Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

01 February 2009

UMNO & Pokok nak mati, masin mulut Tok Guru ni...

Wah !!, marah nada bunyi Tan Sri Muhyiddin Yassin apabila mengulas kenyataan Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang menyatakan kalau diibaratkan sebatang pokok, UMNO kini sebuah parti yang hampir mati dan akan gugur sendiri dahannya satu persatu sebelum menjadi pokok mati. Mungkin Tan Sri Muhyiddin takut kalau kalau 'masin' pulak mulut Tok Guru, jadi untuk meyedapkan hati, keyataan menyanggah nya perlu dibuat.

Pada pendapat aku, 'UMNO mati' yang dimaksud kan adalah 'UMNO tidak relevan'

Sebenar nya ada banyak sebab-sebab yang membolehkan UMNO itu mati. Jikalau Tuan Guru tak buat kenyataan tersebut pun, InsyaAllah UMNO akan mati juga jika terus mengamalkan apa yang boleh membuat ia mati. PAS pun jika mengikut tabiat dan apa yang UMNO amalkan juga tak mustahil akan mati. Dibawah ini dituliskan sebab-sebab yang sebenar nya telah pun diluahkan sendiri oleh sebahagian pimpinan UMNO.

1. Duit atau Wang - Ini lah sebab paling utama yang membunuh UMNO. Tak payah nak ulas panjang-panjang sebab satu Malaysia dah tahu isu ini. Semua orang memerlukan duit. Bagi mereka duit dan mereka akan sokong kita. Kalau dah semua orang bagi kita duit macammana?. Kita sokong lah orang yang paling banyak bagi kita duit. Itu bukan rasuah tau !, tapi politik wang....

http://www.freewebs.com/isikatalog/ringgit%2050.jpg


2. Sistem kuota pemilihan parti - Bagi aku ini lah sebab kedua yang menyebab kan UMNO semakin lama semakin lemah. Jika dahulu semasa era Tun Mahathir berkuasa, semua orang tak kisah. Kalau bising pun peringkat bawahan. Kini sudah ramai dari peringkat pimpinan tertinggi mengusul kan agar sistem kuota ini dihapuskan. Ada yang menyifatkan mereka yang cuba mengelak daripada saingan sebagai "pengecut". Siapa yang cakap begitu ?, beliau ialah anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno dan juga Menteri Pelancongan, Datuk Seri Azalina Othman malah menggesa agar sistem kuota pemilihan parti itu dihapuskan secepat mungkin. MT Umno juga telah membincangkan syor bagi membolehkan lebih tiga juta ahli parti itu secara langsung memilih barisan kepimpinan termasuk peringkat pusat kelak.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg6gMEPxs22BEcgww2F4R7dvGXCbiOypdZxIjkBFcvvrINHTeGu7ZgPUsyLrVmTMsCxzMfgYJxd8SIB6OVB3vUOTVv_bepp4Omdw-od4mAonwEB6395lX8tQeYqLbO_OiZ3nfR2gzGOa4c/s400/serang_mahathir%5B1%5D.jpg

3. Putera UMNO dan Puteri UMNO - Bagi aku penubuhan sayap putera dan puteri ini mungkin bagus untuk parti lain tapi tidak untuk UMNO. Penubuhan 2 sayap ini hanya melahirkan persaingan yang tidak sihat antara senior dan junior. Aku amat bersetuju dengan Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail, supaya sayap parti itu dibubarkan. Beliau beri alasan mengelak politik wang. Saranan nya itu tidak disenangi dan ditolak oleh ramai pemimpin atasan dengan alasan Putera dan Puteri berperanan membentuk pemimpin pelapis muda Melayu, telah banyak membantu parti terutamanya pada pilihan raya dan lain-lain lagi.

Nampak nya semua menyatakan kedua-dua sayap itu banyak membantu. Bagaimana kalau aku katakan memang banyak membantu tetapi banyak juga merosakkan imej dan jenama UMNO itu sendiri. Mereka membantu sewaktu pilihanraya. Aku tidak menafikan, tapi membantu belum tentu boleh mendapatkan undi. Itu pun kalau membantu itu betul-betul dapat membantu parti, tapi kalau sebalik nya bagaimana?. Tolong lah dapat kan pandangan sebenar dari peringkat bawah samaada partisan atau non partisan, baru lah kita dapat gambaran sebenar.

[lucah+3.jpg]
Apakah aksi seperti ini membantu UMNO / BN ?, jawab lah dengan jujur.

4. Propaganda yang perlu diubah - Aku nak bagi tahu bahawa datuk, nenek, bapa dan emak aku semua sudah kembali kerahmatullah. Mereka semua ahli UMNO / Perikatan. Semasa hayat mereka aku selalu lah juga berselisih pendapat dengan mereka ini apabila berbicara soal politik. Zaman mereka, UMNO dan Perikatan waktu itu akan bercakap pasal pembangunan seperti jalan bertar untuk ganti jalan tanah merah, paip air untuk ganti kolam atau pam air dari dalam tanah, bekalan elektrik (aku pernah bertugas di jabatan Bekalan Elektrik Luar Bandar [B.E.L.B]) untuk ganti pelita atau lampu gaslin. Kita bagi lah apa pun hujah dan fakta bahawa itu memang tanggungjawab kerajaan memerintah, memang tak akan masuk dalam minda mereka, sebab apa?. Sebab mereka pada waktu itu melihat depan mata mereka dari tak ada letrik, air,jalan dan lain nya kepada ada nya semua itu. Siapa yang bagi ?. Sudah tentu mereka jawab UMNO walaupun hakikat sebenar nya semua kos pembangunan itu dari duit pembayar cukai. UMNO ke BN ke atau siapa yang memerintah, hanya menguruskan duit itu sahaja, bukan duit mereka.

Apa yang aku tak faham, UMNO sehingga hari ini masih lagi mengunakan propaganda yang sama mereka gunakan kepada datuk nenek aku iaitu pembangunan. Anak sulung aku lahir, telefon bimbit sudah wujud walau pun besar macam motorbot kata orang masa itu. Lebuhraya 6 lorong pun dah ada. Internet dengan kelajuan tinggi, tak macam zaman aku dulu paling tinggi ISDN 128kb, mahal pulak tu. Bekalan letrik, kalau tinggal di k.Lumpur seolah olah malam tak wujud sebab terang benderang dengan lampu.

Pada pendapat aku, zaman sekarang propaganda pembangunan dah tak relevan kecuali di tempat-tempat terpencil mungkin masih boleh digunakan. Apa yang rakyat mahukan ia lah pemimpin yang tak rasuah, amanah, telus dan semua yang baik-baik lah agak nya. Datuk Seri Azalina Othman pun cakap “Umno kena berhenti bercakap saja, perlu jujur dan berubah untuk kekal relevan”.

.................Ada lagi tapi dah penat. Kadang-kadang bila sembang kosong pasal politik dengan kengkawan, mereka kata sama sahaja BN dan PR bila dapat kuasa. Aku jawab memang sama tapi tak serupa. Senang saja, PR pencuri manakala BN penyamun, maka aku pilih pencuri. Aku kata macam cerita Ali Baba dengan 40 orang penyamun. Ali baba curi harta penyamun itu guna basikal roda tiga sahaja sedang kan Kasim Baba bukan curi, tapi samun sampai licin menggunakan lori dan akhir nya mati dibunuh penyamun berkenaan. TAMAT

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...