Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

05 June 2009

Muktamar Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kali ke-55 bermula




SHAH ALAM, 5 Jun - Pagi Jumaat yang indah, penghulu segala hari ini menyaksikan ribuan manusia bertali arus menuju ke Muktamar Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kali ke-55 yang diadakan julung-julung kalinya di Stadium Malawati, Shah Alam.

Kehadiran para perwakilan dan pemerhati ke muktamar di Bandar Anggerik ini disambut dengan banner, bunting dan juga bendera parti. Perjalanan lalu lintas terurus dengan bantuan 'tentera merah' Unit Amal yang sedia berkhidmat dengan penuh berdedikasi.

Muktamar juga dimeriahkan dengan gerai-gerai jualan dan juga pameran yang jumlahnya hampir mencecah 500 unit. Pelbagai variasi barangan dan perkhidmatan disediakan untuk kemudahan para perwakilan dan pemerhati.

Perhatian para perwakilan dan pemerhati juga ditumpukan kepada pentas canggih yang dibina sempena muktamar. Sebuah skrin bersaiz 60 x 20 kaki turut melatari pentas utama yang digunakan untuk memaparkan suasana sekeliling dan juga bahan berkaitan muktamar.

Muktamar kali ke-55 ini turut dipancarkan secara langsung di http://muktamar55.pas.org.my buat tontonan para pemerhati seluruh dunia.

Nota:
Sebentar tadi lebih kurang jam 11.30 pagi, Tuan Guru Hj.Hadi merasmikan Muktamar PAS ke 55. Semasa aku menulis nota ini juga, bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Datuk Dr. Hassan Ahmad dan A Samad Said sedang menerima Anugerah Pejuang Bahasa dari Tuan Guru Presiden PAS.- بلوڬ احمد ترمذي

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...