Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

08 June 2009

Kerajaan Perpaduan: Mengapa UMNO tiba tiba mahu ?



Apakah tanda aras atau kayu pengukur sesuatu tindakan PAS menguntungkan atau merugikan UMNO?

Jawapannya amat mudah. Budak-budak PASTI pun tahu menjawapnya.

Apa yang UMNO tidak setuju dengan PAS, itulah perkara yang baik yang merugikan UMNO.

Apa yang UMNO setuju dengan PAS, itulah perkara yang boleh menguntungkan mereka samada jangka pendek mahupun panjang.

1. PAS MAHUkan pembubaran DUN Perak, UMNO TIDAK MAHU kerana mereka tahu itu perkara yang merugikan mereka.

2. PAS MAHU melaksanakan hudud serta menghapuskan segala kemungkaran, UMNO TIDAK MAHU kerana mengganggu 'life-style' mereka.

3. PAS MAHUkan PPSMI dihapuskan, UMNO TIDAK MAHU kerana kroni banyak dapat 'masyok'.

4. PAS MAHUkan Kerajaan Perpaduan, UMNO MAHU dan bersedia kerana itu menguntungkan mereka samada jangka pendek atau panjang.

Sumber: http://al-brangi.blogspot.com

Komen aku:
Isu Kerajaan Perpaduan ini yang dikatakan telah ditutup buku, kemudian nya meletup semula sebelum dan selepas Muktamar PAS ke 55 yang baru berlalu.

Seperti yang aku jangka, isu ini menjadi polemik yang semakin panas.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat menolak pembentukan kerajaan perpaduan seperti yang disyorkan oleh Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Beliau berkata, cadangan untuk membentuk kerajaan perpaduan bersama Umno merupakan idea karut yang boleh merugikan PAS. “Idea itu mengarut, orang lain tak tahu macam mana kami berhadapan dengan Umno di Kelantan,” kata beliau.

Penolakan Tuan Guru Nik Aziz disanggah oleh Timbalan Presiden, Nasharuddin dengan alasan bahawa itu hanya lah pandangan peribadi.

Di pihak UMNO/BN pula :


1. DS Najib telah pun mula bersuara lunak diatas lontaran idea ini dan menjelaskan, beliau bersikap terbuka terhadap konsep kerajaan perpaduan yang dikemukakan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Sambil mengucapkan terima kasih kepada Abdul Hadi kerana mengemukakan konsep itu, Najib berkata, beliau bagaimanapun belum mempunyai kefahaman yang jelas mengenainya.

2. Khairy Jamaluddin juga turut bersuara lunak menyambut baik cadangan tersebut. Dimulakan dengan
muzakarah antara UMNO dan PAS.
Gagasan kerajaan perpaduan muncul bila kapal UMNO semakin karam... mengapa tidak sewaktu kapal UMNO gah dan gagah dahulu ?

2 comments:

Anonymous said...

Tu la engko.. tak sekolah ke... UMNo mahu sebab PAS dah beri laluan pada DAP utk bawa masuk komunis... tak sedar2 lagi ke wooi...

View Profile: Rantong™

Ahmad Tarmizi said...

Rantong, Kalau tak reti nak komen tolong jangan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...