Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

15 June 2009

Isu Chin Peng: Sikap 'pelampau' & 'double standard' NGO Melayu



IPOH 14 Jun – Gagasan Melayu Perak (GMP) menyifatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sanggup menjual dan menggadai apa sahaja termasuk maruah agama, bangsa dan negara semata-mata untuk menjadi Perdana Menteri.

Presidennya, Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail berkata, ia juga jelas menunjukkan bahawa Anwar sebagai seorang pemimpin yang sudah tenggelam punca apabila meminta kerajaan membenarkan Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng dibenarkan pulang.

“Kalau boleh kita tafsir kenyataan itu jelas dan nyata ia adalah untuk kepentingan politik peribadinya untuk meraih sokongan orang bukan Melayu khasnya kaum Cina.

“Dia tahu seluruh orang Melayu menentang kemasukan Chin Peng dan tahu perasaan bekas-bekas perajurit negara, tetapi dia tetap juga buat kenyataan seumpama itu.

“Anwar adalah seorang pemimpin yang sanggup berbuat apa sahaja termasuk menggadaikan maruah bangsa, negara dan agama demi kepentingan politik peribadinya,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. - www.utusan.com.my

Komen aku:
Wah..., dalam dua tiga hari ini teruk DS Anwar kena hentam kiri dan kanan, depan dan belakang. Semua nya gara gara komen DS Anwar meminta Kerajaan membenarkan Chin Peng balik ke Malaysia.

Ada satu badan baru khas pasal Chin Peng iaitu Badan Bertindak Halang Kemasukan Chin Peng (BBHKCP) meminta supaya Kerajaan
menahan DS Anwar di bawah ISA. Badan bertindak halang kemasukan Jepun tak nak tubuhkan ke?, Jepun pun sama kejam atau mungkin lebih lagi dari PKM. Hati dan perasaan mangsa keganasan tentera Jepun tak nak jaga ke?. Ramai juga yang terkorban termasuk lah perajurit kita tetapi mengapa kita boleh pulak terima Jepun, siap buat konsep pandang ketimur lagi. Tidak ada pun bising bising.

Aku kadang kadang hairan dengan sikap pemuka pemuka yang bukan bercakap atas prinsip. Cuba kalau DS Najib yang membenarkan Chin Peng balik ke Malaysia, apa komen pemuka pemuka ini ?. Aku gerenti semua nya akan kata DS Najib bijak lah, berpandangan jauh lah, tepat pada masa lah dan berbagai lagi lah ayat 'standard'.


Mengapa aku berkata begitu ?. Baik lah !..., aku akan beri 2 contoh yang lebih kurang sama tetapi respon nya berbeza. Kalau anda seorang pejuang MELAYU lah konon nya, sepatut nya respon anda mesti lah senada apabila hak melayu digugat baik idea itu dari Pembangkang atau dari Perdana Menteri sendiri.

1.
Cadangan Tan Sri Khalid Ibrahim Mengenai Kuota 10 Peratus Di UiTM Dibuka Untuk Pelajar Bukan Bumiputera

Pada 10 Ogos 2008, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mencadangkan 10 peratus daripada jumlah semasa kuota pelajar di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dibuka kepada bukan Bumiputera serta pelajar asing bagi meningkatkan kualiti pendidikan dan persaingan di kalangan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) tersebut.
Walau bagaimana pun cadangan ini telah mendapat tentangan hebat daripada pelbagai lapisan masyarakat terutamanya pemimpin politik tempatan, pensyarah dan pelajar. Seramai 5000 pelajar UiTM Shah Alam, Selangor telah mengadakan perhimpunan di perkarangan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor pada 12 Ogos 2008 bagi membantah dan menghantar memorandum kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Rata-rata responden yang ditemui melahirkan rasa kecewa, kesal dan marah kerana cadangan tersebut seolah-olah membiarkan hak Melayu dan Bumiputera dirampas sedikit demi sedikit. Responden juga mendakwa kerajaan telah menyediakan ruang yang banyak untuk kaum lain melanjutkan pelajaran di universiti awam dan swasta lain. UIiTM perlu kekal sebagai satu-satunya institusi pengajian tinggi yang banyak berjasa melahirkan ramai tokoh daripada kalangan Melayu dan Bumiputera.-
Jabatan Penerangan Malaysia

2. Penghapusan 30% pegangan ekuiti bumiputera dalam sektor perkhidmatan oleh DS Najib.

Persoalannya ialah dimanakah pejuang-pejuang Melayu yang kononnya ingin mempertahankan hak Melayu sehinggakan menganjurkan demonstrasi yang berbau perkauman dinegeri-negeri yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat selepas PRU 12 yang lalu?

Apabila Najib mengumumkan memansuhkan ekuiti Bumiputera:

1) Dimanakah Umno yang kononnya memperjuangkan hak Melayu?

2) Dimanakah Ibrahim Ali dan Perkasa?

3) Dimanakah Osman Bakar dan Badan Bertindak Perpaduan Melayu?

4) Dimanakah Perwaris?

Apa lagi yang Najib tak lakukan?

Kementerian Pembangunan Usahawan dah dimansuhkan.

Ekuiti Bumiputera sebanyak 30 peratus dah dimansuhkan.

Sahlah bahawa pertubuhan-pertubuhan yang disebutkan diatas tidak pernah berminat untuk memperjuangkan Melayu dan Bumiputera. Mereka hanya buat bising apabila Umno dan BN kehilangan kuasa. - aminiskandar.wordpress.com

Kesimpulan nya ialah kita perlu rasional. Berselisih pendapat adalah perkara biasa. Jangan lah bila tidak sependapat saja, nak suruh tangkap ISA. Nampak sangat yang suruh tangkap itu tidak cerdik. Kalau nak mengampu pun, tolong lah guna cara lain.

Sekian.

* Nota: Aku pun tidak bersetuju Chin Peng dibenarkan pulang. Tak mahu nanti ada pihak pihak berkepentingan mencetuskan masaalah idelogi dan yang seumpama nya kerana penyokong idelogi Chin Peng mungkin masih ada saki baki nya lagi dan akan menjadikan Chin Peng sebagai 'mentor' pula.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...