......
oleh: Wan Nordin Wan Yaacob
KUALA LUMPUR, 14 Feb (Hrkh) - Ketua Penerangan PAS, Dato' Mahfuz Omar menuduh Adun Changkat Jering, Kapt (B) Osman Jailu sebagai pembohong kerana mengemukakan alasan palsu berikutan ketidakhadiran dalam perbicaraan kes rasuah di mahkamah baru-baru ini.
Osman melalui adiknya di mahkamah menyatakan beliau dimasukkan hospital kerana masalah kesihatan yang agak serius menyebabkan beliau tidak dapat hadir perbicaraan.
Sebaliknya sehari selepas kenyataan itu, Pengarah Hospital Kuala Lumpur (HKL), Datuk Dr. Zaininah Mohd. Zain menafikan bahawa Adun Changkat Jering telah dimasukkan ke hospital itu baru-baru ini, kata Mahfuz.
Kenyataan ini jelas membohongi dan menghina mahkamah, selain Osman juga adalah antara Adun Bebas yang menyokong pembentukan kerajaan 'haram' BN di Perak, kata Mahfuz.
"Bagi saya beliau telah menipu mahkamah, beliau juga adalah orang yang telah konnonnya dipercayai Sultan Perak untuk bersetia menyokong BN dalam membentuk kerajaan BN di Perak.
"Orang yang begini sepatutnya tidak boleh dipercayai kerana diragui kebenarannya, Sultan perlu menimbang semula pengakuan beliau (Osman) ketika bersetuju membentuk kerajaan BN dengan rampasan kuasa di Perak," katanya.
Mahfuz mendesak pihak mahkamah, dan pihak berkuasa segera menahan Osman berikutan penipuan yang dilakukan ini.
Pada 10 Februari lalu, Mahkamah Majistret Ipoh mengeluarkan waran tangkap terhadap Adun Changkat Jering, Osman Jailu kerana tidak hadir kes rasuah projek pembangunan bernilai RM180 juta.
Bekas Adun KeADILan itu, yang kini wakil rakyat bebas, sedang menghadapi perbicaraan kes rasuah bersama seorang lagi rakannya Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) - yang juga tidak hadir.
Waran itu dikeluarkan oleh Majistret Sharmila Abdul Samad.
Terdahulu, adik Mohd. Osman, Noriza, yang bertindak sebagai penjamin tertuduh, memberitahu mahkamah bahawa abangnya tidak dapat hadir kerana dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat masalah jantung.
Noriza bagaimanapun gagal mengemukakan sijil cuti sakit dari pihak hospital terbabit.
"Belum dapat MC (sijil cuti sakit) sebab doktor masih membuat observation (pemerhatian)," jelas Noriza.
Timbalan Pendakwa Raya, Mohammad Jazamuddin Ahmad Nawawi kemudian memohon mahkamah mengeluarkan waran tangkap terhadap Mohd. Osman.
"Tertuduh sepatutnya tahu bicara hari ini, kalau dia dimasukkan ke hospital dan memberitahu doktor tentang bicara hari ini, hospital tentu boleh mengeluarkan sijil cuti sakit. Mohon waran tangkap dikeluarkan,� katanya.
Mohd Osman, Jamaluddin, Usaili dan dua orang lagi - juruteknik Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) Ruslan Sahat dan bekas anggota Majlis Daerah Perak Tengah, Zul Hassan - menghadapi 16 pertuduhan menerima dan meminta rasuah berkaitan projek pembangunan bernilai RM180 juta di Seri Iskandar dekat Ipoh.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dan di Restoran Kluang Station Cafe di Medan Istana, Ipoh dan di Aquarias Restaurant & Bar, Tingkat 4, Summit Hotel, Bukit Mertajam, Pulau Pinang antara 14 hingga 19 Ogos tahun lepas.
Zul juga didakwa menerima rasuah seorang perempuan bagi tujuan mengadakan hubungan seks pada 8.10 malam 14 Ogos lepas di Sri Sayang Apartment di Pulau Pinang.
KeADILan mendakwa pertuduhan rasuah terhadap Mohd Osman dan Jamaluddin akan digugurkan sekiranya mereka melompat kepada BN.
Sumber: harakahdaily

No comments:
Post a Comment