Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

07 June 2009

Jadikan 'PAS the only choice' - Vincent (Kelab Penyokong PAS)


Vincent Lee berucap mewakili KPP sempena Muktamar PAS ke-55

Wan Nordin Wan Yaacob
Sun | Jun 07, 09 | 12:46:28 pm MYT


SHAH ALAM, 7 Jun (Hrkh) - Kelab Penyokong PAS (KPP) menegur pihak-pihak yang menggunakan istilah 'perpaduan' yang hanya memberikan pandangan 'negatif' bukan Islam terhadap PAS.

"Perpaduan adalah perkataan yang sering disebut-sebut, tetapi apa itu perpaduan," kata Vincent Lee ketika berucap mewakili KPP sempena Muktamar PAS ke-55 di Stadium Malawati hari ini.

Antara sebab penubuhan Kelab Penyokong PAS adalah mewujudkan perpaduan antara kaum melalui perjuangan PAS, ini terbukti dalam PRU-12, dengan sokongan padat daripada semua kaum, tanpa kira agama, warna kulit, bahasa dan adat-resam, PAS mencapai kejayaan yang amat besar, yang tidak pernah dicatat dalam 50 tahun yang lepas," katanya.

Kejayaan itu membuktikan bahawa PAS lah satu-satu parti yang mampu menyatu-padukan semua kaum di bumi Malaysia ini, ujar Vincent.

Kejayaan kerajaan PAS di Kelantan dapat melaksanakan dasar-dasar yang benar-benar adil kepada semua, juga menyumbangkan kepada kejayaan yang disebutkan, katanya.

"Saya amat berharap di negeri-negeri yang diperintah Pakatan Rakyat, di mana PAS juga memainkan peranan yang penting, untuk menyakinkan rakyat dalam negeri mereka, janganlah sekali-kali melaksanakan sesuatu dasar atau menyuarakan sesuatu dengan penuh bau perkauman," katanya.

"Rundingan sulit antara PAS dan Umno juga membimbangkan para penyokong masyarakat bukan Islam. Mereka dan ahli-ahli Kelab mulai bertanya, adakah PAS mula meninggalkan mereka dan seterusnya menjadikan Umno sebagai kawan setia kepada PAS?" ujarnya

Beliau juga berharap janganlah pihak tertentu dalam PAS melakukan sesuatu yang akan menjejaskan maruah dan imej parti hingga parti kembali kepada zaman gelap-gelita.

Dengan itu, beliau berharap barisan pimpinan dan juga akar umbi parti dan ahli kelab sentiasa dapat mempastikan PAS bergerak di atas landasan dan arah yang betul.

"Kelab Penyokong PAS ingin bergerak ke depan ,dan teruskan usaha- usahanya untuk menjadikan PAS pilihan utama atau 'the only choice' bagi rakyat Malaysia," ujarnya./wann - harakahdaily.net

Komen aku:
Kepada orang lama dalam PAS dan bukan PAS pasti nampak dan mengalami betapa PAS selalu dibuli oleh UMNO/BN. Propaganda UMNO/BN supaya orang Cina dan India tidak menyokong PAS, amat menyusahkan PAS kecuali di Kelantan. Kerjasama antara pembangkang tidak dibenarkan berlaku oleh UMNO/BN, sebab kalau pembangkang bekerjasama maka UMNO/BN akan hancur. Kepada orang muda yang tak tahu bahawa dulu kalau pilihan raya PAS, DAP & BN akan bertanding tiga penjuru, maka BN akan ketawa besar kerana pasti menang. Sekarang perkara seperti itu tidak berlaku lagi.

Setelah sekian lama PAS berjuang melawan UMNO/BN, yang mana semua orang tahu bahawa UMNO memang kaki buli, tidak kira kepada lawan mahu pun kawan, tiba tiba timbul kisah rundingan sulit dan kerajaan perpaduan. Setelah PAS berada dalam keadaan paling kuat sejak penubuhan nya. Setelah wujud nya
'Kelab Penyokong PAS' yang dulu nya aku rasa pemimpin PAS sendiri mungkin tak pernah terfikir kelab ini boleh wujud satu hari nanti.

Sebagai 'orang kecil' kita mungkin tidak tahu apa kah strategi 'orang besar'. Mengenai kerajaan perpaduan dan rundingan dengan UMNO, aku ada terdengar dalam berita radio bahawa UMNO sedia berbincang tetapi tidak sampai keperingkat berkerjasama (Kalau tak silap, Khairy Jamaluddin yang cakap). Pada pendapat aku sepatut nya segala nya ini perlu dihentikan. Fullstop.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...