KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen pada Rabu menjelaskan bahawa RM1 juta yang diperuntukkan kepada Datuk Seri Jean Todt adalah untuk tujuan mempromosi Malaysia di luar negara dan bukan bayaran sebagai duta.
Ng berkata Todt, bekas pengurus Formula 1 Ferrari yang dilantik sebagai duta Tourism Malaysia selama dua tahun pada Mei lepas, menjalankan tugasnya sebagai sukarelawan tanpa mengenakan bayaran.
Namun dalam usaha mempromosikan negara pasti memerlukan perbelanjaan dan RM1 juta yang diberikan kepada Todt bukan untuk kegunaan peribadinya tetapi peruntukan untuk usaha mempromosi seperti perjalanan dan majlis pertemuan.
"Beliau masih seorang sukarelawan. Takkan anda harapkan beliau membayar dari poketnya sendiri. Sukarela bererti kita tidak membayarnya gaji atau bayar apa-apa. Tetapi kita suruh dia lakukan penerbangan, takkan dia nak bayar sendiri. Dia nak adakan jamuan malam, takkan kita nak dia sendiri bayar," kata beliau.
Bercakap kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, Ng turut menerangkan kepentingan Todt dalam usaha memacu pertumbuhan sektor pelancongan dan menarik pelaburan asing ke Malaysia.
"Dengan kehadiran beliau di Eropah dan dunia dan rangkaian hubungannya, kita percaya beliau akan menjadikan Malaysia lebih terkenal terutama di kalangan pelancong berada," katanya.
Ng berkata Todt, yang juga tunang kepada pelakon antarabangsa kelahiran Ipoh, Datuk Michelle Yeoh, turut diminta mempromosikan program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H).
Ng turut menolak dakwaan bahawa Todt diberikan sebidang tanah di Terengganu.
Anggota Parlimen Mohamad Azmin Ali (Parti Keadilan Rakyat-Gombak) kelmarin mendakwa kementerian itu membelanjakan hampir RM1 juta dengan anggaran RM593,400 bagi mempromosikan negara dan memberi peruntukan sebanyak RM388,000 untuk percutian dalam negara serta sebidang tanah kepada Todt.- BERNAMA
Komen aku:
1. Menteri Pelancongan DS Dr Ng Yen Yen memberi alasan berbelit belit macam ular sawa. Beliau kata Todt menjalankan tugasnya sebagai sukarelawan tanpa mengenakan bayaran, tapi duit RM1 juta tu bagi kat dia guna. Buat makan malam & penerbangan dan alasan untuk pelancungan Malaysia. Ah...alasan, bukan susah pun nak cari alasan.
2. DS Dr Ng Yen Yen juga berkata Todt amat penting dalam usaha memacu pertumbuhan sektor pelancongan dan menarik pelaburan asing ke Malaysia. Todt ini 'Super man' ke?. Kalau begitu tutup agensi berkaitan promosi pelancungan. Suruh Todt ini saja yang buat semua itu.
3. Nak tanya DS Dr Ng Yen Yen, Si Todt ini rakyat Malaysia ke?. Setahu aku Si Todt ini rakyat Perancis. Logik aku, kalau nak promosi dan cerita hal negeri Kelantan, kena lah tanya orang Kelantan. Kalau suruh orang Johor cerita pasal Kelantan, apa yang orang Johor tahu. Kekadang aku pelik, macam dah tak ada rakyat Malaysia yang boleh memainkan peranan tersebut. Asyik asyik 'Mat Salleh'...Nyampah betul aku....
Cukup lah tiga perkara tu. Malas nak tulis panjang panjang. Sekian

No comments:
Post a Comment