak larang tapi kepada yang duit pun dah tinggal serdak aje, jimat-jimat lah sikit.
myLot User Profile
No comments:
Post a Comment