Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

15 February 2009

Nizar turut hadir Majlis Santapan Diraja Perak

KUALA KANGSAR, 14 Feb (Bernama) - Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah malam ini berangkat menghadiri Majlis Santapan Diraja di Istana Iskandariah di sini.


Majlis santapan sempena perayaan Jubli Perak pemerintahan Sultan Perak Sultan Azlan Shah yang jatuh pada 3 Februari lepas turut dihadiri Sultan negeri-negeri kecuali Johor, Perlis dan Negeri Sembilan, serta Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah dan Yang Dipertua negeri-negeri.


Sultan Johor diwakili oleh Tengku Mahkota Tunku Ibrahim Ismail Sultan Iskandar manakala Raja Perlis pula diwakili Raja Muda Tuanku Syed Faizuddin Tuanku Syed Sirajuddin.


Terengganu pula diwakili oleh Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Sultan Terengganu, Tengku Seri Panglima Raja Tengku Baderulzaman Sultan Mahmud.


Turut hadir Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi; Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak; Menteri Besar Perak, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir, barisan Exco kerajaan negeri dan Anggota Dewan Undangan Negeri Perak termasuk bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.


Sumber:
Bernama

Photobucket

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...