Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

29 June 2009

Kakitangan awam banyak hutang, salah siapa ?



KUALA LUMPUR -- Seramai 450,000 orang daripada 1.2 juta petugas awam menghadapi masalah hutang dan golongan ini perlu diberi perhatian khas kerana mereka mudah terjerumus dalam gejala rasuah.

Setiausaha Agung Cuepacs Ahmad Shah Mohd Zin berharap ketua-ketua mereka di jabatan atau kementerian mengambil sikap berperikemanusiaan dalam mengendalikan masalah mengenai kumpulan ini, yang rata-ratanya membawa pulang hanya 40 peratus daripada gaji mereka.

“Kebanyakan gaji dipotong pelbagai pinjaman seperti perumahan dan kenderaan atau mengubah suai rumah,” katanya.

Ahmad Shah berkata, ramai penjawat awam diberi kelonggaran kerajaan membuat kerja sambilan seperti membawa teksi, menjadi ejen jualan langsung dan berniaga menampung pendapatan tetapi tidak mencukupi.

“Kos sara hidup di bandar tinggi menyebabkan ramai terpaksa berhutang,” katanya.

Setiausaha Agung Fomca, Muhammad Shaani Abdullah, bersetuju satu daripada faktor menyebabkan ramai petugas awam berhutang ialah perbelanjaan tinggi di bandar,” katanya. - Bernama

Komen aku:

Aku tidak mahu komen tentang yang memang kaki boros, yang berbelanja melebihi pendapatan dan yang tidak tahu menguruskan pendapatan.

Aku merasakan terdapat ramai juga yang berbelanja secara berhemah, tetapi terpaksa berhutang kerana kos yang diperlukan memang tidak mencukupi. Memang lah kenderaan dan perumahan antara penyebab masaalah berhutang tetapi mengapa boleh jadi begitu ?. Aku berpendapat begini:

1. Pihak kerajaan juga samada secara sedar atau tidak sedar menggalak kan rakyat berhutang untuk jangka masa yang panjang. Sebagai contoh, pada asas nya kereta sekarang ini adalah barang keperluan dan bukan barang mewah seperti zaman dulu. Jenama kereta yang menunjuk kan mewah atau tidak kereta itu. Jangan marah kalau aku berpendapat bahawa sebenar nya ramai yang tidak mampu untuk memiliki sebuah kereta walau untuk keperluan dan bukan bermewah. Mengapa mereka ini nampak macam mampu?. Tak lain tak bukan ialah sebab nya kerana tempoh meminjam untuk membeli kereta tersebut dipanjangkan. Seingat aku masa tahun 70an, tempoh pinjaman adalah antara 3-5 tahun. Tahun 80an, 5-7 tahun. Tahun 90an 7-9 tahun. Sekarang sudah ada bayaran balik sehingga 10 tahun dan tak mustahil akan datang, bayaran balik pinjaman kenderaan sehingga 15 tahun. Maka jadi lah kenderaan yang sememang nya sudah mahal akibat dicukai oleh kerajaan menjadi semakin mahal dan bila habis bayar kenderaan itu pun dah uzur dan nilai nya pun dah boleh timbang kati, maka terpaksa beli yang baru dengan membuat hutang baru. Itu pun kalau layak lagi.

2. Pinjaman pelajaran yang perlu dibayar, kalau tak pinjam tak boleh nak belajar. Dulu ada biasiswa, tetapi sekarang sudah tiada dan kalau ada pun hanya segelintir sahaja. Yang ramai nya terpaksa meminjam untuk belajar. Apabila mereka ini berkahwin antara satu sama lain, maka suami dan isteri terpaksa bayar pinjaman belajar mereka dulu. Tempoh bayar balik mungkin 10-15 tahun.


3. Dua faktor diatas sahaja pun sudah cukup untuk membuat kan kepala kita menjadi botak dan menambah kedutan dimuka. Manakan tidak, hutang kenderaan 10 tahun, hutang belajar 10 tahun, hutang rumah 20-30 tahun dan akhir nya berhutang lah sampai ke liang lahat. Apa yang kita cerita ini tidak termasuk perbelanjaan harian termasuk lah minyak petrol dan tol.


Walaubagaimana pun, pokok pangkal nya terpulang lah kepada yang empunya diri jugak. Duit banyak mana pun tak pernah cukup. Kalau lah duit itu ada had yang dikatakan cukup, maka tidak adalah orang orang yang berjawatan tinggi sanggup rasuah. Kalau orang gaji kecik rasuah, aku pun tak heran..betul tak ?.


Eh!.. kes rasuah
berkaitan projek pembangunan bernilai RM180 juta membabitkan Kapt (B) Mohd Osman Mohd Jailu dan Jamaluddin Mohd Radzi apa cerita ye???..

Sekian.........

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...