Hari ini digemparkan satu lagi isu baru selepas berakhirnya kisah VCD terlampau Dr. Chua Soi Lek. Ini sebenarnya bukanlah perkara baru. Dan orang ramai telah pun faham jalan ceritanya. Kalau dulu wujud satu komplok dari team yang berbeza pendapat dengan Dr. Chua Soi Lek dengan menjadikan video diranjang bagi memusnahkan karier politik Dr. Chua Soi Lek dan hari ini seorang Adun dari Bukit Lanjan pula menjadi sasaran.
Dikhabarkan gambar beliau telah dirakam secara tidak sah (tanpa kebenaran) oleh bekas teman lelakinya sewaktu beliau sedang tidur. Persoalan bagaimana gambar itu dirakam dan apakah tujuan teman lelakinya tidak timbul tapi yang perlu difikirkan ialah bagaimana gambar itu tersebar secara cepat di waktu negara masih lagi belum reda dengan krisis politik yang berlaku khususnya di Perak dan perletakkan jawatan Adun Bukit Selambau di Kedah yang dikatakan mirip perkara yang sama cuma bukan dalam keadaan bogel sahaja tapi dalam bentuk skandal.
Sebenarnya kalau dilihat dan diperhalusi, wujud satu permainan politik kotor yang cuba disembunyikan. Di Perak, tekanan demi tekanan diberikan terhadap Adun yang samada terperangkap atau diperangkap dalam kes rasuah dan akhirnya menyerah kalah lalu menyertai BN sehingga berlaku peralihan kuasa yang menyalahi peraturan undang-undang tubuh negeri.
Belum reda di Perak, sekali lagi negara dikejutkan dengan memorendom yang dihantar oleh NGO ( sebagaimana didakwa) kepada Sultan Kedah tentang skandal seorang Adun dari Kedah yang juga merupakan Exco Kedah. Akibat tekanan yang dahsyat serta melibatkan anak isteri beliau memaksa Adun tersebut melepaskan jawatannya sebagai Exco dan Adun Bukit Selambai.
Walaubagaimana pun tindakan adun dari Bukit selambau ini mendapat pujian ramai pihak kerana beliau tidak mahu jawatan adun diambil secara percuma oleh BN dan mengambil keputusan melepaskan jawatan bagi memberi laluan kepada pilihanraya kecil yang akan diadakan pada 7 April ini.
Selang seminggu, permainan politik ini menjadi semakin kotor apabila satu lagi adun menjadi sasaran dengan pengedaran gambar bogel. Kita tidak tahu sejauh mana pula tekanan yang akan diberikan oleh BN tapi apa yang dapat didengar dalam media massa Pro-BN sudah ada beberapa orang dari BN menyarankan agar Elizabeth Wong meletak jawatan termasuk lah bekas MB Selangor Dato Seri Khir Toyo dan Bekas Ketua Pergerakan Puteri UMNO ( Sekarang Menteri) Dato Azalina Syed sudah awal-awal lagi membuat kenyataan agar Adun Bukit Lanjan Meletak Jawatan.
Trend dan gaya sebegini sebenarnya sudah dapat dibaca oleh rakyat. Inilah sebenarnya jalan cerita yang selalu dimainkan dalam wayang gambar BN. Sebenarnya rakyat sudah muak dan meluat dengan jalan cerita sebegini. BN tidak lagi dilihat sebagai gugusan parti politik yang memberi jaminan kesejahteraan dan kedamaian tapi dilihat sebagai pelopor taktik-taktik kotor yang mencemarkan demokrasi di Malaysia. BN yang bertunjangkan UMNO sudah lari dari perjuangan asal akibat pemimpin -pemimpin yang bongkak dan penuh dengan percaturan yang jijik.
Beberapa kes yang masih lagi menjadi tanda tanya orang ramai seperti kes yang masih dalam dalam perbicaraan sekarang ( pembunuhan Anthatuya Sharibu), Kes Akuan Bersumpah Bala, Kes penipuan saksi sumpah dalam kes Liwat Dato seri Anuar Ibrahim, Kes kehilangan bebarapa adun di Perak yang kemudiannya menyertai BN dan sebagainya masih belum terjawab.
Walaupun Mahkamah telah membebaskan Abdul Razak Baginda, tapi hakikat sebenar masih lagi menjadi persoalan. Mungkin kita masih ingat sewaktu kempen pilihanraya Permatang pauh, setiap malam keluar dalam TV tentang pengakuan dan sumpah Saiful dalam kes liwat Anuar tapi bila BN mengalami kekalahan yang teruk di Permatang Pauh, tiada lagi sumpah dan pengakuan di Masjid. Ini sebenarnya sudah jelas bagaimana pekara-perkara sebegini telah menjadi modal yang paling cetek dalam pemikiran pimpinan UMNO-BN. Mereka mengandaikan bahawa rakyat akan terpengaruh dan mempercayai sedangkan rakyat sebenarnya sudah dihidangkan dengan pelbagai maklumat dan sumber yang jelas dan benar melalui internet tanpa perlu ditapis oleh BN.
Apa pun yang jelas, permainan politik kotor ini pada akhirnya akan mengundang padah pada BN. ini telah dibuktikan dengan kekalahan di Permatang Pauh serta di Kuala Terengganu dan mungkin juga BN akan pulang dengan kehampaan di Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Keadilan dan kebenaran akan jelas apabila kebatilan hilang. pakatan Rakyat akan menjadi pilihan rakyat apabila BN sudah tidak releven lagi dalam senario politik masa kini.

Wallahuaalam
Sumber: Warung Pak Katib - http://pakkatib.blogspot.com
Terima Kasih dari aku.
myLot User Profile
No comments:
Post a Comment