Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

09 June 2009

Kerajaan Perpaduan: Presiden PAS & Timbalan perlu segera keluar kenyataan jelas pendirian, elak perpecahan


Jangan sebab nak Kerajaan Perpaduan, akhir nya nya PAS sendiri yang pecah

Kerajaan Perpaduan....

Bila kah isu ini akan reda atau selesai ?. Lagi lama isu ini berlegar legar dikalangan rakyat yang menjadi ahli PAS dan penyokong PR, lagi seronok dan gembira lah musuh utama PR iaitu UMNO/BN. Ahli & Penyokong PAS sudah mula meragui kepimpinan mereka. Manakan tidak, selama ini Pimpinan PAS rata rata nya dilihat bersih dan lebih ikhlas, tetapi tiba tiba dengan isu Kerajaan Perpaduan ini, dua orang pemimpin teratas iaitu Presiden & Timb. Presiden mula diragui tindak tanduk mereka.

Contoh nya seperti kenyataan Lim Guan Eng. Beliau menolak dakwaan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa pemimpin Pakatan menerima baik perkara itu apabila PAS menjelaskannya kepada mereka.

"Kepimpinan Pakatan tidak pernah berbincang mengenainya, ataupun PAS telah memaklumkannya kepada kita. "Kita tidak tahu apa yang sedang berlaku," katanya lagi

Sehubungan itu, Lim mengingatkan Abdul Hadi supaya sentiasa bercakap benar.

"Sebagai seorang alim, seseorang itu bukan sahaja perlu menjawab kepada DAP, tetapi juga kepada Tuhan," katanya.

Apa yang jelas dari pandangan aku, isu kerajaan perpaduan ini amat menguntung kan UMNO/BN yang semakin tenggelam dan karam dan yang rugi nya tentu lah PR.

Di bawah ini aku kepilkan satu ulasan atau cetusan menarik untuk dikongsi bersama dari seorang tukang komen di blog greenboc.blogspot.com berkaitan isu Kerajaan Perpaduan


Assalamualaikum kepada semua...
Muktamar sudah, pemilihan jawatan pun sudah. Banyak komen dan pandangan yang keluar dan tertulis di alam maya ini. ade yang sedih dan ada yang gembira. Apapun pun cuba kita lihat, Umeno sudah memainkan lebih peranan dalam memperlagakan/memecahbelahkan PR. Apa yang boleh dikatakan di sini ialah kepada TG Presiden dan Timb.Presiden, segerakanlah keluarkan statement yang jelas untuk ahli PAS memahami dgn jelas pendirian kalian berdua tentang KERAJAAN PERPADUAN dengan Umeno.

Saya sebagai seorang penyokong kuat PAS percaya, sekiranya berlaku sekali lagi perbincangan dengan Barua Umeno, saya sendiri walaupun hanya satu undi,AKAN KU BERJANJI, TIDAK AKAN AKU BERIKAN LAGI KEPADA BARUA PAS YANG BERSETUJU BERSEKONGKONG DENGAN UMENO. TIDAK AKAN AKU HALALKAN WALAU SESEN PUN DUIT YANG SELAMA INI AKU DERMAKAN UNTUK KERJA PARTI PAS SELAMA INI. LIHATLAH KEMBALI APA YANG UMENO TELAH LAKUKAN KEPADA KAMI RAKYAT SEKELIAN.

1. DI KELANTAN, TIDAK ADA SATU SEN PUN BANTUAN DISALURKAN MELALUI KERAJAAN NEGERI. MALAHAN TG NIK AZIZ BERJAYA SELESAIKAN 98% HUTANG KERAJAAN NEGERI TANPA BANTUAN DARI UMENO.

2. DI KELANTAN JUGALAH BERMULANYA PENARIKAN SUBSIDI UNTUK ANAK2 KECIL BERSEKOLAH DI SEKOLAH AGAMA RAKYAT.

3. DI KELANTAN JUGALAH KERAJAAN PAS DI'KERA DAN DIMONYETKAN' SEHINGGA BELAKU DARURAT DAN RAMPASAN KUASA.

4. KALAU NAK DIUNGKITKAN MASALAH MELAYU, LIHATLAH PULAU PINANG APA YANG JADI PADA MELAYU PULAU PINANG. TAK PAYAH NAK ULAS.

5. KALAU DI KEDAH, LIHATLAH KAWAN2.. UMENO MENINGGALKAN RM2 BILLION TAHI YANG NAK KENA CUCI TANPA BANTUAN SATU BUIH PUN SABUN DARI UMENO DAN KERAJAAN PUSAT.

6. KALAU DI PERAK, LIHATLAH, MASIH PANAS LAGI.... RAMPASAN KUASA YANG DILAKUKAN OLEH HARAM JADAH UMENO.

7. KEPADA PRESIDEN, TIDAK INGATKAH ANDA KEPADA TERENGGANU? APA YANG TERJADI TEHADAP WANG ROYALTI MINYAK SETELAH PAS MEMERINTAH TERENGGANU?

8. DAN YANG PALING MENYAYAT HATI IALAH PERISTIWA MEMALI DAN TANGKAPAN ISA.....

FIKIRKANLAH KEMBALI WAHAI PIMPINAN PAS.... KHUSUSNYA PRESIDEN DAN TIMB PRESIDEN..... KALAU MEREKA NAK BETUL2 BERBINCANG OPS... SILAP... BERMUZAKARAH....

BEBASKAN TAHANAN ISA DULU,

BICARAKAN SEGALA LAPORAN POLIS YANG DIBUAT OLEH PR,

LUNASKAN IMBUHAN YANG SEPATUTNYA DIBERI KEPADA KERAJAAN NEGERI WALAUPUN DIPERINTAH OLEH PR,

HENTIKAN MEMONOPOLI MEDIA ARUS PERDANA,

HENTIKAN PENYALAHGUNAAN KUASA ANGGOTA KESELAMATAN NEGARA,

DAN BANYAK LAGILAH KEPINCANGAN OLEH HARAM JADAH UMENO, TAK LARAT NAK ULAS.

DAN KEPADA TIMB PRESIDEN, INGATLAH... ANDA HANYA MENUMPANG DI KERUSI PARLIMEN BACHOK KELANTAN.

INI BUKANLAH UGUTAN, TETAPI HANYA TEGURAN DAN PERINGATAN.....

YANG IKHLAS...

MOHD ISLAHUDDIN (dean9463@yahoo.com)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...