Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

19 February 2009

Betul ke Tindakan Speaker Perak Satu Penyalahgunaan Kuasa?

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhFP93CW73FBQwfHHNOk1X43QcUHvcL-Htn0R34ekdwInHoMKXWmp_AmSrx1lPnGocI4gD2CU06LWchd7Nviu_QBPi3bO_jqqv2Dddu8fqOXzSwxIn83xG3dM2iw0SdLiLeLziGeqJePy8/s400/Feb+18+09+-+Siva+-+Sun.jpg
V. Sivakumar selepas mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN Perak 18/2/09

Pening ! pening la.

Tak tahu yang mana satu
betul, yang mana satu salah. Tak kan dua-dua betul dan tak kan dua-dua salah.

Yang mana satu bodoh, yang mana satu pandai. Tak kan dua-dua bodoh dan tak kan dua-dua pandai.

Yang mana satu Kancil, yang mana satu Keldai. Tak kan dua-dua Kancil dan tak kan dua-dua Keldai.

Apa hal pening ni ?. Semua nya pasal isu Speaker Dewan Undangan Negeri Perak V. Sivakumar menggantung dan melarang Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam anggota exco kerajaan negeri daripada menghadiri persidangan dewan. Sivakumar mengumumkan tindakan itu melalui Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri Perak yang beliau pengerusikan semalam.

Apabila sebahagian menteri-menteri memberi respon, membuatkan aku ketawa bagai nak pecah perut apabila Menteri Pelancongan Datuk Seri Azalina Othman Said yang nak numpang semangkuk dengan berkata tindakan Sivakumar itu jelas bermotifkan politik. Katanya ia merupakan satu taktik terdesak pembangkang. "Beliau tidak sepatutnya berbuat demikian," kata Azalina.


Habis tu... kalau bukan bermotif politik, motif apa pulak ?. Bermotif kan sukan ke atau bermotif kan Pelancongan?. Bukan kah mereka semua yang sedang bergusti tu didalam gelanggang yang di panggil Politik.
Azalina juga dalam TV 3 tempuhari berkata bahawa Datuk Seri Nizar Jamaluddin sebagai gila talak. Ada kah beliau tahu makna gila talak ?. Macam mana lah seorang menteri boleh buat kenyataan daif begini.

Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek pula menyifatkan sebagai bukti penyalahgunaan kuasa yang begitu teruk. "Nasib baik mereka ini tidak berkuasa di peringkat pusat. Yang pasti kalau mereka mendapat kuasa yang lebih besar, banyak lagi penyalahgunaan kuasa akan dilakukan," kata nya lagi.

Apa yang susah-susah. Kalau dah dikatakan
penyalahgunaan kuasa, ada pula bukti, tunggu apa lagi, saman atau ambil tindakan tatatertib terhadap Speaker Dewan. Buat lah macam Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi di sini untuk mendapatkan perintah perisytiharan bahawa beliau masih merupakan Menteri Besar Perak yang sah. Mana lah tahu untung sabut, timbul.

Nampak gaya nya program gusti di Perak ini semakin panas dan tegang. Mau runtuh jugak DUN Perak ni nanti atau mana lah tau nanti, hujung..hujunggggggg...PARLIMEN RUNTUH, tapi boleh ke?????


Photobucket

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...