Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

24 November 2008

Sembang dengan Ahli Parlimen Kuala Selangor

Petang semalam jam 5.30 petang aku, sahabat aku Omar Abas dan family pergi ke rumah mewah waris walak dia di Bukit Jelutung. Naim nama nya dan dia buat kenduri doa selamat kerana nak pergi Mekah pada 26/11/2008. Balik dari rumah Naim, lebih kurang jam 10.00 malam kami semua singgah di Restoran Syed Kadir, Seksyen 3 Shah Alam . Sementara nak cari tempat duduk, aku ternampak 'Top Level' PAS Pusat iaitu Dr. Dzulkefly Ahmad.

Beliau adalah Pengarah Pusat Penyelidikan PAS. Beliau sedang makan dengan seorang rakan. Aku menegur dan memberi Salam. Aku duduk disebelah beliau dan kami bersembang macam rakan yang lama tak berjumpa, pada hal beliau bukan kenal aku pun. Aku memang lah kenal beliau sebab beliau pernah jadi calun Kerusi Parlimen Kapar pada PRU 1999 lawan dengan P. Komaladevi dan aku 'and the gang' kempen untuk beliau tapi kalah.

Itu lah masalah kalau dah tua...he..he.. Apasal beb ?? Lupa la...

Boleh aku tak ingat langsung yang beliau adalah Ahli Parlimen Kuala Selangor. Masa dalam kereta nak balik, baru aku teringat. Pada PRU 12 tempohari beliau mengalahkan calun BN iaitu Jahaya Ibrahim. Jahaya Ibrahim ni orang kampung aku iatu Kampung Kuantan dan senior aku masa di Sekolah Menengah Seri Tanjung Kuala Selangor.

Sebagai orang biasa diperingkat bawahan dan lebih 20 tahun menetap di Kapar, aku dah bertemu dengan ramai ahli-ahli politik samada dari UMNO dan PAS. Aku berpendapat bertemu Ahli Politik PAS lebih mudah dan lebih mesra daripada ahli politik UMNO. Sekarang ini dah tak kuat senang lah sikit nak jumpa atau terjumpa. Kalau dulu masa mereka kuat dan gagah, jangan mimpi la...kalau jumpa pun masa pilihanraya dan semata mata nak kan undi.

Ini hanya pendapat peribadi berdasar pada pengalaman aku saja. Macam aku cakap pada Dr. Dzul, apabila satu pertubuhan / kumpulan / pasukan / persatuan / Jemaah dan yang seumpama nya maka sudah barang tentu akan ada berbagai perangai dan kerenah ahli - ahli. Kalau dah mesyuarat sesama sendiri pun main baling kerusi dan tumbuk menumbuk............lu fikir sendri la kawan-kawan !!!!....

Kepada Dr.Dzul, semoga anda di rahmati Allah S.W.T


Sekian

Artikel & Link berkaitan:
1. http://ms.wikipedia.org/wiki/Dzulkefly_Ahmad
2. Dr Dzulkefly Ahmad Weblog - http://drdzul.wordpress.com/

myLot User Profile

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...