KUALA LUMPUR 9 Jun - Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP diminta tidak 'membuat kacau' berhubung idea pembentukan kerajaan perpaduan yang dilontarkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, DAP dan PKR sebenarnya tidak berhak untuk membangkang sebarang cadangan baik yang diberi Pas terutama bagi tujuan perpaduan rakyat negara ini.
Tegasnya, yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, nasihat kedua-dua parti 'pengacau' itu dilihat tidak langsung menguntungkan negara sekali gus membantutkan usaha mewujudkan kerajaan perpaduan.
"Kita percaya Pas mempunyai pendirian sendiri dan kedua-dua parti berkaitan diminta tidak memberi nasihat yang tidak menguntungkan.
"Soal perpaduan harus diutamakan mana-mana parti politik di negara ini. Sesiapa yang tidak suka perpaduan bermakna tidak mempunyai pendirian kukuh untuk membina negara," ujarnya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat Pemangku Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Republik Singapura, Lui Tuck Yew di pejabatnya di Bangunan Sultan Abdul Samad di sini hari ini.
Abdul Hadi mengutarakan idea tersebut pada Muktamar Pas ke-55 di Stadium Malawati, Shah Alam minggu lalu.
Bagaimanapun PKR dan DAP tidak bersetuju dengan idea Abdul Hadi terhadap pembentukan kerajaan perpaduan itu yang dilihat hanya akan melemahkan pakatan pembangkang sendiri.
Tambah Rais, penghargaan harus diberikan kepada Abdul Hadi di atas keterbukaan dan pandangannya untuk melihat suasana politik negara yang baik pada masa depan.
Katanya, pujian tinggi juga harus diberikan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang memandang idea itu dengan penuh keterbukaan.
"Kita hargai usaha Abdul Hadi itu dan kita juga mengagumi Najib dan Muhyiddin kerana keterbukaan mereka menerima idea tersebut.

"Kita yakin usaha itu akan dibincangkan dalam masa terdekat," ujarnya.- utusan online
Komen aku:
Kalau sebelum ini DS Najib, Tan Sri Muhyiddin dan Khairy Jamaluddin bersuara lunak dan menyambut baik idea Kerajaan Perpaduan maka hari ini DS Dr. Rais Yatim pulak membuka mulut nya. Beliau marahkan DAP dan PKR yang dianggap nya sebagai parti pengacau.
Dari konteks Pakatan Rakyat, aku berpendapat, orang seperti DS Dr.Rais ini lah sebenar nya pengacau. Sudah lah pengacau, tidak ada pendirian dan prinsip. Ada kah Ahli politik kebanyakan nya begini sifat dan perilaku nya. Orang yang seumur dan yang ambil kisah soal politik Malaysia tentu tahu siapa DS Dr. Rais ini. Keluar UMNO dan bakar jambatan, aleh aleh masuk UMNO semula. Berprinsip kah orang sebegini ?. Bagi aku beliau cuma baik sedikit dari Datuk Ibrahim Ali, kalau pun tidak sama.
DS Rais menyatakan idea itu adalah untuk tujuan perpaduan rakyat negara ini. Betul kah untuk perpaduan rakyat ?. Bukan kah tujuan nya untuk memberi nafas semula kepada UMNO yang sedang lemas sekarang ini. Seingat aku, perkataan perpaduan, kerjasama & bersatu padu tidak akan didendangkan semasa UMNO sihat dan kuat. Semasa UMNO kuat, ayat atau perkataan yang selalu keluar ialah PAS parti pemecah belah masyarakat. Bila UMNO lemah sahaja baru isu perpaduan timbul.
UMNO sebenar nya sudah lama memasak minda kita agar berfikir bahawa UMNO/BN itu Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Malaysia itu UMNO/BN. Kalau tak percaya, tanya sendiri kepada DS Ali Rustam, Ketua Menteri Melaka, apakah arahan larangan beliau kepada kakitangan Negeri Melaka sedikit waktu dulu. Apabila kita tidak menyokong atau menyebelahi UMNO/BN, kita akan dikatakan tidak berterima kasih atau pengkhianat kepada Kerajaan Malaysia. Cara yang UMNO/BN buat ini sama macam Amerika buat, iaitu apa yang Amerika buat disamakan dengan apa yang dunia buat. Contoh: World American football, World Wrestling dan macam macam 'world' lagi, tetapi sebenar nya hanya Amerika Sahaja yang ada benda tu.
DS Rais !, Mengapa pulak PKR dan DAP tidak boleh masuk campur atau memberi pandangan atau membantah sekali pun. Bukan kah PAS,PKR dan DAP membentuk satu kumpulan yang dinamakan PAKATAN RAKYAT. DS Rais tak tahu ke ?. Sama lah juga dengan kumpulan Barisan Nasional yang terbentuk hasil gabungan beberapa buah parti. Apabila sudah menjadi satu kumpulan mesti lah sesuatu keputusan atau apa apa yang berkaitan dengan kumpulan tersebut perlu dibincang secara bersama. Tak kan itu pun susah nak faham.
Sekian...

No comments:
Post a Comment