Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

12 November 2008

Bloggers Buff 2008 bincang isu blog 22 November ini

[LOGO+with+grey+bg.jpg]
KUALA LUMPUR: Bloggers Buff 2008, sebuah persidangan dan perangkaian bagi penulis-penulis blog akan diadakan pada 22 November ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini.

Pengerusi penganjur, P. Kamalanathan berkata, persidangan yang akan bermula jam 9 pagi hingga 7 petang itu melibatkan dua sesi iaitu sesi pertama bertemakan "Blogging Realities" yang akan memfokuskan kepada isu-isu semasa yang berkaitan dengan penulisan blog termasuk etika, undang-undang, menjana pendapatan dan teknologi.

"Sementara itu, bagi sesi kedua pula adalah sesi perangkaian dengan tajuk "So you want to blog?" yang menyasarkan golongan muda dan penulis-penulis blog baru," katanya.

Beliau berkata, kedua-dua sesi tersebut akan mengundang panel-panel yang berpengalaman untuk berkongsi buah fikiran dan pengalaman mereka.

Katanya, antara panel yang akan hadir termasuk Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail; Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Dr Halim Shafie dan penulis blog, Ahirudin Attan.

"Selain itu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad turut dijemput menyampaikan ucaptama pada persidangan itu," katanya. Kamalanathan berkata, persidangan ini adalah batu loncatan untuk penulis-penulis blog di Malaysia daripada pelbagai genre untuk berkumpul dan berkongsi pandangan mereka."Ini adalah satu hari di mana mereka membuka fikiran terhadap pelbagai aspek dalam penulisan blog dan memberi komen tentang isu yang memberi kesan kepada penulis-penulis blog di negara ini," katanya.

Kamalanathan berkata, setiap sesi bagi Bloggers Buff 2008 hanya terhad kepada 100 orang yang paling awal mendaftar.

"Penulis-penulis blog boleh memilih sama ada mahu menghadiri kedua-dua sesi dengan bayaran RM60 atau memilih antara dua sesi tersebut iaitu sesi pertama dengan bayaran RM50 atau sesi kedua dengan bayaran RM20," katanya.

Beliau berkata, persidangan ini ditaja oleh Go Mobile dan dianjurkan oleh MI Fest Management. Selain itu katanya, ia turut disokong oleh Empower Lives, All Blogs, Malaysian Indian Bloggers (MIB) dan Putera MIC, manakala Trexx FM sebagai stesen radio rasmi.

Borang pendaftaran untuk menyertai Bloggers Buff 2008 boleh didapati di www.bloggersbuff.blogspot.com.

Artikel & Link berkaitan :
1. http://bbuff2007.blogspot.com/

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...