Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

04 February 2009

BN sudah rampas kerajaan Perak tidak benar - Nizar

 KUALA LUMPUR, 4 Feb (Hrkh)

6.55 petang:
MB Perak, Mohd Nizar Jamaluddin ketika ditanya mengenai kenyataan Timbalan Perdana Menteri bahawa BN sudah rampas kerajaan Perak, beliau berkata,"itu hanya kenyataan Najib."

Menurutnya, setakat ini belum berlaku apa-apa dan selepas ini akan ada kenyataan rasmi daripada Adun-adun.

Ketika ini, Nizar sedang berada di Pejabat Perhubungan PAS Perak dan bermesyuarat dengan pimpinan PAS Perak.

Sekitar kawasan pejabat perhubungan negeri ketika ini dikawal ketat oleh Unit Amal.

5.45 petang

"Belum ada keputusan,"demikian jawapan ringkas Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin ketika ditanya wartawan ketika keluar daripada Istana Kinta jam 5.40 petang tadi.

Keadaan hujan yang turun lebat ketika ini tidak menghalang wartawan pelbagai media yang sedang menunggu jawapan daripada Nizar sebelum ini.

Dan ketika beliau keluar dengan kenderaannya di pintu istana, Nizar hanya menjawap ketika ini belum ada sebarang keputusan yang boleh dimaklumkan.

5.05 petang

Sebelum ini, di Putrajaya,Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak telah membuat sidang media dengan memaklumkan BN telah dapat menubuhkan kerajaan di Perak.

Beliau berkata demikian,apabila memberitahu keempat-empat Adun sebelum ini yang mencetuskan kontroversi dikatakan telah menyatakan sokongan untuk menyokong BN.

4.35petang

Kawasan Istana Kinta di Perak ketika ini menjadi tumpuan. Wartawan daripada pelbagai media sama ada tempatan atau luar negeri dilihat memberikan perhatian terhadap perkembangan yang sedang berlaku di Perak ketika ini.

Wakil Harakah, Azamin Amin dalam laporannya sebentar tadi memaklumkan, Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin dilihat memasuki kawasan istana sekitar jam 4 petang.

Sehingga kini,beliau masih belum keluar daripada kawasan istana.

Pihak polis telah mengetatkan kawalan di sekitar kawasan istana.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, pihak Pemuda PAS Perak telah menghantar memorandum bantahan kepada SPR jam 3 petang tadi berhubung tindakan SPR yang menolak untuk mengadakan pilihan raya kecil. - mks.

Sumber: HarakahDaily

Photobucket

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...