Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

05 February 2009

Sultan Perak arah Nizar letak jawatan, DUN tidak dibubar

[Sultan+Perak.jpg]
Sultan Azlan Shah beramah mesra dengan Ahli Dewan Undangan Negeri Malim Nawar, Keshwinder Singh a/l Keshmir Singh, ketika berangkat bagi merasmikan Persidangan Dewan Undangan Negeri ke-12
KEMAS KINI, 4 PETANG IPOH: Sultan Perak, Sultan Azlan Shah tidak berkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak - yang berusia 11 bulan - bagi menyelesaikan kemelut politik negeri itu.

Sebaliknya, baginda telah menitahkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin supaya meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak berkuat kuasa serta-merta dan jika tidak, jawatan itu dianggap telah dikosongkan.


Ia dilihat sebagai satu lagi membawa kepada Barisan Nasional (BN) untuk membentuk semula kerajaan negeri di Perak.

Pakatan Rakyat memerintah negeri itu sejak Mac laluNizar kini mengadakan sidang media bersama Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim di kediaman menteri besar.

Pejabat Sultan Perak dalam satu kenyataan hari ini berkata, baginda setelah menemui kesemua 28 anggota dewan daripada Barisan Nasional dan juga tiga anggota Bebas, baginda yakin bahawa Mohammad Nizar telah terhenti daripada mendapat kepercayaan sebahagian besar daripada kalangan anggota dewan.

"Sekiranya YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin tidak meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama ahli-ahli MMK (Majlis Mesyuarat Kerajaan), maka jawatan Menteri Besar serta ahli-ahli MMK tersebut dianggap telah dikosongkan," menurut kenyataan itu

Laluan BN dilihat semakin cerah bentuk kerajaan negeri di Perak

Sumber: mstar online

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...