DITAHAN....Bekas Speaker DUN Perak, V. Sivakumar antara wakil rakyat yang terlibat dengan mogok lapar anjuran Pakatan Rakyat pagi ini. Beliau ditahan oleh pasukan polis anti-rusuhan (FRU) di hadapan Wisma DAP pagi tadi.Foto THE STAR Oleh: SAIFUL BAHRI.
Aku terdengar dari berita radio jam 1.30 tadi, tangkapan dilakukan kerana mogok lapar. Aku semakin meluat dengan sikap pihak yang semakin takut dan tidak senang duduk dengan apa sahaja yang dibuat oleh Pakatan Rakyat dan penyokong nya. Sikit sikit melanggar undang-undang, takde permit, perhimpunan haram dan bla...bla...bla. Pakai baju hitam tak boleh!, salah, pakai baju kuning tak boleh!, salah, pakai baju merah tak boleh!, salah dan pakai baju hijau pun tak boleh, salah... sekarang berpuasa, mogok lapar pun salah. Jadi semua serba salah.
Kalau puak mereka buat semua tidak ada masaalah. OOOooooo....sebab kuasa masih berada dipihak mereka. Kuasa yang tinggal nyawa nyawa ikan. Mengapa mereka amat takut hilang kuasa ?, sebab nya mudah.., kerana kalau mereka jatuh, segala tokak dan pekung akan terdedah. Contoh paling nyata adalah di Selangor. Bila jatuh saja kerajaan lama, maka baru lah aku dan sekelian rakyat dapat tahu bagaimana duit@dana rakyat dibelanjakan macam duit mak bapak mereka. Memang tengah marah ni........, oleh itu lebih baik aku STOP.
Sekian
.......................................................................................................................................
Mogok lapar : 8 wakil rakyat PR ditahan di Wisma DAP
IPOH: Lapan wakil rakyat pembangkang adalah antara 19 orang yang ditahan polis pagi tadi kerana didakwa menyertai perhimpunan tanpa permit di kawasan lapang berhampiran Wisma DAP di sini.
Wakil rakyat berkenaan adalah Anggota Parlimen Ipoh Barat, M. Kulasegaran, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh yang juga bekas Speaker V. Sivakumar, Keshvinder Singh (Malim Nawar), Thomas Su (Pasir Pinji), Lim Pek Har (Menglembu) dan Leong Mee Meng (Jalong) yang semuanya daripada parti DAP.
ADUN Teja, Chang Lih Kang dan Chan Ming Kai (Simpang Pulai) daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) turut ditahan mengikut Seksyen 27 Akta Polis kerana enggan mematuhi arahan polis untuk bersurai walaupun setelah diberi amaran beberapa kali oleh polis.
Selain mereka dua pekerja parti DAP, dua anggota Unit Amal PAS dan dua orang awam turut ditahan polis antara pukul 11 pagi hingga 12 tengah hari tadi.
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Azisman Alias ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan.
Beliau berkata Ketua Polis Perak Datuk Zulkifli Abdullah akan mengadakan satu sidang akhbar berhubung perkara itu di Ibu pejabat Kontinjen (IPK) Polis Perak di sini pada pukul 4 petang ini.
Sebelum itu, polis turut menahan lima pekerja lelaki sebuah syarikat pengurusan acara termasuk dua warga negara Myanmar pada pukul 7.30 pagi ketika mereka sedang memasang khemah dan alat siar raya bagi menjayakan kempen mogok lapar anjuran pakatan pembangkang di luar Wisma DAP di sini.
Polis turut merampas satu belon udara besar dengan tulisan 'Bubar DUN' dan 'Daulat Tuanku' yang dipasang di luar Wisma DAP itu.
Kesemua yang ditahan dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) untuk membantu siasatan. - BERNAMA