Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

31 October 2009

Projek Landasan Berkembar Elektrik: Peningkatan kos RM1.43 bilion Ketua Hakim Negara terlibat

*Oleh Neo Chee Hua ialah Assistant Editor MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Diterjemah dan disunting oleh Lim Hong Siang

Projek Landasan Berkembar Elektrik Antara Rawang Dan Ipoh yang mengalami peningkatan kos pembinaan sebanyak RM1.43 bilion, seperti yang didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2009, bakal disiasat Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) pada minggu depan. Apa yang mengejutkan, salah seorang watak utama dalam projek ini ialah Ketua Hakim Negara, Zaki Azmi.
Pengerusi PAC, Azmi Khalid (gambar kanan) memaklumkan kepada media pada 29 Oktober, bahawa Ketua Pengarah Audit Negara telah memberi penjelasan ringkas mengenai laporan audit tersebut. PAC akan bermesyuarat pada minggu depan, dan menyiasat kes mengikut keutamaan.

Menurut Azmi Khalid, kes terbesar ialah Projek Landasan Berkembar Elektrik Antara Rawang Dan Ipoh yang mengalami peningkatan kos sebanyak RM1.43 bilion. Sebagaimana yang diketahui, PAC bakal memanggil kementerian (Pengangkutan) dan semua kontraktor yang terlibat dalam projek tersebut untuk disoal siasat.

Sekali imbas, peningkatan kos projek kerajaan adalah sesuatu yang lumrah menurut Laporan Ketua Audit Negara. Fokus sememangnya ditumpukan kepada penyelewengan dan angka peningkatan kos/kerugian. Tetapi, apa yang lebih penting, siapa yang terlibat dalam projek tersebut?

Dalam skandal sedemikian, tidak kurang ahli politik dan pegawai awam kanan yang terlibat, dengan menggunakan status diri yang istimewa, dan kelebihan hubungan berkepentingan untuk memanipulasi maklumat dan sumber, lantas mengaut keuntungan diri tanpa disedari rakyat. Mereka yang seharusnya "memimpin melalui teladan" ini, sebaliknya menyabit kesalahan walaupun bertauliah, lebih menjejaskan negara berbanding dengan kerugian dari segi kewangan.
Antara watak utama dalam Projek Landasan Berkembar Elektrik Antara Rawang Dan Ipoh ini ialah Ketua Hakim Negara, Zaki Azmi (gambar kiri) yang memegang tampuk kuasa kehakiman. Zaki Azmi dikaitkan dalam projek ini kerana salah satu kontraktor yang terlibat dalam projek ini ialah Emrail Sdn Bhd. Zaki Azmi ialah pemegang saham terbesar dengan 58% dalam syarikat ini, malah menyandang jawatan Pengerusi, ketika projek ini dalam proses pembinaan.

Projek bernilai RM4.3 bilion

Menurut perkiraan asal Projek Landasan Berkembar Elektrik Antara Rawang Dan Ipoh, nilai projek ini berjumlah RM4.34 bilion, terbahagi kepada Pakej Infrastruktur dan Pakej Sistem, dipertanggungjawabkan kepada dua kontraktor yang berlainan.

Antaranya, DRB-Hicom Berhad memperolehi Pakej Infrastruktur. Mengikut rancangan asal, projek ini bermula pada Julai 2000, dan perlu berakhir pada Jun 2003. Selain itu, Pakej Sistem diberikan kepada Mitsui-MTS, tempoh yang diberikan ialah antara Januari 2001 hingga Oktober 2004.

Di bawah Pakej Infrastruktur yang dikendalikan DRB-Hicom Berhad, terdapat empat sub-kontraktor. Antaranya, Emrail Sdn Bhd mendapat kontrak projek Lay Track. Maklumat menunjukkan bahawa Emrail Sdn Bhd telah mendapat kontrak yang jumlahnya bernilai RM700 juta (nilai pada tahun 2007) dalam projek Landasan Berkembar Elektrik ini.
Tiga sub-kontraktor yang lain ialah Perspec Prime (M) Sdn Bhd (kejuruteraan awam), UEM Bhd (pembinaan jambatan) dan IJM Bhd (pembinaan bangunan).

Namun, menurut Laporan Ketua Audit Negara 2009, kelewatan projek disiapkan, peralatan dibeli melebihi keperluan, perolehan tren tidak diselaraskan dengan pembangunan infrastruktur dan lain-lain masalah, telah mengakibatkan projek ini berakhir dengan menelan RM5.77 bilion, dengan peningkatan kos sejumlah RM1.43 bilion.

Menurut kontrak asal, projek ini perlu disiapkan dalam tempoh 35 bulan, iaitu antara Julai 2000 hingga Jun 2003. Kemudiannya, untuk menyelaraskan had tempoh antara DRB-Hicom Berhad dengan Mitsui-MTS, DRB-Hicom Berhad telah mendapat lebihan 177 hari, iaitu dari 16 Jun hingga 10 Disember 2003.

Emrail paling lewat siapkan projek

Namun demikian, Laporan Ketua Audit Negara 2009 menunjukkan Pakej Infrastruktur yang dipertanggungjawabkan kepada DRB-Hicom Berhad hanya menyiapkan 76.8% daripada projek tersebut, pada hari terakhir had tempoh, iaitu 10 Disember 2003. Laporan syarikat perunding yang dilantik Kementerian Pengangkutan, KS-Opus menunjukkan masalah penangguhan dalam projek Pakej Infrastruktur semakin serius antara November 2002 hingga Oktober 2003.
Antaranya, Emrail Sdn Bhd hanya menyiapkan 56.9% daripada projeknya pada 10 Disember 2003, merupakan syarikat yang paling serius dalam masalah lewat siap. Tiga kontraktor yang lain masing-masing mencatat antara 71.4% hingga 76.7% daripada projek. Sebagaimana yang diketahui, Kementerian Pengangkutan telah menamatkan kontrak DRB-Hicom Berhad pada 5 Ogos 2005, setelah diluluskan Kementerian Kewangan.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara, penyelewengan di atas bukan sahaja mengakibatkan kelewatan projek ini disiapkan, malah kemudahan infrastruktur gagal digunakan sepenuhnya kerana tidak dapat diselaraskan. Dari segi kos, sehingga 10 Disember 2008, kerajaan perlu membayar RM5.77 bilion untuk projek ini, RM1.43 bilion lebih tinggi dari kos asal.

Lebih penting, kerajaan perlu menanggung kos bernilai RM1.14 bilion, kerana menurut perjanjian antara kerajaan dengan DRB-Hicom Berhad, pampasan maksima yang boleh dituntut oleh kerajaan daripada kontraktor ialah RM 257.99 juta.
- www.merdekareview.com

Aku cuma nak kata:
Minta maaf la ye !!....Kalau begini lah rupa dan peranan yang dimainkan oleh seorang yang berjawatan sebagai Ketua Hakim Negara, apa lah yang boleh kita sebagai rakyat biasa harapkan dalam mendapat keadilan jika kita diadili oleh Ketua Hakim ini.

Bagi aku, kalau benar lah seperti apa yang dilapor, Ketua hakim negara memang tak layak duduk di kerusi tersebut. Kalau beliau ada maruah, beliau patut berundur atau dalam bahasa kasar nya ' boleh blahhhhh!!!'........

Kesian rakyat Malaysia macam aku ni.....

Sekian


Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com


30 October 2009

Dramatic moment Mafia boss was gunned down outside Naples bar in broad daylight

By Nick Pisa
at 11:05 PM on 29th October 2009


* WARNING: The story contains graphic images

This is the chilling moment a Mafia boss is gunned down by a hitman outside a bar.

Mario Bacio Terracino is first felled by a gunshot to the arm.

His attacker then stands over him and finishes him off with a single shot to the back of the head before strolling away.


Chilling: (Clockwise from top left) Mariano Bacio Terracino, 53, is first shot in the arm before falling to the ground and being shot in the head in full public view

Police in Naples, where the local Mafia are known as the Camorra, released the CCTV footage to try to catch the hitman.

They believe the killing of Terracino, 53, was part of a feud with a rival gang over the control of lucrative drug trafficking network.

Terracino was also known to police as a bank robber and was accused of a £1.8 million heist committed in 1991, but was never convicted.


Brazen: The hitman smiles as he walks away calmly after executing his target

His trademark was said to be entering buildings from below through the sewer network.

Tarracino is seen smoking a cigarette outside a bar in the central Sanita neighborhood. The killer enters the bar, where there are at least six people, then emerges and shoots Tarracino at point blank range.

When Tarracino falls on the ground, the killer finishes him off with a bullet to the head.


Witnesses who 'didn't see a thing': A woman stands yards from the attack

None of the bystanders moves a finger, although it is hard to say if that is from genuine indifference or fear of retaliation.

A woman is seen rubbing off her scratch-and-win lottery card as Tarracino is killed in front of her. A cigarette-seller moves his stall a few meters down the road, while a man holding a toddler in his arms looks at the victim and walks away.

A woman counting change in her purse jumps in shock at the sound of the gunshot and turns to see the killer calmly walking away. He was even said to be smiling.


Aftermath: Terracino's body is draped with a blanket as his blood seeps through

Today, police in Naples said: 'We are taking the unusal step of releasing this graphic footage in an attempt to catch his killer.

'His face although hidden is visible and someone out there must recognise him and we would appeal for them to come forward.'

So far this year, there have been more than 30 Camorra murders in Naples, many of which remain unsolved and many of them stem from feuds between rival clans.

In an attempt to control the extent of organised crime in the city the Italian government has flooded the area with troops, but with little effect.

One of the bloodiest hits was last September, when six Africans who tried to muscle into the drugs trade were shot dead outside a shop.

The Camorra is much more violent than the Sicilian Mafia and also has several branches in Britain. In 2006, Naples mobster Raffaele Caldarelli was arrested in Hackney, east London. - www.dailymail.co.uk



Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!

29 October 2009

Hadiah tahun baru 2010: Kereta umur 15 tahun masuk Puspakom


Agak agak nya semua nya berpunca dari dia ni lah...leceh betul la kau mat...Lu punya pasal semua orang sangkut...

KUALA LUMPUR - Berkuat kuasa 1 Januari 2010, semua kenderaan persendirian berusia 15 tahun atau lebih diwajibkan menjalani pemeriksaan komprehensif tahunan ekoran kajian semula Dasar Automotif Nasional (DAN) yang diumumkan semalam.

Ia mensyaratkan kelulusan daripada Puspakom Sdn. Bhd. sebelum pemilik boleh memperbaharui cukai jalan.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed berkata, tindakan tersebut adalah langkah awal pelaksanaan sepenuhnya Dasar Tempoh Jangka Hayat (ELV).

Menurut beliau, pelan ELV akan dirangka oleh Kementerian Pengangkutan.

Apabila dilaksanakan kelak, ia dijangka membabitkan hampir 2 juta kenderaan yang berusia lebih 15 tahun.

Mengikut rekod Jabatan Pengangkutan Jalan, jumlah kenderaan persendirian yang berdaftar dan berusia 10 tahun ke atas ialah sebanyak 2.7 juta buah.

"Kita telah berunding dengan pelbagai pihak dalam industri automotif sebelum menguatkuasakan peraturan ini," katanya pada sidang media yang turut dihadiri timbalannya, Datuk Mukhriz Mahathir dan Ketua Setiausaha kementerian itu, Tan Sri Abdul Rahman Mamat semalam. - Kosmo


Porshe Cayenne Turbo di percayai milik Dato' Mukhriz berpandukan kepada stiker Pemuda UMNO - Lokasi rumah terbuka 2008 Tun Mahathir di The Mines Resort City

Persoalannya: Bukan semua orang yg guna kereta lama tu senang. Peniaga pasar malam, penoreh getah, petani, pekerja kilang.. tak kurang yang guna pada kadar minimum seperti kereta buat gi kerja aja... kereta buat hantar anak gi sekolah.. kereta buat gi pasar... kereta hujung minggu aja .. berkelah kat tasik taiping...

Hantar puspakom, bukan mahal sangat pun.. bukan boleh buat org miskin pun.. abis abis dalam RM40 -RM 60 kut sekali periksa... kalau gagal, pemeriksaan semula tambah ler lagi dalam rm 15 - rm 25. Alaa.. campur campur.. kira takat habis duit ikan sayur dalam setengah bulan punya makan AJA...

Masalahnya: persediaan nak ke sana tu yg telan belanja. Tak pasti lah ya ke tidak.. cat asal.. side mirror ok . lampu belakang.. allignment.. asap enjin.. tayar baru.. lantai kerangka elok.. brek makan ikut piawaian... Aku faham ini semua bagi tujuan keselamatan.. Harap harap, standard tu rendahkanlah sikit... bayaran pemeriksaan pun, 'diskaun-diskaun' kan lah sesikit.. mana mungkin kereta dah 15 tahun sebaik, selancar kereta baru? Tang cat tu aku tak pasti... kalau cat tak sama dlm geran boleh pas.. alhamdulillah. Barulah kena ngan moto 1 Malaysia. Rakyat Didahulukan Pencapaian Di utamakan. Bravo!

Dan sedihnya, yang sumbang pada kemalangan di jalan jalan besar, lebuhraya tu semua.. sorilah nak kabo... banyak yg kenderaan bawah 15 tahun yang terlibat pun... mana taknya... kenderaan yang 15 tahun ke atas ni.. golongan marhain aja yg ramai pakai... golongan susah.. Jalan pun takat gi pasar, sekolah, kilang.. ada yg tak pernah merasa tayar cecah lebuhraya pun. Dah ler insuran third party mahal.. minyak mahal.. nak buat ni pulak...

Dah tu.. Napa lah nak susahkan mereka lagi? agaknya nak kena tukar kerajaan baru gamaknya dema ni... - bukansepet.blogspot.com

Aku cuma nak kata:
Kan dah kena dah... padan dengan muka engkorang termasuk lah dengan aku sekali. Datuk Mustapa Mohamed kata berunding..., berunding dengan siapa ?. Dengan lintah darat? dengan kapitalis?. Sebab kereta banyak tak laku maka buat syarat macam ini pulak supaya orang terpaksa beli kereta baru dan buat hutang baru. Tak mampu?. Tak apa, bank boleh bagi installment sehingga 15 tahun. Itu pasal nampak orang macam mampu, pada hal hutang itu dipanjangkan tempoh bayaran balik nya. Lepas ini mungkin boleh bayar balik sehingga 20 tahun.

Aku memang bengang dengan syarat baru yang menyusahkan rakyat ini. Aku nak beli kereta Odeyssey RA1 yang aku pakai sekarang ini pun setelah ia berumaur 9 tahun, baru la dapat. Sekarang umur nya dah 12 tahun. 3 tahun lagi kena hantar PUSPAKOM setiap tahun. Sekali hantar RM50. Ada 2 juta kenderaan x RM50 = RM100 juta tiap tiap tahun. Secara rasional aku boleh bersetuju apabila kenderaan 15 tahun perlu diperiksa oleh PUSPAKOM, tetapi mengapa mesti tiap tiap tahun?. Tak boleh kah buat syarat 3 atau 5 tahun sekali. Sekurang kurang nya tidak lah beban sangat.


Bukan tak nak beli kereta baru, memang nak, tetapi harga kereta baru di Malaysia antara yang termahal dalam ASEAN. Lebih lebih lagi kereta nasional. Kualiti entah apa-apa, harga mahal nak mampus. Kawan kawan aku yang beli kereta nasional baru, semua nya kata jangan beli lah kalau boleh, tapi kalau tak boleh dan itu saja yang mampu, apa kan daya....


Aku amat setuju dengan
bukansepet.blogspot.com. Kerajaan yang ada sekarang ini perlu ditukar kerana semakin menyusahkan rakyat. Rakyat didahulu kan adalah slogan kosong.

Baru aje nak rasa senang dan lapang sikit, kerajaan rupa nya dah plan nak kebas duit aku.....

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com

Mesyuarat khas Jawatankuasa PAS Pusat




Gambar ehsan utaraonline.net

Wartawan penuh menunggu mesyuarat khas JK PAS Pusat

KUALA LUMPUR, 28 Okt: PAS mengadakan mesyuarat khas AJK PAS Pusatnya jam 8.45 malam dengan dipengerusikan oleh presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang malam ini.

Turut serta di sebelahnya adalah Mursyidul Am yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Nik Aziz tiba ke pejabat agung PAS, Jalan Raja Laut jam 8.40 malam. Ia disambut oleh Abdul Hadi dan kedua-dua mereka berbual mesra sambil Abdul Hadi memerhatikan Nik Aziz makan malam.

Abdul Hadi sampai lebih awal dan telah selesai makan malam di situ.

Nik Aziz kelihatan makan nasi berlauk ayam goreng yang disediakan oleh pejabat Agung PAS untuk semua peserta mesyuarat itu.

Di pintu masuk Pejabat Agung, berpuluh-puluh wartawan dan jurugambar menunggu ketibaan para pimpinan PAS itu.

Bagi meraikannya, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali telah memutuskan untuk membenarkan kesemua mereka mengambil gambar pimpinan PAS itu sebelum mesyuarat bermula.

ImageMaka berlari-larilah para jurugambar memanjat anak tangga bangunan PAS itu ke tingkat lima, tempat mesyuarat berlangsung, menggunakan tangga.

Ini kerana, hanya satu lif sahaja yang ada di bangunan itu dan mereka bimbang tidak sempat merakamkan detik bersejarah dalam PAS itu.




(Gambar:Abdul Hadi menyambut ketibaan Nik Aziz di luar bilik mesyuarat)

Namun, para petugas PAS telah bersedia menghadapinya dan hanya membenarkan mereka masuk mengambil gambar apabila kesemua mereka sudah berada di tingkat 5 bangunan PAS itu.

"Waw ramainya," sungut para pemimpin PAS yang memenuhi Dewan Mesyuarat Utama Pejabat Agung PAS itu apabila jurugambar menyerbu masuk.

Pelbagai ragam mereka mengambil gambar para pimpinan PAS. Yang menjadi fokus adalah Abdul Hadi dan Nik Abdul Aziz yang duduk sebelah menyebelah dalam mesyuarat ini.

Mereka meminta kedua-duanya senyum, bersalam, memandang kamera dan sebagainya.

Semuanya dipatuhi dengan baik oleh kedua-duanya di samping timbalan presiden, Nasharudin Mat Isa dan Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali.

Mesyuarat ini dijangka selesai menjelang jam 12 malam. Adalah dipercayai satu sidang akhbar akan dibuat selepas itu kerana wartawan penuh di hadapan bangunan PAS bagi menunggu keputusan mesyuarat khas ini. - www.harakahdaily.net








Gambar ehsan utaraonline.net

PAS adakan seminar ganti muktamar khas
Zulkifli Sulong
Thu | Oct 29, 09 | 1:36:34 am MYT

KUALA LUMPUR, 29 Okt: PAS akan mengadakan satu seminar khas bagi membincangkan halatuju parti itu bagi menggantikann muktamar khas yang dicadangkan oleh Mursyidul Amnya.

Seminar yang bakal disertai oleh lebih 1000 perwakilan dari seluruh negara itu akan diadakan 7 Disember ini di Dewan Datuk Fadzil Noor, Markas Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar, Kuala Lumpur.

Antara yang akan dijemput memberikan pandangan nanti adalah Profesor Dr Abdul Aziz Bari.

Demikian beritahu Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam sidang medianya jam 1.00 pagi tadi.

Sidang media itu diadakan selepas mesyuarat khas Jawatankuasa Pusat yang diadakan di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut.

Selain itu, mesyuarat khas itu juga mengambil ketetapan agar Lembaga Disiplin PAS yang dipimpin oleh Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyiasat semua dakwaan terhadap PAS Selangor.

Lembaga ini akan mencadangkan tindakan disiplin kepada mana-mana pihak yang didapati bersalah melanggar disiplin parti.

Dalam sidang media itu juga, Abdul Hadi memaklumkan, isu Kerajaan Perpaduan ditutup sepenuhnya dan tidak akan berbangkit lagi.

Turut serta dalam sidang media selepas mesyuarat berjalan mulai jam 9.00 malam hingga 1.00 pagi itu adalah Naib Presiden, Tuan Ibrahim Tuan Man, Salahudin Ayub, Mahfuz Omar dan Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali serta Ketua Pemuda, Nasrudin Hassan Tantawi - www.harakahdaily.net




Sidang akhbar selepas mesyuarat - gambar ehsan utaraonline.net


Klip video sidang akhbar

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com

28 October 2009

Liputan Langsung Sidang DUN Perak (Ehsan Berita Harian Online)

  • LINTAS LANGSUNG BERITA HARIAN ONLINE


Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com

Live coverage Perak State Assembly Sitting

(Thanks to anilnetto.com)

LIVE: Perak State Assembly Sitting


Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!

http://www.emailcashpro.com

27 October 2009

Apa punca tragedi jambatan gantung runtuh ? A: Cuai, B: Rasuah, C: Semberono, D: Semua betul





Cara pembinaan jambatan gantung menyeberang Sungai Kampar di Kuala Dipang dekat Kampar yang runtuh menyebabkan seorang murid lemas dan dua lagi hilang semalam hangat dipersoalkan oleh pelbagai pihak yang berada di tempat kejadian.

Kerajaan telah menubuhkan sebuah jawatankuasa siasatan terhadap kejadian itu namun kalangan ibu bapa dan orang ramai yang berada di tempat kejadian, membuat andaian terhadap aspek pembinaan jambatan berkenaan sebagai punca utama kejadian.

"Saya seperti tidak percaya apabila melihat saiz konkrit pelapik tiang jambatan... ia terlalu kecil dan tiada cerucuk," kata seorang penduduk yang enggan dikenali.

Beliau yang mendakwa berpengalaman dalam sektor pembinaan berkata saiz konkrit berkenaan yang kecil tidak sepadan dengan tiang besi jambatan yang turut menampung kabel besi jambatan.

Dalam kejadian kira-kira 10.30 malam tadi, 19 murid lain sempat diselamatkan oleh guru dan pengawal SK Kuala Dipang apabila mereka terhumban ke dalam sungai yang mengalir deras apabila sepasang tiang berkenaan runtuh semasa mereka sedang menyeberang Sungai Kampar untuk jamuan.

Murid berkenaan sebahagian daripada 298 murid dari 64 buah sekolah rendah dari Tronoh, Batu Gajah dan Kampar yang menyertai aktiviti kokurikulum perkhemahan 1Malaysia anjuran Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kinta Selatan.

Seorang bapa murid, S Thiagaran, 42, berkata beliau hairan apabila melihat konkrit bagi tiang jambatan itu tidak dipasang besi cerucuk.

"Dari pemerhatian saya, simen pada kaki jambatan ini juga masih belum kering dan ia menunjukkan keadaan yang tidak selamat," katanya.

Jambatan sepanjang kira-kira 50 meter itu baru siap dua minggu lepas dan menurut seorang anggota Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Kuala Dipang, ia dibina bagi menggantikan sebuah jambatan gantung lama yang telah runtuh sebelum ini.

Seorang lagi bapa murid Jaafar Arif, 65, berkata tindakan tegas perlu diambil hasil daripada siasatan yang dijalankan pihak berkuasa kerana kejadian itu telah menyebabkan kehilangan nyawa.

Seorang penjawat awam yang berpengalaman dalam kegiatan lasak pula berpendapat bahawa jambatan gantung biasanya dihadkan bilangan pengguna kerana ia berbuai-buai atau bergoyang dan boleh menyebabkan pengguna terjatuh jika tidak berhati-hati.


Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang melawat tempat kejadian (foto, bertopi) mengumumkan penubuhan satu jawatankuasa siasatan yang diketuai Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom dan dianggotai para pegawai daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) dan wakil kerajaan negeri Perak.

Jawatankuasa itu akan membuat siasatan terperinci bagi menentukan fakta sebenar yang membawa kepada insiden berkenaan dan membentangkan laporan itu kepada beliau, katanya.

"Kita akan bagi mereka tempoh masa yang sesuai supaya hal ini dapat dilaporkan dengan lengkap dan terperinci," katanya kepada pemberita selepas melawat tempat kejadian pada Selasa.

Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir selepas melawat tempat kejadian malam tadi turut mengarahkan siasatan terhadap aspek pembinaan jambatan berkenaan sama ada mengikut spesifikasi. - BERNAMA

Aku cuma nak kata:

Sekarang ini kan asyik asyik orang sebut 1, maka 1 lagi koleksi runtuh untuk dijadikan statistik dan keruntuhan kali ini memakan korban. Sebelum ini Bumbung Stadium, bumbung makmal komputer sekolah dan bumbung masjid runtuh. Semua premis yang runtuh itu hanya baru diguna kan dalam tempoh 1 tahun. 1 lagiii!!..... Kali ini jambatan gantung pulak runtuh. Ia nya baru 2 minggu disiapkan. Apa kesimpulan yang boleh diambil ?.

1. Sekolah memang sudah lama menjadi alat nafsu serakah untuk kontraktor kerajaan cari makan dan buat duit. Contoh paling ketara ialah projek makmal sekolah. Masa heboh isu tersebut, macam macam amaran dikeluarkan. Namun apa kesudahan nya ?. Yang dapat projek, duit dapat tapi projek macam haram jadah. Aku memang marah sebab aku pernah diminta menjadi penasihat@consultant untuk masaalah berkaitan software/hardware dalam projek komputer sekolah ditempat aku. Melihat dari apa yang dibekalkan oleh pembekal komputer, memang menyakitkan hati. Pada pendapat aku kes jambatan gantung yang runtuh ini pun sama lah jugak. Buat janji siap saja.

2. Bagaimana dengan reka bentuk jambatan gantung itu?. Ada atau tidak, atau ada kah main pacak saja tiang, bubuh konkrit dan kemudian rentang kabel. OK semua dah siap, sekarang dah boleh guna.

3. Setelah dibina, siapa yang sahkan jambatan itu selamat atau tidak. Jangan jadi macam kes bumbung runtuh di stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Terengganu. Bila dah runtuh baru tahu yang stadium itu belum diberi Sijil Siap Kerja yang sepatut nya dikeluarkan oleh JKR. Tak ada sijil Siap Kerja tapi telah digunakan. Ini siapa punya kerja ?.

4. Cuba semak semula berapa kos pembinaan jambatan tersebut. Apa kah ada penyelewengan disitu. Contoh nya kos bernilai RM100,000 tetapi nilai jambatan yang dibuat hanya RM 20,000. Benda ini jadi sebab ramai sangat peminta sedekah terhormat yang tahu nya menadah saja tetapi buat kerja malas. Yang jadi mangsa kontraktor dan pengguna jambatan.

Apabila ada orang mempertikai sesuatu projek yang dibuat, dituduh orang tersebut memfitnah. Bila diberi bukti, ditanya pulak macam mana boleh dapat bukti itu ?. Siapa yang bagi bukti itu, kita akan ambil tindakan. Bukti tidak disiasat, orang yang bagi bukti pulak dicari.

Bila terjadi nya tragedi atau bencana begini, menteri dan pihak terbabit akan keluar kan segala amaran keras itu dan ini. Lepas 1 tahun, orang pun dah lupa, kejadian yang sama akan terus berulang dan berulang. Bagi mangsa yang terlibat, jangan tunggu lama lama....failkan saman tuan tuan.

Sekian

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com

26 October 2009

Cerita pasal lari budget : Bajet 2010



DATUK Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2010 di Dewan Rakyat. - Foto Effendy Rashid


"Adakah benar kerajaan berbelanja defisit kerana �kebajikan rakyat didahulukan� atau kelemahan dalam pengurusan ekonomi pimpinan kerajaan sekarang.
"13 tahun berturut-turut kerajaan membentang belanjawan defisit baik dalam keadaan harga petroleum dan komoditi melambung tinggi, ekonomi mengalami pertumbuhan pesat apatah lagi dalam keadaan kemelesetan ekonomi," katanya sewaktu perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 tengah hari tadi di Dewan Rakyat.
Akibatnya kata Anwar hutang negara meningkat 18.3 peratus daripada RM306.4 billion pada tahun 2008 kepada RM362.5 billion tahun 2009.- berita penuh sila klik harakahdaily.net


Bagi yang sudah lupa apa itu makna defisit, mengikut Kamus Dewan Edisi 1, defisit bermaksud kekurangan hasil pendapatan berbanding dengan perbelanjaan yang diperlukan (berkenaan dengan anggaran belanjawan dan sebagainya).


Kalau ikut bahasa orang muda, kira macam budget larilah.

Budget lari kalau tayar motor bocor sampai 5 kali sebulan. Nak makan, bayar sewa, beli minyak dan hiburan tak cukup sebab banyak belanja ke tayar motor. Pergi kerja pun lambat pasal penat sorong motor ke bengkel.

Budget lari kalau kena pedajal barang syarikat hilang. Nak makan, bayar sewa, beli tiket bas/LRT/tambang teksi dan hiburan tak cukup sebab bos tak mahu pekerja dia lari. Susah tidur malam mengenangkan bagaimana barang syarikat menghilang.

Apakah yang menyebabkan budget lari bagi negara Malaysia?

Kalau tadi Budget lari bagi individu, kali ini bagi satu negara. Apakah puncanya? Mangkuk hayun mana punya angkara?

Apabila negara mengalami defisit atau pun budget lari, pemimpin angkuh akan berlembut lidah. Pemimpin angkuh akan jadi lembut seperti suami baru yang mencari manis sang isteri. Pemimpin nak cari manis siapa? Rakyatlah! Siapa lagi? Sebab Altantuya dah tak ada.

Bayangkan perkara seperti 10 tahun sebelum merdeka berulang kembali. Ia diberi jolokan Hartal. Satu perkataan Tamil yang bererti mogok. Semua tidak bekerja, satu kereta pun tak ada di jalan dan kedai pun tutup di hari yang patutnya bekerja. Bolehkah pemimpin menangani masalah budget lari negara semasa Hartal? Sudah tentu tidak, bahkan kerajaan pimpinan pemimpin angkuh itu akan lekas runtuh bak bumbung Stadium Sultan Mizan yang tidak bertiang.

Jadinya untuk menangani masalah budget lari negara ini, 27 juta rakyat tak kira tua muda kena terus bekerja dan bekerja. Kemudian hasil kerja semuanya dicukai. Ada yang melalui cukai jalanlaraya laluan rakyat pergi ke tempat kerja, ada yang dicukai melalui LHDN khususnya syarikat besar yang untung berjuta-juta dan tidak terlepas juga syarikat kecil.

Individu yang makan gaji juga tidak terlepas, duit gaji mereka diKWSPkan. KWSP ialah satu badan yang dipertanggungjawabkan untuk mencukai wang rakyat bagi kegunaan hari tua mereka nanti. Ia tak boleh diambil sembarangan (begitu sahaja) oleh rakyat. Ada masa dan ketika yang telah ditetapkan pada rakyat untuk mengambil semula wang caruman mereka. Namun apa yang pasti, wang caruman KWSP boleh diambil oleh kerajaan bagi kegunaan mengatasi masalah budget lari.

Ada juga orang yang tidak mencarum KWSP. Siapa dia? Bukan Mat Bangladesh dan bukan Mat Indonesia. Orang tersebut ialah pekerja persendirian. Apakah tiada langsung kerajaan mencukai orang-orang ini? Sudah tentunya ada.

Lihat harga-harga barang yang melambung, harga-harga itu naik dengan alasan inflasi oleh kerajaan. Takkan tiada cukaian kerajaan pada barangan tersebut? Orang makan Kencingan Fried Chicken dan McDogal pun kena bayar cukai kerajaan.

Walaubagaimana pun tidak dinafikan orang yang paling sedikit dicukai kerajaan ialah orang yang menghasilkan makanan mereka sendiri. Iaitulah orang yang paling dekat dengan tanah yang boleh mendatangkan makanan. -http://hanief.blogspot.com

Aku cuma nak kata:
Sebab itu aku cukup menyampah dan meluat apabila Dr. Mahathir semasa beliau berkuasa sebagai Perdana Menteri dahulu suka sangat kata bahawa rakyat yang sokong pembangkang dan tak sokong kerajaan pimpinan nya adalah orang yang tidak berterima kasih. Aku selalu bertekak dengan rakan dan kawan untuk membetulkan fakta sebenar.

Sebenar nya Dr. Mahathir dan menteri menteri lah yang patut berterima kasih sebab dari berbagai cukai yang dikutip lah semua benda mereka dapat percuma. Untuk rakyat kalau bagi pun ciput saja, itu pun kerap kali diungkit

Sekian.


Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com


25 October 2009

Penyanyi Akon dan Faizal Tahir



Penyanyi antarabangsa, Akon tidak berbaju ketika mengadakan persembahan di Sunway Pyramid, Kuala Lumpur malam tadi (24/10/09). - Gambar MOHD. SAIFUDIN RASHID (utusan online)

Semalam (24/10/09) Penyanyi antarabangsa, Akon menanggalkan baju ketika mengadakan persembahan di Sunway Pyramid, Kuala Lumpur. Aku dengar cerita, penyanyi ini teruk jugak perangai dan aksi dia masa diatas pentas. Antara aksi nya termasuk lah bagaimana beliau telah menghumban ke bawah seorang peminat yang telah naik ke pentas dan perbuatan simulasi seks ke atas seorang lagi peminat perempuan di bawah umur dan sememangya Akon pernah di bawa ke mahkamah untuk menjawab beberapa pertuduhan berkaitan insiden-insiden itu walaupun beliau telah meminta maaf (baca disini).

Sedikit waktu dahulu Faizal Tahir dikritik dan didenda sebab buka baju dan menayangkan dada semasa menyanyi. Teruk juga denda yang dikenakan (baca disini). Aku tak nak komen lebih-lebih, cuma aku hairan juga, kayu pengukur @ 'benchmark' apa yang digunakan oleh pihak berkuasa hiburan dan yang berkaitan dalam menghukum Faizal.


Kes nya disini adalah sama iaitu buka baju. Aku nak dengar dan lihat apa tindakan yang akan diambil oleh pihak-pihak yang berkaitan. Jangan nanti bila orang kata 'double standard', ada pulak yang melenting. Aku bukan nak pertahankan sesiapa, tetapi tak mahu kita ini dilihat kadang kadang tak ubah macam rakyat kelas ke-3. Tak percaya ?. Ada sesiapa ingat isu ketok ketampi dalam balai polis ?. Mungkin ada yang faham maksud aku dan ada yang tidak... terpulang lah....

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com

24 October 2009

'Detektif Lim' dipulau ekoran kes curi buku


Mohd Farid ketika prosiding mahkamah selesai Jumaat lalu. -Foto MSTAR oleh AU YEONG HOW
SUDAH jatuh ditimpa tangga. Begitulah nasib pelakon yang popular menerusi drama bersiri 'Gerak Khas', Mohd Farid Amirul Wu Abdullah gara-gara didakwa dalam kes mencuri dua buah buku.

Mohd Farid yang terkenal sebagai 'Detektif Lim' dalam drama itu dituduh mencuri buku bertajuk 'The Sistine Secrets' berharga RM89.90 dan sebuah lagi buku bertajuk 'Decoding The Heavens' (RM105) di kedai buku MPH pada pukul 7.15 malam 27 Mac lalu.

Rentetan daripada kes tersebut, Farid berkata, ayahnya enggan bercakap dan menemuinya.

"Bila diberitahu kepada ayah yang saya ingin balik kampung tempoh hari, ayah berkata... tak apalah. Itu pun menerusi ibu saya sebagai orang perantara.

"Lebih menyedihkan, ayah saya diserang penyakit jantung ekoran kes saya," luah Farid dengan nada sedih dan kecewa kerana bapanya tidak ingin menemuinya sehingga kini.

Sejak memeluk agama Islam pada tanggal 21 Jun 1991, Farid julung kali tidak mampu berhari raya dengan gembira kerana bersedih atas apa yang terjadi.

Kebiasaannya, pelakon berusia 44 tahun ini akan mengambil kesempatan di hari raya untuk berkunjung ke kampung halaman orang tuanya untuk menuntut maaf.

Walaupun ibu bapanya berlainan agama, Farid tetap ingin menghulurkan tangan memohon keampunan di pagi Syawal. Namun, sekarang ia hanya tinggal kenangan indah.

Farid yang masih berstatus bujang kadang-kala terasa kehilangan tempat dahan bergantung. Sudahlah bapa memulaukannya, katanya, perhubungan nya dengan kekasih turut dilanda badai ekoran kes mahkamah itu.

Malah Farid mungkin "bersara" dari dunia hiburan ekoran tawaran berlakon yang semakin berkurangan buat masa ini.

Dia kini hanya berlakon dalam drama 'Gerak Khas' dan tiada lain-lain tawaran berlakon.

"Tawaran-tawaran berlakon semakin berkurangan. Sekarang saya hanya berlakon dalam 'Gerak Khas'.

"Saya tengah mencari pekerjaan lain kerana masa depan saya tidak terjamin," katanya ketika ditemui di Mahkamah Majistret Jalan Duta di sini semalam.

Kata Farid lagi, kes mahkamah tersebut telah meninggalkan impak besar kepada kerjaya seninya.

Katanya, bukan sahaja wataknya dikurangkan sedikit dalam 'Gerak Khas' bahkan ia telah menutup peluang-peluang berlakon yang lain.

"Dulu saya pernah menerima tawaran berlakon daripada Radio Televisyen Malaysia (RTM). Skrip pun telah saya dapat dan cuma sedang menunggu penggambarannya.

"Penggambaran sepatutnya bermula bulan September lalu tetapi sampai bulan ini, saya masih belum menerima apa-apa berita lagi. Bila saya menghubungi pihak produser, mereka kata ia ditangguhkan.

"Hakikatnya, sumber saya memberitahu, apabila nama saya diajukan, pihak produser berkata kemudianlah," katanya yang menyedari dirinya barangkali telah "disenaraihitamkan".

Itu hanya sedikit rentetan yang perlu dilalui Farid. Dia mungkin kehilangan segala-galanya dan hanya pasrah menghadapi hari-hari mendatang dengan penuh kesabaran dengan redha.

Qada' dan qadar telah semua ini. Namun, andai diputar kembali titik hitam ini, Farid tidak ingin semua ini berlaku. - www.mstar.com.my

Aku cuma nak kata:

Beliau mengatakan bahawa beliau dipaksa mengaku mencuri oleh staf MPH (baca disini). Aku bukan nya tak pernah masuk kekedai buku MPH. Kalau buku dipegang di tangan, orang tak kata cuba mencuri, tetapi kalau dah buku dimasukkan kedalam beg, memang boleh disyaki cuba mencuri.

Walau pun kes di mahkamah masih berlangsung dan beliau belum didapati bersalah atau tidak, nasi sudah pun menjadi bubur. Sepatut nya beliau memikirkan buruk baik nya sebelum beliau melakukan perbuatan tersebut. Kalau nak ikut kan, bukan nya beliau tidak mampu untuk membayar harga 2 buah buku tersebut, cuma mungkin beliau fikir oleh kerana beliau seorang selebriti, sudah tentu petugas kedai buku MPH tidak menaruh syak wasangka. "Tak kan lah pelakon popular nak mencuri".

Jangan salah kan Qada' dan Qadar. Sebagai manusia Allah beri kita akal supaya kita boleh berfikir. Sendiri yang cari pasal. Lagi pun tidak ada sesiapa yang memaksa beliau mencuri. Beliau melakukan dengan kehendak sendiri dan apabila tertangkap, harga yang perlu beliau bayar adalah terlalu mahal. Lebih mahal dari harga buku yang dicuri. Semoga cerita beliau ini dapat menjadi pengajaran kepada orang lain. Berfikir dulu sebelum berbuat sesuatu yang salah dan melanggar undang-undang......


..........atau Si Farid ini berada ditempat yang salah, pada waktu yang salah.

Sekian, Wallahualam.

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com

23 October 2009

1Malaysian yang kotor atau 1Dirty Malaysian

oleh: Zulkifli Sulong
Fri | Oct 23, 09


Rabu lepas, saksi utama kes rasuah dua Adun Perak, Mohd Imran Abdullah dengan tenang memberikan keterangan bercanggah dengan laporan dan kenyataannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini.

Dari membuat tuduhan Adun Behrang, Jamaludin Mohd Radzi, menerima rasuah, Imran, saksi utama SPRM dalam kes ini membuat keterangan bertentangan dan mengaku laporan dan keterangannya kepada SPRM sebelum ini adalah tidak betul.

Dalam keterangannya di Mahkamah Sesyen Rabu lepas, Imran berkata, Jamaludin Mohd Radzi, Adun Behrang yang juga bekas Exco Perak tidak menerima sebarang rasuah dari beliau untuk meluluskan projeknya di Pusat Bandar Seri Iskandar.

Dia juga berkata, Jamaludin juga tidak meminta sebarang wang untuk kelulusan projek tersebut.

Dia juga berkata, Jamaludin tidak berbincang sebarang projek dengannya ketika beliau bertemu Jamaludin di pejabatnya di bangunan Setiausaha Kerajaan Perak.

Pada 14 Ogos tahun lepas, Imran dalam laporannya kepada SPRM berkata, Jamaludin meminta RM5,000 darinya dan dia telah memberikan wang itu kepada Jamaludin untuk membantu meluluskan projeknya itu.

"Saya setuju, kenyataan saya kepada SPRM tidak benar," kata Imran dalam Mahkamah Sesyen Rabu lepas dengan tenang apabila ditanya oleh peguam Jamaludin, Mohd Roni Abdul Rahman.

Jamaluddin dan Osman Jailu (Adun Changkat Jering), bersama dengan bekas ahli majlis Daerah Perak Tengah, Usaili Alias dan Zul Hassan serta kontraktor Fairul Azrim, telah didakwa menerima rasuah antara RM400 hingga RM100,000 antara 6 dan 19 Aug tahun lepas.

Pertuduhan ke atas Ruslan Sahat telah ditarik balik selepas kematian beliau.

Tiga dari mereka juga didakwa menerima perkhidmatan sex oleh tiga wanita Cina yang diuruskan oleh Imran.

Sebelum ini, mahkamah bukan saja ditunjukkan video Imran menyerahkan duit itu kepada Osman dan Usaili bahkan juga video tiga lelaki yang didakwa melakukan hubungan sex dengan tiga wanita Cina itu.

Sebelum ini, Jamaludin dan Osman telah bertindak keluar dari PKR dan menjadi Adun Bebas yang menyokong Umno selepas kedua-duanya didakwa atas kesalahan rasuah di mahkamah.

Mereka berdua bersama Adun Barisan Nasional (BN) yang lain kemudiannya menghadab Sultan Perak dan ekoran itu Sultan Perak telah melantik Datuk Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar.

Dengan cara itu jatuhlah kerajaan Pakatan Rakyat di Perak di bawah kepimpinan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin.

ImageInilah rupanya apa yang berlaku di Perak.

Dengan keterangan Imran ini, jangan terkejut selepas ini kalau-kalau Jamaludin dan Osman akan terlepas dari sebarang hukuman kerana saksi utama yang mahu menyabitkan mereka sudah menukar keterangannya.

Apabila seorang rakan saya menghantar berita NST yang membuat laporan ini, saya sebenarnya tidak terkejut. Kalau sebelum ini saya terfikir, bagaimanakah caranya Umno mahu menyelamatkan dua katak yang melompat ini, kini saya terjumpalah caranya.

Bagi kawan saya itu, melihat kepada apa yang berlaku ini, dia membuat kesimpulan, 1Malaysia sebenarnya sudah bertukar kepada 1 Malaysian yang kotor (1dirty Malaysian).

Saya faham kenapa beliau membuat kesimpulan itu. Ini kerana, krisis Perak berlaku selepas pencetus 1Malaysia ini mengambilalih jawatan Pengerusi Perhubungan Umno Perak.

Hanya kira-kira seminggu sahaja beliau mengambilalih tampuk pimpinan Umno Perak itu, kerajaan Pakatan Rakyat Perak jatuh. Ia dibuat dengan cara menarik Jamaludin dan Osman yang sedang menghadapi dakwaan rasuah itu menyokong Umno.

Dia juga berjaya menarik Adun Jelapang, Hee Yit Fong yang sedang menghadapi masalah kewangan kerana suaminya yang sedang menghidap kanser keluar dari DAP dan menjadi Adun Bebas sebagaimana Jamal dan Osman.

Inilah yang berlaku di Perak.

Selepas berjaya di Perak, pencetus 1Malaysia menjadi Pengerusi Perhubungan Umno Selangor pula. Ketika berucap di Kuala Selangor, beliau memberikan penegasan akan merampas kembali Selangor.

Tidak diketahui apakah caranya. Namun, sekurang-kurang seorang (Teoh beng Hock) telah mati di pejabat SPRM Selangor.

SPRM bukan sahaja menjejaki setiap pergerakan Adun dan Exco Selangor bahkan telah menyelongkar setiap sen perbelanjaan yang diperuntukkan kerajaan negeri Selangor kepada mereka.

Menurut Lim Kit Siang, Teoh Beng Hock mati ketika disiasat SPRM ekoran dari perbelanjaan sebanyak RM2,400 oleh Exco kerajaan negeri Selangor, Ean Yong iaitu bos kepada Teoh.

Hampir kesemua pemimpin Pakatan marah dengan hal ini. Kenapa perbelanjaan Adun BN sebelum ini yang menghabiskan peruntukan setahun dalam masa tiga bulan sahaja (menjelang pilihan raya Mac 2008) tidak disiasat SPRM?.

Ini telah didedahkan melalui sidang yang dibuat khas oleh Selcat.

Kalau benarlah kedua-dua kes di Perak dan Selangor ini ada kaitan, sahlah rakyat negara akan percaya bahawa slogan sebenar bukannya 1Malaysia tetapi 1Malaysian yang kotor atau 1Dirty Malaysian. - harakahdaily.net

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com

22 October 2009

Budak 11 tahun didera kerana curi wang bapa RM3

KUALA LUMPUR: Hanya kerana dituduh mencuri RM3 wang bapanya, seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun cedera hampir di seluruh badannya akibat dipukul dengan kayu penyapu oleh bapanya di Taman Muda, Ampang Jaya.

Dalam kejadian pada 12 Oktober lepas, kanak-kanak itu dituduh mencuri wang milik bapanya untuk membeli makanan kerana wang belanja yang diberi bapanya tidak mencukupi.

Kejadian itu, difahamkan bukanlah pertama kali menimpa kanak-kanak itu kerana sejak ibunya melarikan diri dan meninggalkannya ketika dia berusia dua tahun kerana tidak tahan dengan sikap suaminya, kanak-kanak itu sering dipukul oleh bapanya yang berusia 49 tahun itu hanya kerana kesilapan kecil.

Penderitaan kanak-kanak itu berakhir apabila dia diselamatkan selepas menceritakan kejadian dia sering dipukul kepada rakan sekolahnya yang kemudian mengadu kepada ibunya.

Ibu rakan kanak-kanak itu memberitahu pemberita di sini hari ini, apabila beliau mengajak budak lelaki itu ke rumahnya pada 14 Oktober lalu, beliau terkejut melihat hampir keseluruhan badannya dipenuhi calar dan bengkak akibat dipukul. Kanak-kanak itu kemudian dibawa ke Hospital Ampang untuk mendapatkan rawatan sebelum laporan polis dibuat.

Semalam, kanak-kanak itu dibenarkan keluar dari hospital itu dan kini ditempatkan di bawah penjagaan sebuah badan kebajikan.

Ketika ditanya oleh pemberita mengenai kesengsaraan yang terpaksa dilaluinya, kanak-kanak itu hanya berdiam diri.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Supt Amiruddin Jamaluddin berkata, bapa kanak-kanak itu ditahan pada 16 Oktober baru-baru ini untuk siasatan lanjut. - BERNAMA

Aku cuma nak kata:
Kalau ye pun budak tu curi duit, tak kan lah bapak dia bedal begitu teruk sekali. Ada banyak faktor penderaan begini boleh berlaku. Mungkin kerana stress dan tekanan mental akibat dari persekitaran kehidupan yang tidak ceria dan tidak terurus. Masaalah ekonomi yang kian meruncing. Emak budak itu pun dah lari sejak dari umur budak itu 2 tahun. Silap-silap budak itu pun dah mula belajar jadi jahat seperti mencuri. Secara umum nya, pada pendapat aku keluarga tersebut sebenar nya bermasaalah. Sama ada bapak, anak atau pun emak budak itu.

Tidak mustahil suatu hari nanti, apabila budak ini membesar dan berkeluarga, dia juga akan mengulangi dan terbawa bawa sikap seperti bapak dia.


Tidak ada jalan penyelesaian kecuali keluarga tersebut kembali kepada Ugama. Ugama sahaja lah yang boleh menghuraikan benang yang kusut.

Sekian

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com

21 October 2009

Cukup sampai disini. Kerjasama dengan PAS sudah berakhir - Ibrahim Ali

Ahli Parlimen Bebas dari Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali hari ini berkata kerjasamanya dengan PAS yang terjalin sewaktu bertanding atas tiket parti itu, dalam pilihanraya umum lalu, sudah berakhir.

Ibrahim juga membuat pengakuan bahawa beliau kini lebih cenderung untuk menyokong kepimpinan BN.

"Saya adalah ahli Parlimen Bebas dan bersedia bekerjasama dengan mana-mana pihak tetapi kecenderungan saya sekarang ini ialah menyokong Umno iaitu kepimpinan kerajaan sekarang sebab saya tengok sudah ada tanda-tanda positif yang cukup baik," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Bagaimanapun, kata Ibrahim, buat masa ini belum ada keperluan baginya menyertai Umno walaupun beliau melihat parti itu semakin kukuh di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Saya membuat pendirian ini juga sebab saya tidak mahu nanti dituduh menyertai Umno kerana Umno sudah mula bertambah kuat, kerana ada kepentingan diri atau kepentingan peribadi dan seumpamanya.

"Saya juga perlu menjaga integriti dan kredibiliti saya sebagai pemimpin Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) iaitu sebuah badan bukan kerajaan dan perlu kekal sebagai anggota Bebas yang tidak mewakili mana-mana parti politik," katanya.

Semalam, Muhyiddin berkata Umno tidak menyekat mana-mana pihak untuk kembali ke pangkuan Umno termasuk Ibrahim sekiranya ingin menyertai semula parti yang ditunjangi orang Melayu itu.

Ibrahim berkata beliau gembira melihat Umno sekarang yang sudah menjadi betul-betul terbuka dan boleh ditegur dan dikritik.

"Berbeza pula dengan Pas, bila saya memberi teguran, pandangan dan kritikan nampaknya mereka tidak boleh terima sehingga mendesak saya supaya meletak jawatan dan mengatakan saya tidak mengenang budi," katanya. - Bernama

Aku cuma nak kata:

Mari sini aku nak bagitau secara sepintas lalu lompatan lompatan orang bernama Datuk Ibrahim Ali yang amat terkenal dengan jolokan 'sikatak lompat'.

1.
Dalam tahun tahun 70an beliau adalah ketua pemuda parti BERJASA (Barisan Jamaah Islamiah Malaysia) dan memainkan peranan dalam menjatuhkan kerajaan PAS di Kelantan pada masa itu

2.
Tahun 1978 meninggalkan Parti BERJASA dan melompat menyertai UMNO.


3.
Tahun 1988 beliau melompat meninggalkan pula UMNO untuk bersama sama dengan Tengku Razaleigh Hamzah dalam Parti Melayu Semangat 46 (S46), sebuah parti serpihan UMNO.


4.
Tahun 1994 beliau melompat untuk kembali semula bersama UMNO, tahun 1995 beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri oleh Dr.Mahathir Mohamad dan tidak sampai sebulan Parlimen pun di bubarkan,maka tercatitlah dalam sejarah beliau merupakan seorang yang memegang jawatan Timbalan Menteri yang paling singkat.


5.
Pilihanraya Umum 2004, Ibrahim Ali telah bertanding atas tiket bebas di Parlimen Pasir Mas setelah tidak berpuashati dengan tindakan DS Abdullah Ahmad Badawi yang menyebabkan beliau tidak dilantik semula sebagai ketua penaja Umno Bahagian Pasir Mas. Beliau kalah dan
dipecat seumur hidup dari menyertai UMNO.

6. Pada disember 2005, sekali lagi Ibrahim Ali bertanding dalam PRK Pengkalan Pasir atas tiket bebas. Malang nya beliau dan calon PAS tewas kepada calon BN Hanafi Mamat.

7.
Pilihanraya umum 2008, Ibrahim Ali telah bertanding di Parlimen Pasir Mas atas tiket bebas dengan menggunakan lambang PAS, walaupaun beliau cuma
anak angkat PAS pada ketika itu. Beliau menang bergaya di Pasir Mas.

Sekian.


Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com


20 October 2009

Tony Blair Heckled in Middle East Visit: 'You Are a Terrorist'


International Mideast envoy Minister Tony Blair, center, flanked by the Palestinian governor of Hebron Dr. Hussein al-Aaraj, left, and Chief Islamic Justice of the Palestinian territories Sheik Tayseer Tamimi, right, tours the site known to Muslims as the Ibrahimi Mosque and to Jews as the Tomb of the Patriarchs in the West Bank city of Hebron, Tuesday, Oct. 20, 2009.


A security personnel (L) scuffles with a Palestinian man during the visit of Middle East envoy Tony Blair at the Ibrahimi mosque in the West Bank city of Hebron, October 20, 2009. - REUTERS/Nayef Hashlamoun


HEBRON, West Bank (Reuters) - Bodyguards subdued a Palestinian man Tuesday as he approached Middle East envoy Tony Blair, shouting "You are a terrorist."

The former British prime minister was verbally assailed while visiting an ancient mosque during an official trip to the West Bank city of Hebron.

The protester, carrying a bag, was backed into a corner by guards who tried to shut him up. "He is not welcome in the land of Palestine," the struggling man shouted.

Blair, 56, is envoy for the "Quartet" of powers on the Middle East, comprising the European Union, the United States, Russia and the United Nations.

He gave a tight-lipped smile and a pacifying wave in the general direction of the shouting man, and afterwards played down the incident as a "protest and that's fair enough," but not one that should be viewed as typical of local feelings.

Most Palestinians and Israelis want the conflict "resolved in a peaceful way," he said. They understand "it's not going to be resolved unless we find a way of creating two states, a state of Israel and a state of Palestine side by side in peace."

"Frankly it's not protests that will do that. It's patient negotiation," Blair told reporters.

A spokesman for the envoy told Reuters it was unclear why the protester launched his attack on Blair. "We've heard nothing on that," he said.

Blair's Hebron hosts were upset by the security breach. He remains unpopular with some Arabs for supporting the 2003 United States invasion of Iraq and for what they perceive as his bias in favor of Israel when he was Britain's prime minister.

"You know, he made his protest and that's fair enough," Blair told reporters once the man was removed. "I think it's important for you guys as well to not always mistake the protest for the general view of the whole population," he said. - by Reuters TV

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com


19 October 2009

Hadiah harijadi Toyota Alphard ?..siapa yang bayar ?...


Toyota Alphard model 2009 - Mungkin model ini sebab harga pun RM600 ribu. Kalau model lama, rasa nya harga nya dah murah.

Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng hari ini membuat laporan di ibupejabat polis daerah Sentul berhubung dakwaan ‘hadiah’ kereta dari syarikat binaan Axis Construction Sdn Bhd (ACSB) kepada isteri Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Laporan tersebut dibuat berdasarkan sebuah artikel yang disiarkan dalam lamaweb Malaysia Today pada 14 Oktober lalu.

Artikel tersebut- ‘To The Health Minister YB Dato Liow – mendakwa isteri Liow – Lee Su Loo – dikatakan menerima sebuah Toyota Alphard (dengan nombor pendaftaran WSB 15) yang berharga hampir RM600,000 pada hari jadinya pada bulan Januari.

Artikel itu seterusnya mendakwa bahawa ACSB membayar wang pendahuluan kereta tersebut berjumlah lebih RM300,000 melalui cek Bank Hong Leong bernombor HLB 373727.

ACSB juga dikatakan membayar ansuran bulanan kereta berkenaan dengan mendepositkan kira-kira RM5,000 setiap bulan ke dalam satu akaun simpanan di Public Bank (nombor akaun 4487469902).

Artikel tersebut mendakwa Axis Construction merupakan firma binaan yang tersenarai dalam senarai penerima kontrak dari kementerian kesihatan. - Malaysiakini

Aku cuma nak kata:
Kadang kadang macam tak percaya. Di tengah tengah krisis kepimpinan yang melanda MCA, tiba tiba keluar pula isu 'hadiah' ini. Ada kah ia nya secara kebetulan ?. Pada hal hadiah berkenaan diberi pada January 2009. Mengapa isu tersebut tak keluar masa itu ?. Mungkin orang belum tahu atau krisis MCA belum memuncak.

Apabila krisis kepimpinan MCA semakin kusut,
Liow Tiong Lai dilihat menjadi harapan untuk menerajui MCA menggantikan Ong Tee Keat dan sudah pasti lah Ong tidak akan menyerah dengan mudah. Isu 'hadiah' ini sedikit sebanyak akan membuatkan Liow yang kelihatan bersih menjadi sedikit kotor.

Dalam Utusan online SPRM menyatakan akan menyiasat dakwaan tersebut. Namun begitu didalam BN dan kepimpinan 1 Malaysia, macam macam kemungkinan boleh berlaku. Aku tidak mahu mengandaikan apa apa, cuma...katakan lah 'hadiah' itu diberikan kepada isteri Anwar Ibrahim, isteri Lim Kit Siang, isteri Hadi Awang atau isteri sesiapa sahaja dalam Pakatan Rakyat, sepantas kilat pegawai polis dan SPRM tercogok depan pintu datang untuk membuat siasatan.

Sekian

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com


Patpong Malaysia - Arak & menari aksi lucah sehingga jam 5 pagi

KUALA LUMPUR 19/10/09 - Pengunjung sebuah pusat hiburan di KL Sentral seolah-olah ingin menunjuk handal apabila tanpa segan silu meneguk arak serta melakukan tarian aksi lucah di atas meja yang dituang arak dan dinyalakan api.

Mereka yang rata-ratanya gadis Melayu, berpakaian seksi berdiri di atas meja penerima pesanan dan mula menari dengan aksi menggiurkan mengikut irama muzik yang rancak.

Melihat akan gerak-geri tarian mereka, perbuatan gadis terbabit seolah-olah meniru budaya Patpong yang terdapat di Thailand.

Apa yang menjadi persoalan ialah bagaimana pusat hiburan terkenal dan beroperasi sejak hampir dua tahun itu boleh menjalankan perniagaannya melebihi masa yang ditetapkan, seolah-olah pengusahanya 'kebal' daripada tindakan undang-undang.

Umum sedia maklum, semua pusat hiburan hanya dibenarkan beroperasi hingga pukul 3 pagi tetapi pemilik premis itu dengan selamba melanjutkan perniagaannya sehingga pukul 5 pagi.

Difahamkan, premis tersebut bukan sahaja dikunjungi oleh golongan remaja yang inginkan kehidupan bebas.

Seorang pengunjung yang jelek dengan gejala itu telah membawa wartawan Kosmo! meninjau premis berkenaan baru-baru ini. - http://kosmo.com.my

Aku cuma nak kata:
1.
Anak anak melayu yang berugama Islam semakin hancur dan semakin jauh dari agama.
2.
Kalau premis berkenaan berani melanggar waktu perniagaan sehingga jam 5.00 pagi, apa kah makna nya itu ?. Ada kah pihak-pihak berkaitan dengan penguatkuasaan telah di sogok ?.
3.
Selepas pendedahan Kosmo ini, mungkin akan ada serbuan dari pihak berkuasa untuk mengabui mata. Supaya nampak, ada orang buat kerja !!.
Selepas itu semua nya akan kembali seperti biasa sehingga lah ada pendedahan baru atau ada orang 'complaint'.

Sekian

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com

18 October 2009

Syabas ! Encik Malkit Singh, Ketua Pegawai Kewangan Bank Islam Malaysia


Encik Malkit Singh Ketua Pegawai Kewangan Bank Islam Malaysia

Aku cuma nak kata:
Artikel dibawah ini aku kutip dari laman wangsamajuformalaysia.blogspot.com. Aku cuma tambah link untuk rujukan dan gambar supaya lebih menarik.

Aku rasa artikel nya amat bermunafaat kepada yang mahu berfikir terutama kepada individu atau kumpulan yang konon nya memperjuangkan ketuanan melayu, sedang melayu sendiri lah yang banyak melingkupkan melayu.

Memang aku hairan jugak masa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid melantik Puan Low Siew Moi sebagai pemangku pengurus besar PKNS, ramai yang tak puas hati dan bising. Tidak susah untuk mengetahui apa motif nya orang yang bising bising itu. Sudah tentu pasal isu bangsa, seolah olah PKNS mesti diterajui oleh melayu, bangsa lain tak boleh.

Encik Malkit Singh menjadi Ketua Pegawai Kewangan Bank Islam Malaysia. Ia bukan seorang melayu. Mengapa tidak ada yang bising, atau sebenar nya tidak ramai orang yang tahu perkara ini. Abdul Shukur Idrus, dulu nya ketua Pemuda Umno Selangor dan sekarang ketua penerangan Umno Selangor yang bising masa perlantikan Puan Low dengan berkata "tiada lagikah orang Melayu yang boleh mentadbir PKNS?", mengapa dia diam membisu atau dia memang tidak tahu. Aku nak dengar dia kata "tiada lagikah orang Melayu yang boleh jadi Ketua Pegawai Kewangan Bank Islam Malaysia". Lagi pun perkara ini semacam isu nasional. Kalau bising bising nanti 1 Malaysia akan malu. Tidak seperti isu Puan Low dan PKNS, ia nya hanya isu di Selangor dan Selangor pulak bukan UMNO/BN yang perintah. Apa lagi, bedal lah semahu mungkin. Itu lah agak nya apa yang aku rasa.

Oh ya !... Cari punya cari dalam internet aku jumpa sumber artikel di bawah ini dalam bentuk majalah digital. Link nya sila klik majalah Accounting and Business 10/2009.


--------------------------------------------------------------------------------



Encik Malkit Singh mempunyai pengalaman 17 tahun dalam bidang kewangan dan beliau pernah menjadi Ketua Pegawai Kewangan ABN AMRO (sebuah bank Belanda) dan semenjak menjadi Ketua Pegawai Kewangan Bank Islam Malaysia pada 1 Januari 2008, Bank Islam yang ketika itu mengalami pelbagai masalah kewangan dan operasi telah dapat dibaik-pulihkan olehnya.

Artikel dari Majalah Accounting and Business 10/2009

Bank Islam Malaysia yang pertama itu mengalami kerugian kewangan sebanyak RM500 juta dalam tahum 2005 dan melonjat hingga RM1.26 bilion dalam tahun 2006.

Menurut Encik Malkit, demi memulihkan keyakinan umum terhadap Bank Islam dan mewujudkan nilai pemegang saham (shareholders' value creation), langkah-langkah yang telah diambil termasuk menyusun semula jurusan perniagaan Bank Islam serta produk-produk bank tersebut dan mengadakan usaha menjimatkan perbelanjaan.

Dalam tahun 2008, keuntungan sebelum zakat dan cukai berjumlah RM208.3 juta dan pendapatan bank telah bertambah 14% menjadi RM1.25 bilion.

--------------------------------------------------------------------------------

Setelah membaca rencana tersebut yang membanggakan saya, saya pun termenung sejenak. Tidak lama dahulu, Puan Low, seorang pegawai PKNS yang telah berkhidmat berpuluh tahun di situ telah dilantik oleh Tan Sri Khalid Ibrahim untuk mengetuai PKNS buat sementara.

Akibatnya pelbagai bantahan yang lantang telah diutarakan oleh pihak-pihak tertentu yang saya rasa tidak berkelayakan menghurai keputusan Menteri Besar Selangor itu secara waras dan betul.


Saya membuat rumusan ini berdasarkan kepada sebab bantahan mereka. Bagi mereka yang membantah kononnya Puan Low bukan Melayu, bukan beragama Islam dan "kerana ketua PKNS adalah imam kepada akidah kaki tangan PKNS" itu bukanlah alasan yang betul, waras, tepat dan boleh diterima.


Adakah semua kaki tangan PKNS beragama Islam? Adakah hanya orang Islam sahaja dibenarkan berjawat dalam PKNS? Adaka tujuan PKNS itu semata-mata untuk agama Islam sahaja? Saya rasa jawapan untuk soalan-soalan tersebut sudah terjawab. Bahkan mungkin saya boleh pinjam ungkapan Hakim Augustine Paul, soalan-soalan tersebut "not relevant" (tidak berkenaan) sama sekali.


Jika perlantikan Puan Low dipertikaikan dari segi kelayakan, keupayaan, pencapaian, sikap dan rekod amanah beliau, itu boleh diterima.


Mengapa pula orang yang membuat bantahan lantang tersebut tidak mengamalkan pendirian yang konsisten pula? Nak boikot atau berkumpul di Bank Islam tak? Mungkin salah di sisi undang-undang jika berbuat demikian.


Pencapaian Encik Malkit Singh menunjukkan potensi amalan meritokrasi di mana jawatan diberikan menurut kebolehan dan keupayaaan. Amalan ini telah dikatakan akan mengancam kepentingan golongan masyarakat tertentu tetapi saya percaya perkembangan yang sebaliknya akan muncul.


Dengan sumbangan beliau, saya percaya Bank Islam telah dapat memberikan lebih banyak peluang pekerjaan dan perniagaan kepada rakyat Malaysia.


Saya berani mengatakan bahawa rakyat Malaysia pelbagai kaum dapat mengecapi hasil pencapaian beliau kerana dapat bekerja, dapat naik pangkat, menerima bayaran gaji dan bonus dalam Bank Islam. Jika Bank Islam terus mengalami kerugian kewangan, mungkin bilangan pekerja atau jumlah ganjaran di situ akan berkurangan pula.


Bahkan, pembekal-pembekal alatulis, komputer, kertas, hawa dingin, meja kerusi, kontraktor pembinaan dan sebagainya semua dapat berurus dengan Bank Islam yang berkemampuan meneruskan kegiatan mereka bahkan menambahkan cawangan-cawangannya.


Kutipan cukai pendapatan syarikat pun bertambah
hasil keuntungan Bank Islam dan kutipan cukai ini boleh diagihkan untuk pelbagai projek yang dapat memanfaatkan rakyat jelata. (Itu lain certia dan bergantung kepada keprihatinan dan budi bicara pihak yang berkuasa pula).


Syabas kepada Encik Malkit Singh dan sebagai rakyat Malaysia dalam abad ke-21, pemikiran kurun yang lepas harus diubahsuaikan dengan perkembangan terkini.


Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...