Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

23 June 2009

‘Duri dalam daging’ - DS Dr. Khir Toyo tolong jangan merepek !

Tuesday, June 23, 2009
Ketua Umum PR bagai 'duri dalam daging' orang melayu


SHAH ALAM - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi ‘duri dalam daging’ kepada orang Melayu sehingga menimbulkan perpecahan berikutan kecenderungan tindakannya yang mengutamakan kepentingan peribadi dan politiknya.

Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo berkata, selagi orang Melayu terpengaruh dengan berkiblatkan kata-kata Anwar, selagi itulah perpaduan dalam kalangan orang Melayu tidak menjadi kenyataan.

“Anwar lebih mengutamakan agenda peribadi berbanding agenda terhadap Islam mahupun Melayu berdasarkan sejarah dirinya.

“Kita boleh menilai tujuannya melalui sejarah lampau mahupun peristiwa yang berlaku sejak April 2008 sama ada Anwar boleh menjaga kepentingan agama dan bangsa atau sebaliknya,” katanya dalam laman blognya, semalam.

Dalam pada itu, Dr Khir juga beranggapan idea kerajaan perpaduan tidak akan berjaya kerana PAS atau UMNO mempunyai komitmen sendiri dalam asas perjuangan mereka.

“UMNO ada komitmen mereka kepada Barisan Nasional (BN) dan Pas pula komitmen kepada Pakatan Rakyat,” katanya.

Dr Khir berkata, kedua-dua parti politik Islam itu perlu terlebih dahulu bermuzakarah isu-isu Islam dan orang Melayu daripada terus menerus membicarakan soal kerajaan perpaduan.

“Tetapi perbincangan itu tidak harus dilihat sebagai isu perkauman yang boleh menggugat keharmonian dan perpaduan antara kaum,” katanya.

Menurutnya, politik juga perlu menjadi wadah menjaga kepentingan agama, bangsa dan negara bukannya alat menunjukkan siapa lebih berkuasa sehingga wujudnya politik ‘kebencian’ dalam kepimpinan negara.

“Demikianlah susahnya sikap dan pemikiran orang Melayu yang mengamalkan politik berasaskan kebencian bukannya berasaskan kepentingan,” katanya. - Sinar Harian

Komen aku:
Apa benda yang DS Khir merepek ni. Sejak hilang kunci pejabat Menteri Besar Selangor pada 8 Mac 2008, asyik merepek saja kerja nya. Merendah rendah kan tahap pemikiran orang melayu termasuk lah aku.

Asal kita sokong parti pembangkang saja dikata terpengaruh dan dipengaruh, tapi bila sokong parti pemerintah dikata orang itu bijak menilai. Seolah olah kepada yang memberi sokongan pada pembangkang tidak menggunakan akal untuk berfikir.


Mentang mentang lah beliau Doktor, beliau ingat beliau bijak dalam serba serbi. Beliau memang bijak dan pandai dalam bidang pergigian sebab beliau diiktiraf sebagai doktor gigi, tetapi dari segi lain beliau belum tentu pandai dan entah entah aku lebih pandai dari beliau. Kalau beliau bijak dan pandai, sudah pasti beliau tidak menggunakan penyapu sebagai hadiah. Didalam blog beliau, beliau mempertahankan tindakan tersebut dengan mengatakan bahawa hadiah penyapu itu telah diputuskan dalam mesyuarat dan bukan diputuskan oleh beliau secara individu. Bagi aku, itu menunjuk kan yang beliau terpengaruh dengan keputusan mesyuarat. Tidak kah beliau terfikir apakah kesan nya?. Akibat nya Selangor tumbang.

DS Khir, tolong lah jangan kaitkan DS Anwar dengan perpecahan di kalangan orang Melayu dan ugama Islam. Anda dan parti yang anda dokongi sudah 50 tahun memerintah. Boleh aku tanya apa yang orang melayu secara keseluruhan nya dapat?. Setahu aku yang hilang banyak, tapi yang bertambah tidak ada pun. Kalau bertambah pun ialah segala jenis bayaran, harga barang dan cukai. Anda dan Perdana Menteri cerita lah indek BSKL melonjak menunjukkan ekonomi bagus, KDNK meningkat, Inflasi rendah dan bla..bla..., tapi nak buat apa untuk majoriti rakyat macam aku kerana kami masih terpaksa bergelut untuk hidup.

Anda bercakap soal perpaduan Melayu. Anda patut selesaikan masaalah perpaduan melayu dalam UMNO dahulu, kemudian baru cerita hal melayu di luar UMNO. Berpadukah ahli UMNO jika setiap kali ada mesyuarat cawangan/bahagian, akan ada tumbuk menumbuk, baling kerusi dan kekecohan lain. Lagi pun aku nak tanya DS Khir, betul ke melayu berpecah teruk sangat?. Aku dan rakan rakan dari UMNO tak masaalah pun. Kami tetap berkawan, sama lah juga macam ahli ahli Parlimen. Dalam Dewan bertekak bertegang leher, jumpa di kanteen makan semeja dan gelak sakan lagi.

Akhir sekali nak bagi ingat, lain kali kalau berkuasa jangan sombong dan berlagak sebab bila jatuh akan terasa sakit nya yang amat sangat. Aku kata begini bukan untuk DS Khir sahaja tetapi kepada semua pemimpin yang masih berkuasa, tak kira sama ada UMNO/BN, PR dan yang tak ada parti.


Sekian, harap maaf.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...