Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

26 September 2008

Meeting Bush VS Meeting MT UMNO

US President George W. Bush (centre) makes remarks during a meeting with members of congress including the presidential candidates John McCain (left) and Barack Obama (right). Top Democrats angrily accused McCain of sabotaging an astronomically expensive deal to bail out Wall Street and shore up the US economy

Semalam 25/9 di Amerika Syarikat, Presiden George Bush menjemput kedua-dua calun presiden yang bertanding iaitu Senator Barack Obama dari Demokrat dan Senator John McCain dari Republikan untuk duduk semeja berbincang bagaimana mendepani dan mengatasi krisis ekonomi di Negara 'Super Power' itu. Dalam siaran TV sebelum ini Bush mendesak supaya Kongres meluluskan pelan menyelamat (bailout) bernilai RM700 bilion bagi membetulkan semula ekonomi negara sambil berkata "our entire economy is in danger."Mereka boleh duduk semeja demi negara mereka.

Senator John McCain menyatakan akan menangguh kan kempen untuk sama-sama menangani krisis. Aku bukan nya suka sangat dengan mereka-mereka ni, tapi cara mereka bertanggungjawab keatas negara mereka membuatkan aku kagum dengan mereka.


Lain pulak senario nya di Malaysia. Hari ini UMNO mengadakan mesyuarat tergempar MT nya. Sudah tentu isu pokok yang akan dibincang ialah isu peralihan kuasa. Dalam keadaan ekonomi yang merudum akibat tempias dari krisis ekonomi di Amerika dan dunia umum nya, pemimpin di negara kita masih tak habis-habis dengan perebutan kuasa sesama sendiri. Sorang tak nak turun dan sorang lagi sibuk suruh turun. Tak boleh ke lupakan dulu soal perebutan tersebut. Cuba lah berbincang bagaimana nak mengatasi kelembapan ekonomi yang menyebab kan rakyat terbanyak merasa gelisah dan tidak selesa.

Jangan lah membuat keputusan secara Add-Hock.
Contoh paling jelas, kerajaan kita add-hock naikkan harga minyak sebanyak 78 sen… Tapi sekarang ni minyak dah turun, tapi bukannya nak turunkan secara add-hock jugak. Bila nak turun macam kura-kura dan di iringi dengan berbagai alasan yang kadang-kadang mengarut. Apa kah mesyuarat MT UMNO itu nanti akan menghentikan perebutan kuasa antara mereka. Aku rasa tidak. Silap-silap ia akan memporak perandakan lagi Parti yang memerintah, khusus nya UMNO. Negara Malaysia ini kecil aje tapi kecoh nya macam lah negara ni besar sangat. Lain lah kalau macam India, Amerika, Rusia, OK lah jugak kalau nak gaduh. Pelik !!, Singapura pun kecil jugak tapi tak gaduh-gaduh pun politik diaorang. Ekonomi Singapura pun tak lah teruk sangat kalau nak banding dengan Malaysia.

1 comment:

sabahking said...

the world is becoming worse and worse !! Hopefully one day isu perkauman is not a problem in malaysia again !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...