Beliau berkata, rekod menunjukkan hakim-hakim berkenaan telah dipecat kira-kira dua dekad lalu. "Adakah hakim-hakim terbabit dipecat atau digantung (perkhidmatan)? Saya merasakan mereka telah dipecat. Rekod menunjukkan begitu.
"Sekarang Menteri (Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz) mengatakan "Tidak", hakim-hakim tidak dipecat atau tidak digantung," tulis beliau dalam blognya hari ini.
Ketika ditemui wartawan di Putrajaya hari ini, Dr. Mahathir mengesahkan bahawa tiga hakim yang terlibat dalam krisis kehakiman 1988 telah dipecat, walaupun Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz menyatakan mereka diminta meletak jawatan.
"Setahu saya, mereka dipecat," katanya.
Beliau bagaimanapun berkata, bekas-bekas hakim itu tetap menerima pencen atas dasar ihsan, termasuk bekas Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas. Untuk artikel penuh klik link http://www1.mstar.com.my/cerita.
Artikel & Link berkaitan:
1. http://test.chedet.com/che_det/2008/11/snippets-20.html
2. Hakim-hakim dipecat, Mahathir sanggah Nazri- http://www.harakahdaily.net/index.php?
Ulasan aku :
Pertama sekali, dengan kenyataan Dr.Mahathir itu maka memang sah lah Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berbohong dan menipu masa berucap hal yang berkaitan didewan rakyat pada khamis - 6/11/08.
Kedua, yang menyakit kan hati apabila melihat permainan ahli-ahli politik yang tidak ada sedikit pun rasa malu dan rasa bersalah. Kalangan mereka yang buat salah dan silap, duit rakyat termasuk lah duit aku yang jadi mangsa. Aku tak kisah nak bayar apa pun nama nya kalau duit itu dikumpul sesama mereka atau duit Dr.Mahathir sendiri. Lantak lah nak bayar berapa banyak pun.
Ketiga, dah kena pecat tapi masih tetap menerima pencen atas dasar ihsan, bukan aku dengki, tapi kalau aku atau majoriti kawan-kawan lain kena pecat @ buang kerja ??. Apamacam? satu sen pun tak dapat....merempat la jawab nya.........
No comments:
Post a Comment