Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

17 November 2008

Harga minyak turun lagi 15 sen kepada RM 2.00

Ehsan Berita Harian Online


Apa hal pulak ni ??.Kita citer minyak dunia jatuh, kat Malaysia pam minyak jatuh..hik..hiik..


Mon | Nov 17, 08 | 7:25:45 pm MYT


KUALA LUMPUR, 17 Nov (Hrkh)
- Harga runcit untuk petrol RON97 dikurangkan sebanyak 15 sen seliter kepada RM2.00 seliter daripada RM2.15 seliter mulai tengah malam ini.


Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak berkata ini merupakan penurunan yang kelima sejak bulan Ogos.


Beliau berharap para peniaga mengambil langkah untuk terus mengurangkan harga barang selaras dengan penurunan harga minyak, supaya orang ramai mendapat manfaat yang sepenuhnya.


Selain itu, Najib juga berkata para pengguna juga diharapkan akan terus mengamalkan sikap berhemah dalam penggunaan petrol dan diesel walaupun harga telah turun.


Minggu lepas, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato' Shahrir Abdul Samad menyatakan tentang harga minyak yang dijangka turun pada pertengahan bulan ini. Ini berikutan harga purata minyak yang berada di paras AS$70 setong pada masa ini.


Awal bulan ini, harga petrol RON97 dikurangkan daripada RM2.30 seliter kepada RM2.15 seliter, petrol RON92 dikurangkan daripada RM2.20 seliter kepada RM2.05 seliter dan diesel dikurangkan daripada RM2.20 seliter kepada RM2.05 seliter.


Sebelum ini, harga petrol RON97 turun dari RM2.70 seliter kepada RM2.55, RM2.45 dan RM2.30 manakala petrol RON92 dari RM2.62 seliter kepada RM2.40, RM2.30 dan RM2.20. Diesel pula turun dari RM2.58 seliter kepada RM2.50, RM2.40 dan RM2.20. - mns_


Sumber: http://www.harakahdaily.net/index.php?

Artikel & Link berkaitan:
1. Harga minyak turun, mungkin umum hari ini ? -
http://www1.mstar.com.my/cerita

2. Harga minyak, beras turun - http://www.bharian.com.my/Tuesday/
3. Fuel prices down 15 sen a litre - http://www.thesundaily.com/

myLot User Profile

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...