Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

01 June 2009

Bila UMNO/BN tidak mahu bertanding pilihanraya................



PRK Penanti sudah pun tamat dan keputusan nya pun telah diketahui. Ia nya dimenangi oleh calun PKR dari Pakatan Rakyat iaitu Dr.Mansor.

Banyak juga ulasan ulasan yang dibuat oleh surat khabar dalam talian (online newspaper) tetapi ulasan lebih menumpukan kepada kelembapan dan suasana lengang semasa pengundian. Media arus perdana tak banyak cerita tentang PRK Penanti. Kalau ada pun berbentuk negatif seperti Berita Harian yang melaporkan ' petugas PKR pakai pakaian & lencana logo parti'

Aku ingin melihat PRK Penanti dari sudut lain. Mungkin pandangan atau pendapat aku nampak lawak dan tak masuk akal tetapi bagi aku ada kebenaran nya. Aku berpendapat apabila UMNO/BN tidak bertanding di Penanti, ia sebenar nya membuka lebih banyak pekong yang sebelum ini rakyat tak berapa nak perasan. Kalau tak percaya cuba baca dan fikir pendapat aku dibawah:

1. Kenyataan pihak SPR bahawa perjalanan Pengundian berlangsung dengan aman dan terkawal walau pun peratusan keluar mengundi rendah. Menunjukan bahawa jika UMNO/BN tiada keadaan akan aman dan tenteram.

Mesti ada yang kata bahawa hanya PKR saja yang bertanding, memang lah tak ada gaduh dan provokasi, sebab itu lah aman. Aku nak bagitau bahawa kalau UMNO/BN bertanding tanpa lawan nya PKR pun belum tentu boleh aman. Dalil nya, Sejarah Mesyuarat bahagian UMNO dan kerabat BN yang lepas pun penuh dengan gaduh dan baling kerusi dan ada yang keluar pistol lagi. Tak percaya ? sila lihat di sini dan sini. Kadang kadang Polis terpaksa mengawal mesyuarat. Sesama mereka satu kapal pun tak boleh nak aman.

2. Tidak ada bas bas yang membawa penumpang yang didakwa oleh Pakatan Rakyat sebagai pengundi hantu. Kedatangan bas bas sebegini menjadi salah satu punca tercetus nya provokasi yang boleh membawa kepada pergaduhan. Kejadian seperti ini berlaku di PRK Permatang Pauh dan Kuala Terengganu.

3. Bila ada PRK dimana mana sahaja UMNO/BN bertanding, maka dengan tiba tiba ada perasmian itu dan ini. Pecah tanah itu dan ini. Macam macam projek "mee segera" antara nya yang popular ialah menurap jalanraya. Bila dikatakan memancing undi, UMNO/BN menafikan dengan mengatakan bahawa semua projek itu telah dirancang dan secara kebetulan dilaksanakan pada waktu pilihanraya. Di PRK Penanti yang baru berakhir, semua yang tersebut tidak ada dan ini menunjukkan bahawa memang SAH selama ini UMNO/BN memancing pengundi.

SEKIAN


Photobucket

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...