Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

04 November 2008

Helikopter Eurocopter: Keputusan PAC tidak sebulat suara

Abdul Aziz Mustafa
Mon | Nov 03, 08 | 10:34:37 pm MYT

Helikopter Eurocopter EC725 Cougar ( basic - standard)


Helikopter Eurocopter EC725 Cougar ( dengan 'accessories' ?? )

KUALA LUMPUR, 3 Nov (Hrkh) - Keputusan Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) bahawa tidak ada penyelewengan dalam pembelian 12 unit helikopter bernilai RM1.604 bilion tidak sebulat suara.

Beberapa anggotanya berpendapat urusniaga untuk membeli Eurocopter EC725 Cougar bagi menggantikan helikopter Nuri yang berusia 42 tahun tidak dijalankan dengan sepatutnya.
Mereka memandang berat hakikat bahawa urusniaga itu hanya dibuat untuk Eurocopter. "Tidak ada penender yang dipanggil untuk mengemukakan klarifikasi tender pada dokumen tender," Malaysian Insider memetik salah seorang anggota PAC.
Dalam kenyataan rasminya, PAC memandang berat ketiadaan pemeriksaan fizikal dibuat ke atas 12 helikopter Eurocopter EC725 sebelum kerajaan memutuskan untuk membeli helikopter berkenaan yang kini telah pun ditangguhkan pembeliannya.
Pengerusinya Datuk Azmi Khalid berkata, Kementerian Pertahanan menjelaskan bahawa pihaknya tidak membuat satu uji terbang khusus memandangkan pesawat itu sedang diguna pakai dalam pelbagai keperluan di peringkat antarabangsa.
Sehubungan itu, Azmi berkata PAC mencadangkan pada masa akan datang, Kementerian Pertahanan perlu memberi perhatian yang serius berkaitan pemeriksaan fizikal terperinci ke atas pesawat yang hendak dibeli.
"Apabila sampai tahap di mana pembelian itu diputuskan (walaupun ditangguh sekarang) yang memakan masa selama tiga tahun untuk disiapkan, maka PAC dan pihak TUDM (Tentera Udara Diraja Malaysia) memperakui bahawa perlu untuk buat pemeriksaan rapi sebelum menerima helikopter berkenaan," katanya.
Bercakap kepada media selepas mesyuarat badan itu hari ini, Azmi menyatakan PAC juga mahu kerajaan bersikap lebih telus di masa hadapan.
Badan itu juga mencadangkan supaya ditubuhkan badan penilai bebas untuk menilai cadangan pembelian yang melibatkan kos yang tinggi.
PAC dan juga rakyat, katanya, mahu kerajaan bersikap lebih telus di masa akan datang serta memastikan dana awam tidak dibazirkan.
"Terpulang kepada kerajaan untuk menentukan siapakah panel untuk mengetuai panel penilaian bebas. Ini bukan sahaja melibatkan pembelian di bawah Kementerian Pertahanan, tetapi juga melibatkan semua kementerian," katanya.
Dari segi prosedur, mesyuarat PAC memutuskan bahawa tidak ada penyelewengan dalam pembelian 12 unit helikopter bernilai RM1.604 bilion itu.
Bagaimanapun, Azmi berkata PAC akan terus memantau isu pembelian helikopter itu.
Kontroversi pembelian Eurocopter yang pertama kali dibangkitkan oleh blogger Syed Azidi Bukhari semakin hangat selepas Mentari Services Sdn Bhd mempertikaikan tatacara perolehan helikopter tersebut.
Pengerusi syarikat itu, Kapt (B) Datuk Zahar Hashim mendakwa keputusan kementerian mengeluarkan surat hasrat (LOI) kepada Eurocopter "agak luar biasa dan bertentangan dengan prosedur yang telah diamalkan selama ini". Zahar juga ialah Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya Selatan.
Malaysia telah menandatangani kontrak berjumlah RM2 bilion hanya untuk 12 buah helikopter sedangkan Brazil telah menandatangani kontrak pembelian 50 buah helikopter yang bernilai US$1.2 bilion ataupun RM4 bilion.

Artikel sebelum ini & Link berkaitan
1. (3/11/2008) Tiada Penyelewengan - http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?

2. (3/11/2008) Tiada Penyelewengan ......-http://www.bernama.com

3. (2/11/2008) Beli Helikopter : Siasatan BPR bunga-bunga kejatuhan Najib - http://www.tranungkite.net/v7/modules.php

4. (1/11/2008) BPR buka kertas siasatan pembelian helikopter Eurocopter -
http://www.bernama.com


5. (28/10/2008) Kerajaan tangguh beli Eurocopter - http://article.wn.com/view/2008/10/28/Kerajaan_tangguh_beli_Eurocopter/

6. (28/10/2008) Kerajaan tangguh beli Eurocopter - http://www.bernama.com.my/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=367701

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...