Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

19 February 2009

Pelukis tersohor Datuk Ibrahim Hussein Meninggal Dunia



KUALA LUMPUR, 19 Feb 12:01 pm (Bernama) -- Pelukis tersohor negara Datuk Ibrahim Hussein, 71, meninggal dunia di Hospital Pantai pada 4.30 pagi tadi akibat sakit jantung.

Beliau meninggalkan seorang balu dan seorang anak perempuan.

- BERNAMA


Sedikit biodata Allahyarham :

Ibrahim, yang dilahirkan di Yan, Kedah pada 13 Mac 1936, telah banyak mengharumkan nama negara menerusi hasil karyanya di samping banyak melakar sejarah pencapaian peribadinya.

Beliau pernah membuat pemeran solo di galeri lukisan ternama dunia seperti di London, New York, Copenhagen, Davos; Tokyo, Osaka dan Santiago.

Ibrahim juga banyak menerima anugerah antarabangsa termasuk Byam Shaw Award of Merit, London, Griffin Prize, London, John D.Rockefeller III Fund Fellowship, Japan Foundation Cultural Award serta Order of Andres Bello, Venezuela.

Beliau menubuhkan Muzium dan Yayasan Seni Ibrahim Hussein di Langkawi pada 1997 dengan tujuan mengembangkan seni rupa di tanah air dan antarabangsa.

Ia merupakan muzium dan yayasan seni yang unik dan yang pertama seumpamanya di dunia serta menjadi tempat rujukan kepada seniman, pencinta seni serta pelajar dari seluruh dunia.

- BERNAMA




Photobucket
Inna lillahi wa inna ilaihi rajiuun
.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...