Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

05 February 2009

Situasi politik di Perak - Semua tunggu keputusan DYMM Tuanku Sultan Perak


Situasi politik di Perak amat mendebarkan kepada pihak-pihak yang terlibat secara langsung. Dari pandangan aku ketika ini ada 3 pihak iaitu Pakatan Rakyat, UMNO/BN dan DYMM Sultan Perak.

Bagi Pakatan Rakyat yang hingga kini masih berkuasa di Perak amat mengharapkan DYMM Sultan Perak agar memberi perkenan membubarkan DUN Perak supaya pilihanraya DUN boleh diadakan. Paling tidak pun, itu lah saja 'talian hayat' yang ada buat masa ini untuk mendapat semula mandat baru yang lebih selesa. Dengan ada nya pilihanraya DUN ini, jika menang ia adalah sebagai langkah pembersihan dari golongan hipokrit dan talam dua muka yang ada dalam Pakatan Rakyat. InsyaAllah !

Bagi UMNO/BN mereka amat berharap agar pilihanraya DUN tidak diadakan supaya mereka boleh terus membentuk kerajaan baru. Bagi aku, jika mereka berjaya membentuk kerajaan negeri Perak yang baru, kerajaan baru itu adalah kerajaan yang paling tidak beretika yang pernah dibentuk di Malaysia. Kronologi kehilangan 2 ADUN dari PKR dan keputuan SPR menolak supaya diadakan pilihanraya kecil di 2 DUN berkaitan sudah cukup boleh membuatkan kita syak 'mereka' lah dibelakang semua ini.

Semua nya sekarang memusat kan perhatian kepada keputusan yg akan dibuat DYMM Tuanku Sultan Perak. Ada kah baginda akan memperkenankan pembubaran DUN Perak ?. Jika baginda tidak perkenankan, bermaana UMNO/BN boleh membentuk kerajaan negeri yang baru bagi menggantikan kerajaan negeri yang ada sekarang.

Kesimpulan nya aku berpendapat bahawa adalah lebih baik jika DYMM Tuanku Sultan Perak dapat memperkenankan pembubaran DUN Perak kerana jika tidak, kerajaan baru yang dibentuk oleh UMNO/BN nanti boleh dipertikai kan kredibeliti nya. Ini memandangkan ia nya terbentuk disebabkan kehadiran 2 orang yang didakwa kerana terlibat rasuah dan seorang lagi yang tidak mempunyai pendirian iaitu ADUN Bota.

Apa-apa pun, tunggu dan lihat.........

Photobucket

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...