Akhirnya Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 7/11/2008 membebaskan RPK dari tahanan ISA. Alasan pembebasan oleh Hakim Datuk Syed Ahmad Helmi ialah penangkapan serta penahanannya adalah tidak sah dan bertentangan dengan perlembagaan.
Untuk maklumat, RPK 58, ditahan di bawah ISA pada 12 Sept yang lalu, selepas beliau dikatakan bertanggungjawab menyiarkan artikel-artikel tulisannya yang mempersenda dan menghina orang Islam, kesucian Agama Islam serta peribadi Nabi Muhammmad S.A.W yang telah membangkitkan kegelisahan dan kemarahan masyarakat Islam di negara ini. Ini lah alasan yang menyebabkan beliau di tahan ISA, sedang kan kalau ikut logik, beliau sepatut nya dituduh/dibicarakan dibawah Mahkamah Syariah.
Aku mengucapkan tahniah kepada RPK dan keluarga kerana beliau telah pun dibebaskan. Sudah tentu nya pembebasan ini memberi satu tamparan yang amat hebat kepada Menteri Dalam Negeri kerana beliau yang menandatangani perintah tahanan tersebut.
Aku berpendapat, sebenar nya pembebasan RPK adalah satu lagi peluru , selepas peluru pertama iaitu pembebasan Razak Baginda tempohari. Siapa kah yang memberi arahan kepada 2 orang Polis yang dituduh membunuh Altantuya ?. Sudah tentu bukan Razak Baginda,sebab itu Razak Baginda bebas. Maka oleh itu tidak susah untuk mengetahui siapa kah sasaran peluru-peluru tersebut. Siapa kah yang mahu RPK bebas ? dan siapa kah yang paling rimas dan tidak mahu RPK di bebaskan ?.
Pertarungan 2 kelompok elit yang saling berebut kuasa masih belum selesai. Apa yang dilihat selesai, hanya lah adegan diatas meja sedang kan di bawah meja, kaki masing- masing masih menendang dan menerajang antara satu sama lain.... Kita sebagai rakyat tengok aje la. Cakap lebih nanti kena cekup. Pilihanraya umum lepas rakyat dah bagi signal tapi nampak nya mereka macam tak reti dan tak faham-faham.......

Artikel & Link berkaitan:
1. Raja Petra dibebaskan dari ISA (7/11/08) - http://www.malaysiakini.com/news/92626
2. Harap tiada agenda di sebalik pembebasan Raja Petra - GMI (8/11/08) - http://www.harakahdaily.net/index

No comments:
Post a Comment