Oleh Murni Wan Omar
murni@hmetro.com.my
KUALA LUMPUR: “Sekali dilakukan adalah kejam, tetapi perbuatan tertuduh berkali-kali mencederakan mangsa adalah lebih kejam,” kata Hakim Mahkamah Sesyen, Akhtar Tahir, ketika menjatuhkan hukuman terhadap suri rumah yang disabitkan bersalah mencederakan pembantu rumahnya, Nirmala Bonat.
Akhtar dalam keputusannya membuat kesimpulan tertuduh, Yim Pek Ha, yang menyebabkan kecederaan terhadap Nirmala. Malah, katanya, hujahan pembelaan bahawa kecederaan pada pembantu rumah dari Kupang, Indonesia itu dibuat sendiri tidak boleh diterima.
“Tidak ada sesiapa melihat Nirmala mencederakan dirinya. Ia hanya kemungkinan yang dikemukakan pihak pembelaan. Saya tidak setuju dengan hanya menghentak kepala ke dinding menunjukkan dia boleh mencederakan diri sendiri.
“Kecederaan dilakukan berkali-kali oleh tertuduh terhadap mangsa menunjukkan tingkah laku penyeksa yang tidak boleh diterima dalam masyarakat,” katanya.
Selepas meneliti rayuan dan hujah pihak pembelaan dan pendakwaan, kata Akhtar, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun masing-masing bagi tiga pertuduhan yang dikenakan terhadap Yim. Beliau berkata, sepatutnya hukuman penjara 54 tahun, namun mahkamah memerintahkan ia berjalan serentak.
“Hukuman setimpal dan memberi pengajaran wajar dijatuhkan terhadap tertuduh serta memberi kepentingan kepada orang awam,” katanya.
Yim, 37, yang juga bekas pramugari, menghadapi tiga tuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap Nirmala, 22, menggunakan seterika dan air panas di rumahnya di 22B-25-6, Villa Putera, Jalan Tun Ismail di sini, pada Januari, Mac dan April 2004.
Dia yang diwakili peguam bela, Jagjit Singh dan Akbardin Abdul Kader, bagaimanapun dibebaskan daripada pertuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap Nirmala dengan menggunakan cawan besi di tempat sama pada jam 3 petang, 17 Mei 2004.
Sebaik mahkamah mensabitkan Yim bersalah atas tiga pertuduhan itu, suri rumah itu menangis dan memeluk suaminya, seorang ahli perniagaan, Hii Ik Tiing, 42, yang berada di galeri awam. Dia yang menangis teresak-esak cuba ditenteramkan Hii, namun mengundang tangisan saudara-mara mereka.
Kedengaran beberapa kali Yim merintih “No justice in this world!” (tiada keadilan di dunia ini) dan “Why all this happen to me” (kenapa semua ini berlaku kepada saya). Sepanjang keputusan dibacakan, Yim hanya menundukkan wajahnya dan ada ketikanya dia dilihat seperti pitam.
Hukuman penjara 18 tahun itu berkuat kuasa serta-merta dan permohonan peguam untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman akan didengar pada tarikh ditetapkan kelak.
Mengimbas keterangan pembelaan, Akhtar menyatakan Yim memulakan keterangan dengan mengatakan keburukan serta kekurangan Nirmala dalam menjalankan tugasnya di rumah.
“Tertuduh memperbesarkan kekurangan Nirmala dalam menjalankan tugas harian. Pada saya, ia bukan alasan untuk dia bersikap kejam. Malah, Yim sendiri mengakui ada menampar Nirmala. Ini menunjukkan Yim mempunyai keupayaan untuk bertindak kasar.
“Dalam keterangannya, Yim menunjukkan dia masih ada kemarahan yang terpendam terhadap mangsa walaupun selepas tiga tahun (kejadian berlaku pada 2004), jadi saya tidak terperanjat jika dia yang menyebabkan kecederaan itu,” katanya.
Beliau turut berpendapat tiada keraguan yang mengatakan Nirmala memberi keterangan yang benar, malah konsisten dengan dokumen dan bukti lain dikemukakan di mahkamah. Katanya, ada dakwaan mengatakan Nirmala melakukan sendiri kecederaan itu kerana wang, tetapi tiada bukti menyokongnya.
“Bukan Nirmala yang menyerah diri, sebaliknya dia ditemui pengawal keselamatan,” tegasnya.
Akhtar berkata, kecederaan dialami Nirmala ada yang tidak dapat dicapai tangan sendiri, oleh itu, dakwaan ia dilakukan sendiri tidak boleh diterima. Terdahulu, Jagjit dalam rayuannya menegaskan Yim mengekalkan pengakuan tidak bersalah dan meminta mahkamah mengambil kira kecederaan yang dialami sudah sembuh.
Timbalan Pendakwa Raya, Raja Rozela Raja Toran, pula berkata mahkamah perlu mengambil kira perbuatan tertuduh yang menggunakan seterika dan air panas serta menyifatkannya sebagai tidak berperikemanusiaan.

Sumber: MyMetro.com
Ulasan : Kadang - kadang harap muka saja cantik molek tapi tingkah laku @ feel @ kelaku sebijik macam binatang. Bagi alasan yang tak masuk akal untuk mempertahankan diri di mahkamah, seolah-olah hakim terlalu bodoh dan boleh ditipu. Aku tengok gambar Nirmala tu saja pun dah terfikir bahawa tak mungkin si Nirmala ini menyiksa diri sendiri bagi mendapatkan wang.
myLot User
No comments:
Post a Comment