Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

12 June 2009

Suami tikam dan kelar leher Isteri sampai mati



Oleh Abdullah Wahab
abwahab@hmetro.com.my


KLANG:
“Saya tak mampu buat apa-apa kerana takut...Hanya sempat lihat isterinya ditarik suami sebelum ditikam,” kata Nur Fateeha Abdul Wahid, 19, menceritakan kejadian seorang suri rumah dibunuh dipercayai suaminya di Lorong Seri Damak 15, Taman Sri Andalas di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 9.40 pagi, ibu lima anak, S Lecheme, 47, mati kira-kira 20 meter dari rumahnya akibat ditikam lima kali selain lehernya turut dikelar.

Difahamkan sebelum kejadian, berlaku pertengkaran di dalam rumah terbabit sebelum mangsa lari keluar mengikut pintu belakang dalam keadaan berlumuran darah sambil dikejar suaminya manakala dua anak perempuan pasangan berkenaan berusia 23 dan 14 tahun mengekori dari belakang cuba mententeramkan bapanya.

Nur Fateeha berkata, dia sempat melihat mangsa menjerit meminta tolong dalam bahasa Tamil, tetapi suaminya yang memegang sebilah pisau sempat menangkapnya dan cuba mengheretnya masuk ke dalam rumah.- www.hmetro.com.my

Komen aku:
Semakin hari kejadian kejadian bunuh yang sadis semakin kerap, menyebabkan kita sudah tidak lagi merasa pelik dan terkejut. Anak bunuh emak, anak bunuh bapak, adik bunuh abang dan berbagai lagi kes bunuh melibatkan keluarga rapat atau keluarga terdekat.

Begitu lah akibat nya apabila nafsu marah sudah menguasai fikiran. Bila dah bunuh baru rasa menyesal pun nak buat apa, dah tak berguna dah. Dalam pada itu kita juga harus melihat keadaan sekeliling dan persaingan untuk hidup masa kini. Keadaan persekitaran sudah jauh berubah.

Ramai dikalangan ahli masyarakat yang mengalami stress yang keterlaluan kerana terpaksa bergelut untuk survival hidup sendiri atau keluarga masing masing. Segelintir mereka ini lah yang boleh menjadi amat bahaya apabila timbul salah faham atau tercetus nya konflik, tidak kira samada dengan anggota keluarga atau dengan orang lain . Tindakan mereka tidak boleh diduga. Dari situ lah maka kita kadang kadang membaca dan mendengar ada orang kena bunuh hanya disebab kan terlanggar atau tersadung kaki atau ada yang kena bunuh hanya kerana terlanggar bahu.

Ditambah pula dengan sebab sebab sampingan seperti ketagihan dadah, ketagihan arak, ketagihan judi dan ketagihan perempuan (mungkin), Along dan seribu macam sebab lain, maka kes kes melibatkan bunuh akan lebih mudah berlaku dan akan semakin kerap.

Sekian..Semoga Allah selamatkan kita semua.

Photobucket

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...