Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

08 February 2009

Isu menderhaka kepada Sultan - Kata dulang paku serpih, kata orang awak yang lebih

Sekarang ini, selepas merampas kuasa Kerajaan Negeri Perak, serangan terus menerus ditujukan kepada Pakatan Rakyat sama ada kepada pemimpin dan penyokong nya. Kali ini 'mereka' fokus kan kepada isu MENDERHAKA KEPADA SULTAN.

Ramai lah yang lantang meminta supaya penderhaka diambil tindakan termasuk lah ahli ahli akademik, professor-professor dan ahli polik UMNO/BN.

1. Derhaka Nizar tidak boleh dipandang ringan - Muhyiddin. Berita penuh: Kenyataan nya disini

2. Tindakan biadab, sombong dan angkuh pemimpin serta penyokong Pakatan Rakyat yang menghina Sultan Perak. Berita penuh: Berita Harian Online

3. Pakatan Rakyat menghina Sultan Perak, Sultan Azlan Shah. Berita penuh: Berita Harian Online

4. Ketua Umno Bahagian Cheras Senator Datuk Syed Ali Alhabshee berkata beliau kecewa kerana seorang pemimpin Melayu seperti Mohamad Nizar telah menunjukkan sikap biadap terhadap Sultan Perak dengan enggan melepaskan jawatan Menteri Besar walaupun dititah berbuat demikian. Berita penuh: bernama.com.my

Apa yang menghairankan, mengapa pandangan kedua tidak diulas. Ambil contoh seperti pandangan Tengku Razaleigh Hamzah. Beliau mengatakan Mohamad Nizar Jamaluddin masih MB Perak yang sah. Apa kah Tengku Razaleigh juga seorang penderhaka kerana menyanggah keputusan sultan ?

Begitu juga pandangan Prof. Dr Abdul Aziz Bari yang menjelaskan ada 2 cara Sultan boleh bertindak apabila berlaku krisis seperti ini:

1. Membubarkan Dewan Undangan Negeri walaupun tanpa nasihat seorang Menteri Besar.

2. Sultan membatalkan @ memecat pelantikan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar dan kemudian membubarkan Dewan Undangan Negeri.

Disini dapat dilihat bahawa walau apapun keputusan Sultan, pengakhiran keputusan nya adalah membubarkan DUN Perak. Namun perkara itu tidak terjadi. Yang terjadi ialah Sultan pecat Menteri Besar dan Penubuhan Kerajaan Negeri yang baru dari BN. Mengapa ini tidak diulas oleh media massa arus perdana?.

Pendek kata Pakatan Rakyat seluruh nya tidak berguna walau satu sen pun di Malaysia ini. Ada kah mereka tahu atau pura-pura tidak tahu sebab dan kenapa mereka yang di katakan penderhaka ini menentang ?. Adakah ini kali pertama penentangan terhadap keputusan Raja @ Sultan ?.

Apa kah beza nya tindakan (bekas?) MB Perak Ir. Mohamad Nizar dengan bekas MB Terengganu Idris Jusoh ?. Ada siapa boleh tolong jawab ??. Kalau nak ikut kan, Idris Jusoh lah penderhaka no.1 negara sebab dia menderhaka kepada DYMM Sultan Terengganu dan juga Yang Di Pertuan Agong. Siapa yang bawa sepanduk ' kami nak deris, natang'? Ia akhir nya menjadi Kes hina Sultan dan Tan Sri Abdul Gani Patail mengarahkan polis membuat siasatan Kami Nak Deris Natang’. Ada tangkapan dibuat, tetapi apa jadi dengan kes ini ?..Senyap rasa nya dibawa angin lalu....(betulkan jika fakta ini salah)

[Aaaaaaa.jpg]
Imej yang berjaya dirakam bagi membuktikan wujudnya sepanduk biadap dan bedebah "Kami Nak Idris, Natang!" dalam tunjuk perasaan Umno di Terengganu selepas PRU12

Oleh kerana tidak menerima keputusan dan di gelar sebagai menderhaka kepada sultan, ia nya diulas dengan lahap oleh media massa, tetapi sebab kenapa tindakan Pakatan Rakyat menentang tidak pula diulas. Apakah betul tindakan sultan memecat MB dan selepas itu memperkenankan penubuhan kerajaan negeri yang baru dari BN. Mengapa Sultan tidak membubarkan DUN selepas mengarahkan MB meletak jawatan. Itu lah kuasa Sultan Perak, tetapi mengapa Tuanku Sultan tidak berbuat begitu sedang kan Tuanku adalah pakar undang-undang. Ini lah dia punca sebenar krisis.

Apakah boleh MB ditukar sebegitu rupa tanpa mengikut undang-undang dan perlembagaan tidak pula diulas, sebaliknya disuruh pemimpin dan penyokong PR menerima dan percaya titah sultan. Habis itu, undang-undang dan perlembagaan itu untuk apa?, sekadar dijadikan hiasan?.

Kenapa perlu difokus kepada tindakan menuntut hak oleh setengah rakyat yang diketuai oleh PR dianggap kurang ajar sedang kan sebab musabab nya disorokkan?? dan di waktu yang sama rakyat Palestin menuntut hak mereka kita tak kata kurang ajar malah kita sokong pula.

'KATA DULANG PAKU SERPIH, MENGATA ORANG AWAK YANG LEBIH'

Sekian...sendiri mau ingat !!!

Photobucket

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...