Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

02 February 2009

2 ADUN letak jawatan - Pilihanraya kecil di Changkat Jering & Behrang, Perak

[YB+KAPT.+(B)+MOHD+OSMAN.JPG] ... [YB+ENCIK+JAMALUDDIN.JPG]
Bekas YB Changkat Jering.......................... Bekas YB Behrang


BN amat menaruh harapan bahawa kedua-dua Adun 'yang hilang' beberapa hari lalu akan melompat ke parti mereka
. Presiden UMNO semasa mengulas isu berkaitan dalam berita TV3 jam 8 malam tadi dengan penuh yakin akan mengumumkan nya nanti. Nampak nya UMNO/BN menerima satu tamparan apabila hasrat itu tidak kesampaian kerana kedua-dua ADUN berkenaan meletak jawatan dan ini bermaana pilihanraya kecil perlu diadakan dalam tempoh 60 hari. Kedua-dua ADUN berkenaan ialah Jamaluddin Mat Radzi (Behrang) dan Mohd Osman Jailu (Changkat Jering).

Dengar cerita nya, taktik UMNO/BN untuk memerangkap 2 ADUN tersebut tidak kesampaian apabila dilaporkan kedua-dua nya sebelum ini telah menandatangani Surat Akujanji untuk meletak jawatan sekiranya terjadi kes ADUN PAKATAN RAKYAT ingin melompat parti.

Nampak gaya nya YAB Dato Seri Ir. Nizar ternyata seorang yang bijak dalam menyediakan payung sebelum hujan dalam pemerintahan beliau. Mungkin beliau belajar dari Tun Mahathir kot ?. Aku agak saja la...jangan marah Dato Seri.......

Walaupun beliau diasak setiap saat dari segenap arah namun beliau masih boleh bertahan. Aku berdoa agar beliau berjaya mengatasi kemelut seperti ini yang akan tetap ada dari masa ke semasa dan kalau beliau gagal pun, bagi aku beliau telah mencuba yang terbaik.

Bagi pengundi -pengundi di 2 DUN tersebut iaitu Behrang dan Cangkat Jering bersiap sedia lah untuk menerima limpahan pembangunan segera yang akan dibawa oleh UMNO/BN ke kawasan anda. Selamat mengundi...............Woiii lambat lagi la...

Photobucket

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...