Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

02 June 2009

Berhati hati dengan duit palsu RM50 dan RM100


KUALA LUMPUR - Periksa sebelum terima not RM50 dan RM100 daripada pelanggan dan buat laporan segera jika ia wang palsu.

Itu nasihat Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) kepada mereka yang menerima wang palsu.

Ketua Eksekutif NCC yang juga Setiausaha Agung Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Muhammad Sha'ani Abdullah berkata, orang ramai perlu peka dan ada inisiatif memeriksa dengan teliti sebelum menerima sebarang mata wang bagi mengelakkan daripada tertipu.

"Peniaga yang memiliki premis perniagaan juga harus memasang kamera litar tertutup untuk mengesan jika berlaku penipuan oleh sindiket," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan akhbar ini mengenai seorang pengurus sebuah kedai buku di Alor Setar yang kerugian RM250 selepas menerima dua keping wang kertas palsu RM100 dan sekeping RM50, Sabtu lalu.- http://www.kosmo.com.my

Photobucket

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...