Ada sesiapa ingat pasukan yang bernama MyTeam. OK lah, kepada yang lupa, tak ingat dan tak tahu pasukan MyTeam ini ditubuhkan melalui rancangan realiti TV3 'MyTeam' yang bertujuan mencari bakat bakat baru dalam arena bolasepak tanahair. Idea konsep MyTeam ini dicetuskan oleh Khairy Jamaluddin (Ketua Pemuda UMNO) dan DJ Radio Jason Lo.
Aku ada juga menonton slot rancangan 'MyTeam' tersebut. Bagi aku tak ada salah nya kalau memang bertujuan mencari bakat baru. Cuma aku mula jadi meluat menonton rancangan itu apabila TV3 melebih lebih sangat dalam memaparkan realiti sebenar pasukan tersebut. Wawancara dengan keluarga pemain yang terpilih, banyak yang lebih sudu dari kuah. Lain lah kalau dapat terpilih main dengan Manchester United ke, boleh lah kalau nak melompat ke langit.
UPB-MyTeam (United Plantations Berhad-MyTeam Football Club) pula adalah gabungan Perak UPB Football Club dengan MyTeam. Presiden/Pengerusi Kelab ini bagi tahun 2007/08 ialah Khairy Jamaluddin, Naib Presiden/Timb. Pengerusi/Pengurus Jason Lo dan Jurulatih Bojan Hodak.
Apabila terdapat nama Khairy Jamaluddin, maka sedikit sebanyak atau mahu tidak mahu kita terpaksa membawa cerita ini kepada kaitan politik.
Aku berpendapat program MyTeam itu sendiri pun direka untuk menaik kan saham politik Khairy Jamaluddin, tetapi tidak kesampaian kerana pasukan MyTeam tidak sehebat digembar gemburkan. Lawan pun asyik kalah saja....maka Khairy tidak dapat menggunakan MyTeam sebagai batu loncatan politik nya. MyTeam kemudian bergabung menjadi UPB-MyTeam dan terus bertahan walaupun pencapaian yang kurang baik. Khairy mungkin bernasib baik kerana masa itu bapa mertua beliau 'Pak Lah' masih Perdana Menteri Malaysia.
Sama ada mahu atau tidak, sama ada dipaksa atau dengan rela maka banyak lah syarikat menaja kelab/pasukan ini. Sebab itu lah agak nya ada pemain mengatakan bahawa"Gaji Disember, Januari dan Februari kami terima penuh. Bulan Mac, kami hanya terima separuh gaji. Separuh lagi diterima pada awal Mei lalu. Bila Pak Lah turun dari kerusi Perdana Menteri ?....dan bila turun saja maka ada syarikat yang tarik diri dari menaja kelab ini termasuk lah Air Asia.
-----------------------------------------------------------------------------------------------
UPB-MyTeam tak bayar gaji

Oleh itu tidak mustahil kelab/pasukan ini tidak akan dapat bertahan dimasa hadapan dan akhir nya berkubur apa tah lagi sekarang ini Khairy semakin disisih. Namun begitu aku 'tabik' atas strategi dan usaha beliau itu. Sekian........
-----------------------------------------------------------------------------------------------
UPB-MyTeam tak bayar gaji
APALAH malang nasib skuad UPB-MyTeam. Mereka sudah bersungguh-sungguh menunjukkan sikap profesional setiap kali berada di atas padang tetapi kelab yang diwakili pula tidak menunjukkan ciri-ciri profesional khususnya dalam menjaga kebajikan.
Kosmo! difahamkan, para pemain UPB-MyTeam kini menderita akibat tidak dibayar gaji selama dua bulan.
Tidak lagi mampu menahan derita, tiga pemain UPB-MyTeam terpaksa mendedahkan masalah dialami mereka itu kepada Kosmo! semalam.
"Pada mulanya kami ambil sikap bersabar, tunggu dan lihat. Tapi akhirnya kami tak boleh tahan lagi, terpaksa dedahkan juga kepada media supaya umum mengetahui nasib kami ini," kata salah seorang pemain UPB-MyTeam.
Menurut pemain yang enggan namanya disiarkan kerana bimbang dikenakan tindakan disiplin daripada kelab terbabit, bayaran gaji untuk tiga bulan pertama musim ini diterima tepat masanya sehinggalah pada bulan Mac lalu.
"Gaji Disember, Januari dan Februari kami terima penuh. Bulan Mac, kami hanya terima separuh gaji. Separuh lagi diterima pada awal Mei lalu.
"Ini bermakna sehingga ke hari ini, kami masih belum menerima apa-apa gaji untuk bulan April dan Mei. Dua bulan gaji tertunggak dan akan menjadi tiga bulan jika ia terus tidak dibayar sehingga hujung Jun ini," jelasnya.
Seorang lagi pemain UPB-MyTeam berkata, mereka telah bersikap profesional dengan bermain bersungguh-sungguh sepanjang perlawanan dari penghujung Mac sehingga penghujung Mei lalu.
"Sepanjang tempoh dua bulan tidak dibayar gaji ini, kami telah beraksi sembilan perlawanan dan menang empat kali, seri dua kali dan tewas tiga kali.
"Kalau kami tak profesional, dah lama kami sengaja biarkan pasukan tewas kesemua perlawanan itu. Bonus kemenangan pun kami tak dapat," katanya yang turut enggan didedahkan identitinya.
UPB-MyTeam kini berada di tangga ke-9 daripada 14 pasukan dalam saingan Liga Super.
Selepas 17 perlawanan, skuad berstatus kelab itu mengumpul 23 mata hasil tujuh menang, dua seri dan sembilan tewas.
Musim ini, kelab yang dibimbing Bojan Hodak dengan dibantu Khan Hung Meng serta Rashid Hassan itu hanya mendaftarkan 18 pemain; jumlah paling rendah di kalangan pasukan yang beraksi dalam Liga Super. Difahamkan, tindakan itu dibuat sebagai satu langkah penjimatan.
Seorang lagi pemain mendakwa, penarikan diri beberapa penaja utama seperti AirAsia menyebabkan UPB-MyTeam tidak lagi mempunyai sumber kewangan yang kukuh seperti musim-musim sebelumnya.
"Pemain semakin merana. Hendak datang berlatih pun tiada duit. Kami juga manusia biasa, perlukan wang setiap bulan," jelas pemain tersebut. - www.kosmo.com.my

No comments:
Post a Comment